a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Thursday, July 14, 2011

Lagi tentang Polyvore.

Hehe. Bosan sebab asyik entri Polyvore? Alah, kalau you all yang gila Polyvore pun mesti macam ni jugak kan :P Actually takde lah 'asyik' sangat kan? Ni baru entry kedua. Relax lah. Okay, apa yang I nak share pasal Polyvore hari ni adalah kegembiraan kerana makin hari makin ramai dah menyedari kehadiran I dalam dunia Polyvore. Awww. Ape lah I mengarut ni kan. Haha. Nak tau scroll lah untuk gambaran yang lebih jelas.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
This one is the statistic after 3 days joining Polyvore.
After 6 days, the number of views increased.
This is the current statistic after a week. I like! :)


See, dah jelas? Bukan nak riak ke apa tapi saja nak share ke'happy'an I. Hehe. Best tau berpolyvore. Serious tak tipu! Bila dapat 'LIKE' from other users tu macam dapat satu kepuasan. Mana taknya diorang LIKE design hasil inspirasi daripada kita sendiri. I jugak ada join beberapa contest dekat Polyvore. Set a design and then submit it as the condition or theme stated. Kalau menang ada hadiah tau, tapi kalau contest from luar negara I tak sure boleh dapat ke tak. Just join sekadar suka suka lah. So, siapa siapa yang bosan, jom lah berpolyvore lepas tu jangan lupa add and follow I okay :)

Toodles! Hobi baru ni memang best ;)
pssttt : i love my bff!

Love, jiha!

Tuesday, July 12, 2011

Durian.

After berbulan bulan craving for durian, akhirnya dapat jugak I merasa durian yang sangat umphh. Hehe. Daripada before exam hari tu lagi teringin nak makan, tapi tak jumpa jumpa. Jumpa pun durian cucuk bukan durian kampung sebenar. Sebiji I belasah sorang, last last panas badan sakit tekak semua datang. Baru sebiji dah macam tu, memang tak boleh beli lebih daripada dua biji untuk sekali beli. Dulu masa kecik kecik, hentam berbiji biji relax je. Tapi skang, nak makan durian memang kena ada limit. Antibodi dah tak kuat macam dulu. Ecey, rasa macam dah tua pulak :P I muda remaja lagi okay. Harap terima kenyataan itu. Kehkehkeh.


I prefer makan durian yang fresh rather than durian yang dibuat serawa atau benda benda lain macam cucur ke lempeng ke. Pastu minum air letak dalam kulit dia panggil apa entah. Kalau dapat makan kat dusun ke kat kampung ke lagi lah nikmat, tapi sayang sebab tu semua angan angan. Dusun pun takde, kampung ada tapi siapa pun takde kat sana sebab arwah moyang I  dah takde. Kesian kan? Buat sedih pulak :P Tapi, dapat makan durian tu pun dah puas hati. Mana tak nya, siap nak demam lagi. Tak puas lagi tak tau lah. Haha. Orang cakap lepas makan durian better makan manggis sekali sebab manggis boleh sejukkan badan.


Fakta menegenai durian :

  • Setiap 100 g isi durian mengandung 67 g air, 28,3 g karbohidrat, 2,5 g lemak, 2,5 g protein, 1,4 g serat; serta memiliki nilai tenaga sebesar 520 kJ.


  • Durian juga banyak mengandung vitamin B1, B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium dan fosfor yang baik untuk kesihatan menyeluruh sistem saraf dan penghadaman.


  • Saiz panjang buah durian mampu mencapai 30cm dengan diameter 15cm, dan biasanya dengan berat 1-3 kg. Bentuknya pula terdapat lonjong sehingga bulat, dengan warna kulit hijau tua sampai coklat dan dengan warna daging kuning muda sampai ke merah oren, tergantung dari jenis buah tersebut.


  • Menurut wikipedia terdapat lebih dari 55 jenis durian, tidak termasuk durian klon, antaranya adalah; -Durian burung -Dalit -Alau -Royal Brunei -Durian Anjung Lima -Tenom Beauty -Kekura -Raden Mas Ayu dan Diamond King.


  • Durian dianggap sebagai makanan panas, dan sehabis makan durian biasanya tubuh kita akan berpeluh. Untuk mengatasinya, tuangkan air pada bagian kulit buah yang telah kosong, lalu diminum. 


  • Toodles! Siapa yang tak suka makan raja buah memang rugi :)
    psssttt : congrats darlings sebab korang dah tauliah!


    Love, jiha!

    Jelajah Asia

    Tiga kelab bola gergasi ; Arsenal, Liverpool & Chelsea telah memilih Malaysia bersempena dengan Asia Tour yang telah menjadi kebiasaan bagi kelab kelab itu. Siapa ada tiket? Sedikit jeleous :( Padahal piala Malaysia pun tak pernah turun stadium tapi teringin la jugak kan. Bukan senang kelab kelab gergasi tu turun Malaysia, kalau kelab kelab kat Malaysia still banyak lagi peluang nak turun stadium. Hehe. Tak lama dulu Manchester United pernah datang Malaysia. Sekarang giliran tiga pasukan besar Barclays Premier League (BPL) pulak menyusun gerak langkah menentang Harimau Malaya. 



    First club yang datang; ARSENAL. Kalau ikut jadual, hari ni siapa yang ada pas masuk untuk tengok diorang taraining boleh lah datang stadium jumpa player Arsenal. Alahai, bestnya. Selalu tengok dalam TV je. Even ada sumber mengatakan ada beberapa pemain utama club Arsenal tak datang, I hope game Arsenal menentang Harimau Melaya akan menjadi game paling hebat terpahat di hati penyokong Arsenal. Tapi dah lawan dengan Harimau Malaya pasti lah mahu sokong Malaysia. Ye tak? Game diorang dijadualkan pada 13 Julai, esok lah. Go Malaysia Go! :) 


    Selang tiga hari, 16 Julai giliran Harimau Melaya menentang LIVERPOOL. So, penyokong Liverpool rugilah kalau korang tak turun stadium tengok sendiri gerak langkah pemain Liverpool. Ehem, ada tiket tak nak turun stadium tu? Agak agak macam mana Harimau Melaya rancang corak permainan mereka untuk menentang diorang ye? Eh, nak sokong mana satu ni? :P


    CHELSEA Football Club turut bakal menggegarkan Stadium Bukit Jalil pada 21 Julai bagi menentang pasukan Harimau Malaya. Paling istimewa pasal Chelsea ialah player temahal abad ini ikut turut serta turun stadium. Mampu tak barisan pertahanan Harimau Malaya nak menyusun startegi menentang striker termahal ; Fernando Torres? Nak tahu kenalah turun stadium tengok sendiri. Selama ni asyik bukak mata luas luas tengok kat stadium Astro je kan. Kehkehkeh.

    So, siapa yang dah beli tiket anda adalah dikalangan mereka yang bertuah dan berduit. Hehe. Paling murah tiket dijual pada harga RM58. Tu pon dapat seat betul betul dekat gol. Kalau nak seat yang strategik memang kena keluar duit lebih sikit la kan. Kalau ada rezeki akan datang I nak jugak lah tengok diorang main depan. depan. Arsenal, Liverpool & Chelsea bila I dah kaya nanti korang datang Malaysia lagi tau! Hehe. Untuk pasukan Harimau Malaya, teruskan dengan aksi aksi mantap korang okay.

    Toodles! Kejap je tiket dah sold out. Dahsyat.
    pssttt : teringin pergi tengok bola dengan darlings.

    Love, jiha!


    Rasa ini rasaku.

    Hanya mampu menitiskan air mata dari jauh.
    Melihatkan perpecahan yang semakin menular di negara sendiri.
    Sedih, hiba, kecewa.
    Sampai bila harus begini?
    Yang mampu membantu hanya berdiri sambil melihat tanpa punya hati.
    Rasa seperti ingin terbang laju menghentikan segala salah faham.
    Namun aku tidak punya kuasa, tidak punya daya.
    Besar benarkah kesalahan mereka? 
    Hanya ingin bersuara melontarkan apa yang dirasa.
    Namun dilayan bagaikan penjenayah yang tidak boleh dimaafkan. 
    Gari menyentuh tangan demi tangan.
    Suara bertempik berlawan lawan. 
    Yang di sini mahukan keadilan, yang di sana ingin meleraikan kucar kacir.
    Cara kedua duanya mereka salah namun mereka merasakan ini yang seharusnya.
    Mengapa?
    Kerna tiada peluang bergerak melalui cara yang benar.
    Mana pergi rasa belas?
    Melihat tangisan, melihat kesakitan, melihat kematian di depan mata.
    Bagaikan hanya seperti menonton televisyen.
    Hanya menjadi pemerhati.

    Tuhan, aku mahu negara yang aman.
    Tuhan, aku mahu negara yang adil.
    Tuhan, aku mahu pemimpin yang benar sebenar benarnya.
    Tuhan, aku mahu rakyat yang punya akal dan punya hati.
    Tuhan, aku mahu Malaysia yang bersatu.
    Tuhan, bantu aku.

    Ketika mana polis sibuk melepaskan das demi das gas beracun.
    Hujan pula turun membasahi bumi.
    Tuhan maha mengetahui apa yang terbaik.
    Seperti mana tentera Gajah datang menyerang Kaabah.
    Tuhan hantarkan sekumpulan tentera kecil Ababil.
    Alhamdulillah.
    Namun, persengketaan ini menjadi semakin besar.
    Perbalahan tidak henti henti.
    Media turut berbalas balas.
    Sebelah sini menyokong, sebelah sini membangkang.
    Media yang di sampaikan kepada rakyat kian bertentangan.
    Rakyat yang kecil semakin keliru.
    Yang mana benar, yang mana salah.
    Lantas berkeputusan mendengar kepada sebelah pihak.
    Keadilan makin hari makin jauh.
    Kepercayaan makin lama makin pudar.
    Belas kasihan kian hilang.
    Akal digunakan bukan untuk memerintah tapi untuk mencari helah.
    Apa yang jadi cuma mengundang rasa tidak puas hati.
    Kembalikan Malaysia yang dulu.


    Love, jiha!

    How Long?

    Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers