a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Tuesday, June 7, 2011

Engagement. Challenges?

During this semester break, some of my schoolmates getting engage. Jealous pulak tengok diorang dapat pakai baju cantik cantik, arrange majlis dengan family, berkenalan dengan keluarga pihak lelaki, pilih barang untuk hantaran and many more.  Seems like they are adult enough and ready to take the responsibility as somebody's fiancee. I've always heard of people saying "bertunang ni banyak cabarannya". But, I've always wondered, betul ke? Cabaran macam mana? Being in a relationship itself bukan dah memang banyak cabaran ke? I did faced challenges in my current relationship. Some people says "dah bertunang nanti tahulah apa cabarannya" and for me that sounds like scary. Sebab tu I thought that I am not adult enough and still a little kiddo untuk memegang tanggungjawab sebagai 'tunangan' orang, apatah lagi sebagai 'isteri'. Memang jauh lagi lah perjalan I agaknya untuk sampai ke situ. Tapi betulkah ada cabaran? Kalau betul, boleh tak nanti I nak bertunang dalam masa yang singkat je :P Yelah, orang cakap masa bertunang adalah masa untuk kita lebih mengenali pasangan dengan lebih dekat lagi. Kalau dah kenal rapat, tak perlu lah nak bertunang lama lama kan.
Here are some of the challenges that people always talking about:
1. Bergaduh Antara Tunang 
Berlaku perselihan faham dan perselihan pendapat hinggakan berlaku pergaduhan. Adakalanya pergaduhan itu disebabkan perkara yang terlalu kecil dan adakalanya melibatkan kisah-kisah lama.
2. Kemalangan 
Kemalangan yang disebakan kecuaian sendiri atau orang lain juga sering kali berlaku. Sebab itulah orang tua-tua berkata, orang hendak mendirikan rumahtangga ini berdarah manis. Sampai ada setengah orang tu, nak keluar pun jadi takut sebab asyik terngiang ngiang je nasihat.
3. Kekurangan Kewangan 
Ada juga yang terpaksa meminjam wang dari ibu bapa , bank dan ada yang terpaksa menjual kenderaan sendiri kerana kesempitan menjelang perkahwinan. Namun, apa yang peliknya, selepas selesai majlis, rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah
4. Vendor Majlis Perkahwinan 
Sedangkan vendor untuk catering, fotografi, dewan, juru makeup dan pakaian sepatutnya memudahkan persiapan, kadang-kala mereka ini yang membuatkan kepala kita hendak pecah. Ada yang cancel last minute, ada yang melarikan diri, baju salah buat, dewan bertembung tarikh dengan orang lain dan ada yang menipu pakej. Sabar. Ini dugaan.
5. Parent Ubah Fikiran 
Sama ada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan berubah fikiran, tentu kegelisahan teramat sangat dpt dirasai. Lebih-lebih lagi apabila wali tidak membenarkan pernikahan. Ada juga yang berubah fikiran seperti tempat majlis, jumlah hantaran, baju dan konsep majlis.
6. Masuk campur orang lain 
Isu ini kadang-kala menjadi kelakar, apabila orang lain yang nak kahwin orang lain pula yang sibuk-sibuk, macam dia pula yang nak kahwin. Selalu terjadi kepada anak pertama yang akan berkahwin, kaum ibu selalunya beria-ia sehinggakan semua keputusan dia yang buat. Terpulang pada bakal pengantin, ada yang beranggapan ini satu kemudahan dan ada pula beranggapan menyusahkan.
Sebagai manusia yang boleh berfikir dengan waras, kita patut tahu yang setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnya. Cuma yang menjadi perkiraannya adalah cepat atau lambat. So, to all my dear friends who's getting engage or already engaged don't you ever give up and keep patient in facing any challenges during the engagement period. 'Tuhan takkan menguji andai kita tak mampu untuk harungi'. Keep that words :)

Toodles! Belum cukup matured :P tapi teringin nak pakai those engagement dresses.
psssttt : tunggu you alls engage dulu la kinah, rai and eija :)

Love, jiha!

Tuesday, May 31, 2011

Kitab Cinta





Satu lagi drama bersiri yang bakal menjadi kegilaan selepas Nora Elena. Kitab Cinta karya Erma Fatima bakal ditayangkan di saluran Al-Hijrah. Tapi malangnya, saluran tu belum dapat ditonton secara meluas di Malaysia. Some places dah dapat, kat astro TV Al-Hijrah akan disiarkan di saluran 114 boleh start tengok 1 Jun 2011. Drama ni start ditayangkan esok, 1 Jun 2011 pukul 8.30 malam. Paling best, heroin dia my favorite actress Fazura hero dia actor from Indonesia. Drama ni gabungan dua negara, Malaysia dan Indonesia. Actually, drama ni adaptasi dari sebuah novel Kitab Cinta tulisan Taufiqrahman. Pengambaran drama ni mostly dijalankan dekat Acheh.



Sinopsis Kitab Cinta dari Novel Taufiqrahman:
Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.
Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.
Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya’kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.
Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya’kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.
Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.
Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.
Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.
Toodles! Nora Elena dah nak habis :(
pssttt : ily all :)


Love, jiha!

Lagu tak jemu bulan ini.

JANGAN PERNAH BERUBAH - ST12

Biarkan waktu teruslah berputar
Mencintai kamu penuh rasa sabar
Meski sakit hati ini kau tinggalkan
Ku ikhlas 'tuk bertahan

Cintaku padamu begitu besar
Namun kau tak pernah bisa merasakan
Malah kini kau ucapkan selamat tinggal
Membuat keresahan

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Meninggalkanku tanpa perasaan
Hingga ku jatuhkan airmata
Kekecewaan ku sungguh tak berarah
Biarkan ku harus bertahan

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah
Jangan pernah kau coba untuk berubah
Tak relakan yang indah hilanglah sudah

Jangan pernah kau coba untuk berubah
Ku relakan yang indah dalam hatinya


BERTEMU CINTA - MILA JIRIN

Tiada siapa menyangka
Benci derita jadi bahagia
Harapan tinggi jauh tak terduga
Jarak cinta cuma di depan mata

Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati

Kita bagai ombak di lautan
Terhempas pedih badai dugaan
Bertemu cinta kita akhirnya
Setelah tangis tanpa suara
Bertemu cinta bagai cahaya
Menyuluh hati menjadi kasih sejati



Lantaran kasihmu dan kasihku
Tiada rahsia pemisah kata
Bertemu cinta di ambang syurga
Mengutus doa biar menjadi anugerah
Bertemu cinta indah sempurna
Sedetik tidak hilang ragu dan percaya

BERUBAH - ERRY PUTRA/REEN RAHIM

Kau berikan ku waktu
Untuk bersamamu meniti hari
Tak puas bagiku dan kau pun berlalu
Tinggalkan ku sendiri
Kelam seluruh jiwaku

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku

o0o . . Kau yang ku kenali
Dan kini menjadi insan yang lain
Dulu kau berjanji
Kan hidup semati meniti hari
Semua telah berakhir

Ku ingin benar bersama denganmu
Dan kau pun menjauh
Tiba-tiba kini kau telah berubah
Apakah salahku


Toodles! Bulan ni karaoke lagu ni sehari sepuluh kali pun boleh :P
psssttt : rindu nak karok ngan darlings :)


Love, jiha!

Friday, May 27, 2011

mornite!

blackie + whitey dalam cage yang my dad buatkan :)

Nak dekat sebulan dah both of them tinggal kat rumah I. Agak agaknya apa perasaan dorang eh? Bahagia or sebaliknya? Harap harap bahagialah hendaknya. Hehe. Nanti balik anak anak buah I habislah Blackie and Whitey kena lenyek lenyek, kena hempuk hempuk. Over je, anak anak buah I tak seganas itu yaw. Anak anak buah I penyayang gila okay :P (tangan kat dada, mata ke atas) Haha. Rindu lah kat budak budak tu. One more day nak jumpa dorang, pergi holiday with my family kat Teluk Bayu chalet terapung :) Gonna have such a wonderful weekend with my wonderful family! Thanks God for giving me all of them, I am appreciate them a lot.

Toodles! Good morning and good night, which one is more suit you? Mornite maybe?
pssstttt : nak holiday. yeah. :D

Love, jiha!

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers