a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Friday, December 31, 2010

new year is coming!!!!!

Seminggu ni I'm a lil bit busy in order to finish up my cerpen “Untuk Kali Keduanya”. Finally siap! Hehe. Suka gila. Okay, before share dengan semua kat sini I think better if I share dengan orang orang terdekat dulu kan mintak their opinions mana tau maybe diorang ada pandangan yang boleh memantapkan lagi hasil penulisan I tu. Then I’ll publish it here, maybe :P I am proud of my self. Hehe. Dapat jugak siapkan sepenuhnya my second cerpen ni. Banyak dah sebenarnya cerpen yang I buat tapi tak semuanya fully finished. Mood tak betul betul datang time buat tu. Huhu. Tapi kali ni bersungguh sungguh je I siapkan, memang mood untuk menulis sentiasa ada time cuti cuti camni, idea pun tak stop stop datang. Kalau diizin Allah, my cerpen ni I nak hantar kat mana mana syarikat penulisan, nak mintak diorang komen komen then betulkan mana yang tak betul. I am just a noob T_T tapi I am so interested in this carrier. Cita cita I daripada kecik adalah untuk menghasilkan novel dengan hasil penulisan dan idea sendiri satu hari nanti, Insyaallah. Dapat hasilkan sebuah pun okay ape kan? Pray for me! J cerpen pun amik masa dalam seminggu, novel maybe setahun. Hehe.
Okay, new year malam ni je lagi. SELAMAT TAHUN BARU semua! cakap pasal new year *ting* mesti dalam otak fikir pasal azam kan? hehe. tak penah kot I buat azam tiap kali tahun baru. main ikut dan je bile nak buat azam :P sangatlah skema pada mereka yang berbuat azam setiap kali tahun baru. bukan tak bagus, memang begus tapi tak rock la kan. hehe. takde kaitan pun sebenarnye kan. okay la, takde mbenda nak mengarot dah ni.
Toodles! Selamat Tahun Baru! May God bless all of us this becoming year :)
psstttt : ily all! jangan lupe vacation kita. muah muah.

Love, jiha!

Thursday, December 23, 2010

s-e-r-i-o-u-s-l-y...


'coolblog' is really cool! tak tipu la, kalau tipu masuk neraka :P first time try, i am not such into any ice blended before but tadi memang tergerak hati nak try 'coolblog' ice blended, maybe sebab kedai dia sangat WOW! over pulak kan. hehe. cute, sangat comel kedai dia :) anyone lalu memang terbeliak bijik mata, stop then beli terus. dahsyat tak dhsyat penangan that coolblog ice blended? kahkahkah.


 i try oreo flavour tadi, sedappppppppppppppppp. banyak huruf p menandakan SANGAT okay. haha. gembira dan berpuas hati. suka suka suka. lain kali nak beli lagi nak try another flavours.


lagi gembira sebab malam ni malam yang sangat kenyang. my belly can't afford anymore even a bar of chocolate. menipu ngat aih :P hehe. tadi mak belanja makan char kueyteow then dah habis char kueyteow pergi beli chicken chop with blackpaper sourse pulak. finger lickin' good ;) thanks kepada emak. hehe. baik tak i cakap thanks? baik tak? 

Toodles! wanna get to sleep now, quite tired.
psssttt : sayang sayang, lets try this cool stuff! ily.

Love, jiha!

Wednesday, December 22, 2010

the sad facts :(







Love, jiha!

Saturday, December 18, 2010

tips for being a fetish person ;>

memandangkan semester baru akan bermula kurang dua minggu lagi, maka duit juga akan menghujani students yang just like me :P ape tak nye, loan and biasiswa masuk! hehe. time time macam ni la yang paling ditunggu tunggu oleh kitorang. tapi fyi, I da pun bertekad untuk mengurangkan keborosan. after doing some research, there are some tips that I can share with all of you in order to be a person yang lebih berJIMAT-CERMAT :

  • Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:
    1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
    2. Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
    3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
 
  • Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda  – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.
 
  • Kurangkan penggunaan – tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.
 
  • Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.
 
  • Guna semula atau Kitar semula – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!
 
  • Jadikan barang bertahan lebih lama – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.
 
  • Cari kegunaan baru untuk barangan lama – cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!
 
  • Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
 
Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:
 
  • Cari hiburan yang percuma atau murah. (Kita akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut lagi, kemudian.)
 
  • Berkongsi dalam pembelian yang besar
Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik. 
 
  • Bertukar barangan atau perkhidmatan.
Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!
 
Toodles! Lets practice the tips above together :)
pssstttt : hehe, jom berjimat sayang sayang semua!
 
Love, jiha!

Friday, December 3, 2010

Bocorkan Rahsia Dan Mengambil Tahu Hal Orang. ( Dosa Lidah )


by Abu Hanifah on Thursday, December 2, 2010 at 12:53pm

Membocorkan rahsia 

Mendedahkan rahasia orang adalah di antara perkara-perkara yang terlarang dalam syara’, kerana ia akan menyakiti hati orang lain dan tidak mengambil berat dengan kepentingan para sahabat dan rakan handai.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Apabila seseorang telah memberitahu sesuatu perkara, lalu ia pergi, maka itu adalah suatu amanat (tidak boleh disebarkan).” 

Sabdanya lagi:

“Percakapan di antara kamu adalah amanat.” 

Oleh itu maka memecahkan rahasia orang dikira suatu pengkhianatan dan mengkhianati orang lain adalah haram hukumnya, bila ia boleh menimbulkan bahaya atau mudharat pada orang itu. Kalau tidak mendatangkan bahaya atau mudharat, maka itu samalah seperti kita mencelanya.


Mengambil tahu tepi kain orang.

Mengambil tahu tentang hal orang lain merupakan perkara yang tercela juga, iaitu mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengan diri kita, ataupun jika perkara itu memang ada berkaitan dengan diri kita, tetapi kita telah berlebih-lebihan dari kadar yang perlu. Perkara yang mengenai diri kita itu dapat dibicarakan dengan kata-kata yang ringkas, dan dapat juga dihuraikan becara bertali-tali atau berulang-ulang. Maka apa yang dapat dihuraikan dengan satu perkataan, jika ditambah menjadi dua perkataan, maka perkataan yang kedua itu adalah fudhul, yakni berlebiha-lebihan dari kadar yang perlu, dan ini ini juga adalah tercela sebagaimana yang telah diterangkan di atas, meskipun ia bukanlah dosa atau bahaya.

Ketahuilah bahwa fudhul atau kata-kata yang berlebihan-lebihan itu tidak ada batasan yang tertentu, tetapi yang penting untuk kita mengetahui ialah apa yang tertera di dalam kitab Allah Ta’ala dalam firmanNya:

“Tidak ada gunanya pada kebanyakkan dari bisikan-bisikan mereka, melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat baik ataupun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia.” (an-Nisa’: 114)

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Berbahagialah sesiapa yang menahan fudhul (berlebih-lebihan) dari lidahnya dan membelanjakan kelebihan dari hartanya.” 

Cuba anda perhatikan bagaimana manusia menterbalikkan perkara ini. Mereka lebih suka menahan kelebihan harta kekayaan mereka dan melepaskan secara berwenang-wenang kata yang berlebihan-lebihan dari lisannya.

Berkata Atha’: Orang-orang yang mulia sebelum kamu sangat membenci berlebihan-lebihan dalam tutur kata. Mereka menganggap semua kata-kata itu adalah fudhul, selain kata-kata dari kitab Allah, sunnah Rasulullah, ataupun suruhan berbuat kebajikan, cegahan dari berbuat kemungkaran, ataupun berkata sesuatu yang perlu dalam kehidupanmu yang tidak boleh tidak mesti kamu lakukan. Apakah kamu mahu mengingkari adanya Malaikat penjaga Kiraman Katibin (Malaikat-malaikat yang mulia sebagai pencatit). Berada di kanan dan di kiri. Apa yang disebutkan dari kata-kata melainkan ada di sisinya Raqib dan Atid. Tidakkah seseorang kamu merasa malu bila diserahkan buku catatannya kelak, telah terpenuhi di dalamnya bahwa segala perbuatannya di siang hari kebanyakkannya bukan daripada urusan-urusan agamanya ataupun dunianya.

Berkata Ibnul Umar: Perkara yang paling patut disucikan oleh seseorang ialah lidahnya.

Dalam sebuah atsar pula: Tiada seseorang pun yang diberikan sesuatu yang paling jelek daripada sifat berlebihan-lebihan dari lidahnya.

Kitab  Ihya Ulumuddin Oleh Imam Ghazali

petikan dipetik daripada facebook sahabat

Saturday, November 20, 2010

Modest Guideline (Generally, not for hijabee only!)

Shirts
  • The neckline should not be lower than four fingers below the collarbone.
  • The material should not be sheer, very thin, or spandex.
  • Shirts should not be tight across the bust.
  • The shape of the bra should not be seen in the back (if visible, the shirt on top is too tight).
  • The backs should be modest. For example, no strappy backs, halter, or backless garments.
  • Tank tops should be modeled only with a shirt, jacket, or sweater over them.

Pants

  • Should not be too tight, especially in the seat or thigh area.
  • Should fit well, but not be skin-tight. One should be able to pull them away from the leg.
  • Shorts should be modest. They should not be very short and/or tight. When the arms are straight down at the side, the bottom of the shorts should be below the longest finger. Remember, clothing worn by models on an elevated runway appears shorter to the audience.
  • Make sure that "panty lines" are not visible on stage. If necessary, wear pantyhose or a "thigh shaper" to create a smooth appearance in the clothing.

Skirts

  • Should not be very tight fitting.
  • Should not be constructed of a material that is too thin. If necessary, wear a slip.
  • Should not be shorter than four fingers above the top of the kneecap.

Dresses

  • Should follow the shirt guidelines.
  • No sleeveless, strapless, or spaghetti (or other thin strapped) dresses, even if worn with a wrap.
  • Dresses should have sleeves or be worn with a shrug.

Final Notes

Undergarments should never become outer garments. Bra straps should not be exposed, etc.


*found this from http://affiliate.purefashion.com

Love, jiha!

Thursday, November 18, 2010

thinking..

"jangan salah faham. saya hargai setiap teguran.
jangan sebar fitnah. sebab sakitnya tak terkata.
jangan cepat menghukum saya. berilah saya peluang untuk berubah.
jangan tuduh saya. tanyalah kepada yang benar."

selagi bernama manusia. kesalahan sentiasa ada. berilah ruang & peluang.
mode : saje nak post benda alah ni. tiada motif.

pssssttt: kinah ija rai, you all are my everlasting adopted sisters!

Love, jiha!

Wednesday, November 17, 2010

Salam Aidil Adha :)

Love, jiha!

Home Sweet Home??

Home sweet home. Benar kata orang rumah itu adalah ibarat syurga. Hehe. Bermadah berhelah pulak kan. A little bit confusing bila fikir cuti sekarang ni cuti for study or cuti untuk bersuka ria. Haha. Every weekend my family will have a wonderful plan. Last two week went to a window shopping and JOM HEBOH at Penang, and then last weekend we went to The Lost World of Tambun. Sila la jealous. Sila la :P I really had an enjoyable weekend! 

Wah, betul betul nikmat bila hari minggu menjadi hari yang sangat sangat menepati makna ‘hari minggu’ Got it? I mean when you could spend a weekend with a blast you will feel like I said. Weekend memang kena off study la. Tapi kalau kat Nilai, weekend la jadi a fulltime day for study. I am glad to be at home right now. Tak la tension sangat. Kalau bosan boleh tengok tv, boleh melalak kuat kuat tanpa didengari oleh insan lain, boleh main fashion fashion yakni dressing like crazy than capturing it. Muahaha. Seronok bukan?

I am now listening to Cukup Indah by Aliff Satar. What a sweet lyrics this song has. Sangat sweet and romantic. Aliff Satar memang selalu nyanyi lagu sweet sweet pun. Sesuai dengan jiwa dia agaknya kan. 

Cukup Indah : Aliff Satar

Tak pernah aku jauh darimu
Meninggalkan cinta
Kita takpernah aku melukakan hatimu
Persasaan & jiwa mu
Segalanya telah ku setia
Hanya engkau terindah

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Tiada yang lain selain dirimu
Menakluki di hatiku
Tiada pengganti yang mampu ku cari
Secantik diri kamu
Cinta ini untuk dirimu rasa ini untuk mu

Hanya kerna kau yang cukup indah
Untuk dimiliki dan tuk dicintai
Ku tahu kau mahu ada di hati
Untuk didampingi untuk disayangi

Lagu ni sesuai gila untuk didedikasikan buat girlfriend yang comel. So, para boyfriend, silalah dedicate lagu ni kat girlfriend korang yang tersayang. Tu pun kalau girlfriend korang comel la. Hehe :P taklah memain je, girlfriend semua orang pun comel kan.

Today is Eidul Adha. Banyak gila makanan atas meja. Bihun sup, lemang, nasi impit, kuah lontong, kuah kacang, kek batik dll. Nak tidur pun terbayang bayang je semua makanan tu. Haha. Kemaruk dah. Kemaruk dengan makanan takpe untuk mereka yang memiliki badan seperti daku T_T. baru baru ni abah tegur “Kenapa adik kurus sangat ni?” macam la I tak makan. Stop bab makan, perut dah cukup penuh. Kesian Kinah, malam ni baru dia balik Taiping. Hehe. Nak buat macam mana, exam punya pasal. Tadi baru Ija contact, punya la I try contact hari tu sebab nak Tanya khabar, risau jugak kot kot rumah dia pun masuk air. Kedah kan banjir hari tu. Tapi, syukur la, tadi dia messege cakap rumah dia tak masuk air pun. Okay lah, dah maghrib. Daaa~ 

Toodles! selamat Hari Raya Aidil Adha :)
pssstttt: miss you all (rai kinah & ija)

Love, jiha!

Friday, October 29, 2010

ayam hangit. pfffft.

hehe. tajuk mau gempak je :P ni I tengah cuba sedaya upaya la ni nak makan ayam hangit yang digoreng oleh diri sendiri. leka bersembang dengan mak punya pasal. my mom just called semata mata nak cakap yang balik nanti dia ajak satu family tukar plan prepaid. DIGI BUDDIES nama plan baru tu, call and message free babe! best best. tadi dengan suara anak anak buah I kat rumah. rindu sekejap dengan suasana rumah bising dengan karenah diorang. miss you all so much.


okay, today is officially last day of my class in fifth semester. phewww. macam macam yang dilalui sem ni. thanks all for the memories.last class tadi subject Ethics in Science. gila mengantok. mana tak nya, semalam tidur pukul 5 semata mata nak prepare for Business Plan presentation. last last ape yang Wafa and Mas buat tak jadi pun time present. kecewa di situ. takpe release la jugak sebab da lepas kan. thanks korang (Wafa, Ask, Mas) sebab bekerjasama. hehe. apa yang penting? KERJASAMA :D secara oficially memang la today last class tapi still ade more presentation this Tuesday. after presentation I will go to UPM lepak dengan Kinah. rabu baru balik Taiping bandar warisan.


Ija dah balik kedah pun after maghrib tadi, tak aci tak aci! Kinah dengah study week. good luck Kinah cayang! jangan asyik memalaskan diri je okay. eceh, pesan bagai kat orang kan padahal diri sendiri jugak malas. bab bab malas ni memang tak dapat nak buat ape da la. semulajadi kan. :P Rai sekarang tengah study week jugak, sama dengan Kinah la. after study week dia cuti, after cuti la kot dia exam. buat masa ni Kinah jela yang da hampir nak berperang dengan soalan demi soalan.


Toodles! nak sambung makan ayam hangit la, thanks all for reading! love yaa~

to : kinah, good luck deary deary kinah!



psssttt: i love and miss you all kinaj ija and rai. hugs2 kiss2.

Love, jiha!



Thursday, October 28, 2010

ABAYA

Nak ABAYA nak ABAYA nak ABAYA nak ABAYA. Semenjak dua menjak ni I macam have an interest to ‘jubah abaya’. Cantik sangat. Teringat someone pernah cakap kat I “when you pakai baju besar or labuh you look more sweet la dear” hehe. Orang cakap, bukan I cakap okay. :P jubah abaya is one of my addicted to now. Nak beli sendiri sekarang macam mahal. If there anyone yang nak pergi Dubai or Makkah please let me know, nak mintak tolong belikan. Nanti I nak mintak duit ngan parents I la to buy this stuff. Huhu. Mesti mak tak kedekutkan nak belikan jubah untuk anak die ni :P kalau mintak belikan jeans kedekut la sikit. Nak cari la, kat Masjid India agak agaknye banyak tak? 


Kalau google jubah abaya ni mostly keluar yang colour hitam la, but I lagi suka kalau warna cerah or lembut. Before this I tak pernah ade rase pun nak pakai jubah but abaya sangat cantik sampai I yang tak pernah minat ni rase macam nak sangat pakai jubah ni. Kalau jubah Malaysia yang fesyen fesyen tu memang I am not into it. tunggu duit penuh dalam bank, I will buy abaya sampai penuh closet. Haha. Memang takkan penuh la kan kalau dah hidup asyik boros je. Hurm. Target for next sem, I will own an exclusive abaya for myself. Woah, exclusive tu. Hehe. Takpe, berangan lebih lebih tak salah pun kan. ;) Tibe tibe terberangan pasal kawin, ape kata time bertunang or nikah I wear the abaya je. Simple but sweet kan? Okay tak okay tak? Orang lain jangan curi idea I taw, I yang cop dulu :P



Toodles! Thanks for reading yeah! :)
psssttt: sayang kinah rai & ija.

love, jiha!


How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers