a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Wednesday, October 12, 2011

Senyum. Dulu dan sekarang.

Sejak sebulan ni, senyuman kat bibir tak pernah lekang. Muncung sekejap bila merajuk thean bila ada yang memujuk senyuman kembali terukir. Hehe. Yeah, I'm happy enough. Dengan dia :)




Before this tiap kali nak bangun pagi pun rasa sangat malas, even dah bangun pun sanggup usaha tidur balik then tengah hari baru bangun. Ye, memang buruk perangai. Haha. Tapi sekarang, bangun je daripada tidur tengok phone terus senyum dan hilang mengantuk. Tau tak kenapa? Sebab every morning I woke up there's must be lovely text messages from him. Bukan satu, kadang kadang more than I expected. Hehe. You brighten up my day sayang, I love you!


Before this I never had thought to cook to any other guys, biar pun ada yang suruh I masak but I rasa I belum yakin lagi. Karang tak pepasal kena komplen terus hilang mood nak masak dah. Haha. Down beribu tahun, sape yang rugi? Suami I jugak kempunan nak makan masakan I. Tapi sekarang, I masak kan and prepare untuk my sayang makan. Sebab I know, dia takkan komplen apa apa and hargai setiap perkara yang I buat untuk dia. Oh, rasa ini rasaku! :P 


Before this I banyak habiskan masa online dengan kengkawan dan mereka yang tetiba je jadi kawan. Haha. Tak faham? Takpela, biar I sorang je yang faham. Kadang kadang I sendiri tak faham, mungkin kerana kebosanan tahap melampau sebab takde orang nak layan. Tapi sekarang, masa betul betul terisi dengan orang orang yang I sayang je. Hehe. Online dengan yang tersayang, texting dengan yang tersayang, lepak pun dengan yang tersayang. Hidup betul betul rasa terisi dengan sempurna :)


Before this, duit habis entah ke mana pun tak tau. Shopping baju bag kasut tak habis habis. Hasilnya tak seberapa jugak. Pakai sekali dua then bosan main campak kat mana pun tak sure. Tapi sekarang mood shopping dah takde, ini petanda baik. Haha. Yang ade cuma mood dating. Eh, ini petanda baik jugak ke? Taknak jawap. Hihi. Sehari dapat habiskan masa bersama memang sangat seronok, sayang sangat nak lepaskan.


Thanks for making my life so perfect, sayang. I love you more than you know. Eh, ke sayang tau? :P


♥ eh, macam sama pulak muka kitorang, ke tak?


Toodles! Dulu dan sekarang, mesti lah sekarang lagi best!
psssttt : indah indah indah :)


Love, jiha!

Sunday, October 9, 2011

Memori baru. Sepang Gold Coast.

Indah. Semakin hari semakin banyak memmori baru yang tercipta bersama kawan kawan yang sentiasa ada di sisi dan buah hati yang sangat disayangi. Mereka adalah paling berharga. I'm glad enough to have them. Hidup jadi cukup perfect bila diorang ada kat sisi. Sumpah indah. 


My sayang, Faizal Mohd Yusoff. Thanks for always being there for me. Dalam susah senang dia ada. Apa saja yang I nak dia akan cuba yang terbaik untuk penuhi. Cukuplah kasih sayang yang tak pernah berkurang malah makin hari makin dalam. Apa saja yang I impikan dia akan tunanikan sikit demi sikit. I got you, itu yang paling berharga. Happy a month anniversary sayang!(lagi dua hari sebenarnya) Sebulan dengan dia sikit pun tak pernah rasa sunyi. Sikit pun tak pernah rasa untuk meminta lebih. Cukup lengkap hidup ni dengan kasih sayangnya yang cukup tulus dan ikhlas darinya. Setiap saat sentiasa I rasa dihargai, disayangi, dimiliki. Sayang, please, always be my baby. Memori yang tercipta bersama makin hari makin indah. Bila bersama, lupa semua rasa yang lain. Yang ada cuma rasa cinta dan tak mahu berpisah walau sehari pun. Okay, korang maybe rasa over tapi itu yang kitorang rasa :) Bermula dengan perbezaan tapi makin lama makin banyak persamaan. Jodoh mungkin. Hehe. Harap harap rasa ni takkan pernah berubah atau berkurang biarpun seribu bulan akan datang. Amin.


Friends! I love you all, for forever :) Seronok sangat dapat habiskan masa bersama kan. Eh, ke I sorang je yang rasa macam tu? Sampai hati (tak pepasal touching). Korang, please always be at my side sampai bila bila boleh? I know that I'm not a perfect friend tapi nak jugak korang ada! Hehe. Jawap 'Yes, I will' tau. Ini bukan paksa tapi kan, tapi kan kalau boleh nak jugak. Haha. Sama makna tak? Tak paham takpe la :( BBQ, beach, playing kites, photoshoot sounds perfect kan? Thanks to me sebab jadi ikot :P Kalau tak takde lah sesi photoshoot bersama kalian (thanks to yang ajak patotnye kan). Had a wonderful weekend with all of you. Hugs and kisses. Malu nak bagi bebetul, bagi kat alam maya je eh baru tak malu sangat. Tapi I love you all, for sure! Kena mention nama kat sini ke? I'm pretty sure that korang tau siapa korang. Oh, I tak reti lah nak romantis dengan kawan kawan. Haha. Dengan buah hati boleh lah :P 

As and me being his model :P

Our turn. ehem :)

Just arrived at Sepang Gold Coast. Yeay!

He's my forever photographer. Hehe.

Do ignore my cacat =.=

We love beaches!

Happy with besties :)

Yeay! He bought me kite.

Mas with her kite bought by her ehem :P

Our bodyguard :P

BBQ

Oh, I love you!

Omnomnom

See, my bf is so hardworking.

Besties plus mas :)

Toodles! Thanks to all my sayangs for the wonderful Saturday :)
psstttt : nak lagi nak lagi. hehehe.

Love, jiha!

Thursday, September 29, 2011

Epil0g CinTa SiLam..

Setiap kata-kata yg meniti d bibirmu xkan ku lupai..
Sentiasa bermain d minda ini..

Dikau pernah berkata..
“ Tanpa ku kau sepi..
Meski Pagi itu dah tapi..
Akan sunyi tanpaku..
Tanpa cintaku kau resah
Tanpa kasihku dirimu hampa....”

TANPA?? Saat terindah yg xkan ku lupakan ketika kamu menyanyikan lagu itu kpada ku..
Pada saat ak d sampingmu..
Dikau bisik d telinga ku..
Ak juga resah tanpa cinta mu.......

Kamu juga berkata:
“ Dikau akan gembira..
Andai dapat bersama untuk selama-lama
Hanya untuk menyayangiku
Hanya untuk bercinta lagi
Andai aku berduka
Kau yang pertama di sisi...

Kau akan kembali
Walau jalan berliku
Kerna kau kekasihku
Hingga ke akhir hayat..”

Aku msih tkenang akan janji2 mu..
Kamu akan kembali kpd ku wlau apa pun yg t’jadi..
Kerana AKULAH KEKASIHMU!!

Tapi...hingga kini..
Kau buat ku tertunggu-tunggu..

Kerana kau sayang 
Tidur malam tak menentu 

Rindu merindu selama ini 

Ku takut kan menjadi kenangan... 



bila ku menangis..kau lafazkan :

“Jangan menangis sayang 
Ku seperti dulu 
Rindu ku hanya padamu 
Cinta ku hanya untukmu 
Buat selamanya
Aku pegang kata2mu..........
Akhirnya... jnji2 yg semanis gula tiada penghujungnya......
Ak terpenjara d dalam janji & khayalan sendiri.. 
bertahun2 ak menunggu jawapan yg xpasti..
Kini..segalanya telah ku temui...

~~~~~~~~~~~~~~ d 0ther str0ry ~~~~~~~~~~~~~~~

Sudah mnjadi kebiasaan..
hampir selama 2thn..b4 tdo..ak akan kirimkan msg kepada mu..
wlpun tidak berbalas..ak terima..sekurang2nya itu tnda ingtanku pdmu..
tp......segalanya berubah...

23.9.2011 ~ 2.20a.m
sms ku kirimkan mewakili rindu d hati..
tb2..die c0lling..hpy glr rasa..

ak : hell0...
die : hello..ieja ke ni??
ak : ya sy...(atiku bdebar gila pabila tdngr suara yg menelef0nku)
die : sy "gf" epi..nk tnye awk..np ek awk sll msg die?
        sy xnak awk ganggu die lg..plez la jng anta msg kat die lg..
emm..n ada lg la kata2 die...tp..ieja rasa bagaikan mmpi..time cakap fh0ne 2 leh je ieja gelak2..hu3
tp..pas letak fh0ne..muatiara ini gugur jgk..hu3..
cedih ya amat.. kesetiaan & penantian ini tidak bermakna..

cedih sangt korang..wlpn bg korang xde pe sangt la..juz EPI..ok..mmg hanya sekadar epi..
tp.....bg ieja die amat bmakna..ssh ieja nk lupakan die..ieja pun xtau napa..hu3

emm..tp xpela..ieja redha..terime jela..ieja ok je skrng ni..cuma duk ingt jgk la kdng2.
mengs jgk la..hu3..take time la tuk ieja nk lupakan die..
xtau la bpe tahun br dpt lupakan die dng sepenuhnya...

 p/s : emm..ieja sekadar nk kongsi je..d0akan m0ga ati ieja tbuka tuk org lain & ieja cepat btemu sese0rg yg lbh baik dari die.......

Love, ieja!

Wednesday, September 28, 2011

Busy yang melampau.

Yep, minggu ni minggu ketiga after bermulanya semester baru yakni semester tujuh. Eh, biar betik kan dah sem tujuh. Pejam celik pejam celik je dah jadi super senior. Ehem, panggil I 'akak' okay :P Nak dijadikan cerita tiga minggu terawal ni memang busy yang amat. Tak tipu! Tapi bukan semua super senior busy, budak budak course I je busy sebab kitorang arrange program. Alhamdulillah semua dah selesai. Dah boleh menarik nafas lega. Lega betul. Hehehe.


Dalam masa tiga minggu ni macam macam jadi. Suka duka silih berganti. Cewah. Macam lirik lagu gitu. Hahaha. I just started a new life with a new person. Thanks God for sending me his love. Happy enough, no doubt. Awww. Blushing. Rasa nak cerita macam macam but personal stuffs better simpan and cerita dekat mereka yang tertentu saja bukan. Hahaha. Roomates I mesti dah bosan gila dengar I duk gebang pasal my new life, tapi I hope diorang still akan tadah telinga dekat roomate diorang yang suka bercerita ni :P


Duit mengalir macam air dalam tiga minggu ni. Beli apa benda pon tak tau lah. Bayar sana bayar sini. Cis duit, u memang taknak sentiasa ada di samping I kan. Macam syok sendiri dah rasa. I nak duit tapi duit taknak kat I. Sampai hati. Touching. Hahaha. Over lah kau. Enough for tonight, penat sangat. Schedule pack sangat hari ni, ada class since pagi sampai ke malam. Gila busuk masam seharian kat campus. Esok free sikit. Syukur :) Okay lah, nak rest. Mata dah nak tertutup sangat dah ni. Hehehe.


Toodles! Goodnite beautiful people :)
psssttt : missing you bff!


Love, jiha!

Thursday, September 22, 2011

Happy Grad day Ayong!




Toodles! Congrats ayong. You're awesome :)
pssttt : next is kinah's turn. hehehe.

Love, jiha!

Friday, September 9, 2011

Tentang Cinta (Filem)



Bagi Sheren (Sheila Marcia Joseph), Ray (Fedi Nuril) adalah segala-segalanya. Dia adalah nafas bagi Sheren, belahan jiwa Sheren. Ketika Ray divonis menderita kanser otak, Sheren tetap setia berada di sampingnya. Bahkan ketika keadaan Ray semakin kritikal, Sheren berkeras melangsungkan pertunangannya dengan Ray. Dan ketika Ray menghembuskan nafas terakhirnya, Sheren merasa separuh jiwanya terbang bersama Ray.


Semenjak pemergian Ray, Sheren berubah. Dia pergi meninggalkan semuanya, rumahnya, teman-temannya, dan menyepi ke sebuah daerah sepi supaya dia dapat menangisi Ray setiap hari. Tak diduga, dia bertemu Evan (Vino G. Bastian), seorang pemuda yang berbeza 180 darjat dari Ray. Ray sangat sabar dan penyayang sementara Evan sinis dan berandal. Pertengkaran awal Sheren dan Evan membuat mereka kemudian menjadi musuh.


Ketika ulang tahun Sheren tiba, secara tak terduga Sheren mendapat pesanan dari Ray, sebuah diary tebal yang halamannya sudah terisi oleh tulisan Ray. Sheren jadi mempunyai kesibukan baru, membaca diarynya yang berisikan tulisan Ray yang seolah mampu membuatnya tertawa lagi, seakan Ray masih bersamanya.


Suatu hari, buku tersebut jatuh ke tangan Evan. setelah membaca buku itu, Evan jatuh hati kepada Sheren. Sheren awalnya marah kerana Evan menulis sesuatu di bukunya. Tapi sebaris tulisan itu membuat Sheren tahu, bahwa Evan memahami soal cinta. Mereka menjadi akrab dan berujung pada mereka saling jatuh cinta. Sekali lagi dalam kehidupannya, Sheren menemukan lagi cinta yang mampu membuatnya bersemangat dan bangkit kembali. Separuh nafasnya yang terbang bersama Ray telah dibawa kembali oleh Evan.


Tapi kebahagiaan mereka terusik dengan kehadiran Audy (Hayria Faturrahman), bekas tunang Evan yang tak sengaja bertemu dengan Evan. Audy yang ternyata tak pernah meninggalkan Evan demi lelaki lain, dan Audy yang masih masih mencintai Evan dengan sepenuh hatinya. Hati Evan pun terbelah, dia mencintai Audy tapi dia juga mencintai Sheren. Audy sangat memerlukan Evan tapi Evan tak ingin hati Sheren hancur sekali lagi. Evan bingung. Evan bimbang. Dia mencintai keduanya. Tapi dia tak mungkin memiliki keduanya. Hidup memang kadang tak adil, dan cinta adalah sebuah pilihan yang sulit.




Tooldes! Crying while watching this romantic movie :(
pssttt : cinta adalah sebuah pilihan.


Love, jiha!

Perihal hati.

Urusan hati makin lama makin rumit. 
Terlalu banyak yang datang dan memberi. 
Tapi haruskah menerima setiap pemberian? 
Ikhlaskah setiap yang memberi? 
Sendiri terpana dengan apa yang diberi. 
Masing masing punya keindahan tersendiri. 
Haruskah memilih atau terima sahaja semuanya tanpa fikirkan apa apa? 
Dan percaya semuanya akan baik baik saja?
Keliru, mungkin pada mata mata lain mungkin aku tamak andai menerima semua. 
Tapi ini soal hati. 
Susah untuk dikawal, susah untuk dikemudi. 
Jika salah membuat keputusan maka hati akan patah. 
Biarpun masa akan menyembuhkan tapi takkan sepenuhnya.
Tuhan tuntun hatiku.
Aku hamba yang lemah cuma.
Lemah dalam ujian demi ujian.
Jauhkanlah dari mereka yang berniat tidak baik.
Hanya Kau yang tahu apa yang terbaik buatku.


Toodles! Hati makin sayu. I'll be missing you so much homie!
psssttt : a good goodbye hometown :)

Love, jiha!

Wednesday, September 7, 2011

Believe me...


Love, jiha!

Tuesday, September 6, 2011

Gempa 6.6 magnitud landa Utara Sumatera

Keratan Harian Metro

Keratan Berita Harian

Ye, I salah seorang daripada mereka yang turut merasai gegaran kesan daripada gempa bumi yang melanda Sumatera awal pagi semalam. Tengah tengah online atas katil dalam pukul dua pagi tiba tiba rasa laptop bergerak. I dah pelik, dalam fikiran teringat cerita cerita seram time kat asrama. Hantu goyang katil. Ish, biar betul. Tapi katil I bukan katil double decker pun, macam mana hantu nak goyang. Lampu pun belum off lagi time tu. Entah macam mana boleh timbul isu hantu goyang katil pun I tak tau. Haha.

Apa lagi, tanpa berlengah I terus check Twitter. Almaklum lah, Twitter kan sumber berita yang paling cepat di abad ini. Hehe. 

Mula mula, I nampak tweet ni:



Tak lama lepas tu I nampak tweet yang ni pulak.


Time tu tak sure mana satu sebab yang sebenar benarnya tapi pagi tadi after bangun tidur cepat cepat I check online news memang gegaran yang I rasa tu adalah kesan daripada gempa bumi kat Utara Sumatera. Tapi alhamdulillah lah sebab takde amaran tsunami dikeluarkan. My mom cakap "Tu lah, bumi kita ni dah tua." So, kita kira untung sebab tinggal kat Malaysia, negara lain ada gempa bumi lah, ribut lah, gunung berapi lah. Saya bersyukur tinggal di Malaysia! 

Toodles! Moga negara kita dijauhkan daripada segala bencana :)
pssttt : lagi dua tiga hari je nak jadi student balik.

Love, jiha!

Monday, September 5, 2011

Melawat orang sakit. Abah buat perangai.

Eh, mula mula I nak menyeru to all readers untuk sama sama sedekah kan Al Fatihah untuk wakil media Malaysia yang terbunuh dekat Somalia time mengikuti rombongan misi bantuan sukarelawan baru baru ni, Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor. Semoga rohnya di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Aminn.


Keratan akhbar mengenai berita kematian Noramfaizul Mohd Nor


Petang tadi I went to hospital dengan parents I untuk lawat ayah sedara I yang memang tak sihat sangat pun since kitorang pergi lawat masa hari raya first hari tu. Kesian, bila dah tua macam macam penyakit lah timbul. Seram pulak bila masuk hospital sebab selalunya I tak masuk tapi kali ni my mom ajak masuk pulak. Ayah sedara I boleh dikatakan agak kritikal lah tapi taklah kritikal sangat. Nampak macam teruk sebab dia mengalami kesukaran untuk bernafas. I tengok pun rasa macam seksa sekali. Bak kata pepatah 'Berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul' ye dak?


Time kitorang pergi dia baru check in je, ewah macam masuk hotel pulak nak check in bagai kan :P Dia baru je dimasukkan dalam wad, before tu kat wad kecemasan lah. So ramai lah doktor datang nak check sana check sini so kitorang tak dapat lagi keputusan tentang penyakit sebenar ayah sedara I tu. Sebab taknak kacau doktor buat kerja, we decide untuk pergi beraya dulu then datang balik after dah settle everything. Kebetulan kawan my mom ada buat open house sikit petang tu. Rezeki. Rezeki. Siap dapat makan nasi minyak lagi.


After balik daripada open house kitorang pergi balik hospital. Kali ni I tak masuk, I lepak kat luar wad. Depan wad lelaki ada wad pesakit mental. Tengah I lepak kat luar sambil online FB tiba tiba ada suara orang jerit kuat gila from wad pesakit mental. Cuak terus I time tu, dah la I sorang je sebab parents I masuk dalam. Dia jerit betul betul macam orang gila dalam drama. Haha. I try jenguk from tingkap wad tu tapi tak berapa nak jelas. Apa yang I nampak, ada pesakit yang jalan dengan bebas ke hulu ke hilir and ada pulak pesakit yang dalam kurungan. Apalah agaknya yang diorang rasa kan.


Balik from hospital dalam kereta tiba tiba abah cakap "Lagi seminggu je ada adik dekat rumah." Dengan secara automatiknya jantung I dup dap dup dap. Dalam hati berharap abah tak cakap lebih lebih, kang meleleh lah airmata ni. Tapi abah still terus cakap "Minggu depan mesti buat apa pun teringat kat adik, sedih betul abah rasa. Empat bulan adik duduk rumah, bukan sekejap." Okay, airmata I meleleh macam air paip :'( Bila my mom pulak sambung luahan perasaan, memang I tutup muka lah dalam kereta. Oh my, kenapalah dorang cakap macam tu. Lagi lah I berat hati nak balik Nilai.


Sampai rumah I sambung nangis dalam bilik. Sebak gila bila my mom and abah fikir macam tu. I tak dapat bayang macam mana I nak tahan nangis bila dah sampai Nilai nanti. Before ni memang tiap kali balik Nilai I akan nangis tapi kali ni mesti over lagi sebab cuti lama gila. Keluar je tol Nilai, airmata dah bergenang. Sayu je hati, biarpun ada jugak rasa rindu dengan kehidupan kat Nilai tapi untuk berpisah jauh dengan parents I memang payah. Ye, I memang manja. Dah besar panjang pun still perangai tak ubah macam budak form 1 nak masuk hostel. Tapi nak buat macam mana, dah memang I rasa macam tu :(


Abah lah ni start dulu, I tak boleh kalau parents I start sesi luah perasaan camtu. Memang touching habis lah. Banyak mana both of them rindu I macam tu jugak lah I rindu dorang bila berjauhan. Even selalu sangat berjauhan, boleh dikatakan most of my life dihabiskan dekat sekolah, college, university tapi persaan sedih untuk berjauhan tak pernah hilang. Macam mana nak kahwin macam ni? Lagi I nangis gila gila kot time nak kahwin. Okay, I'm a crybaby for sure. Harap harap seminggu ni masa akan berjalan dengan sangat sangat lembap.


Toodles! Semoga Pakngah cepat sembuh. 
pssttt : sangat tak suka perasaan ini :(

Love, jiha!

Sunday, September 4, 2011

Konvoi Raya + Kenduri Kendara

Entry ini untuk gambar je, malas nak update. Almaklumlah mood still swing. Hamboi, lamanya mood nak swing. Haruslah sampai balik Nilai nanti pon swing swing lagi. Hehe. sekali sekala over pon okay what.

Raya 1st dengan familia. Okay theme campur campur =.=
Beraya di kampung saudara.
We're still got 'duit raya' :P
All of us at my house.
Lots of eating ;)
3 dara pingitan.
Shamira E-day.
We're happy for sure :P
Ehem, i'm riding it yaw!
Berdrama before balik. Haihh.

Toodles! sedang bersiap sedia daripada segi emosi untuk kembali belajar. Sigh.
pssttt : oh, i'll be missing this Eidul Fitri :)

Love, jiha!

Wednesday, August 31, 2011

Yes, I am counting the days :(

Firstly I wanna wish Happy National Day to all Malaysian! Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54

Mood kembali merudum bila memikirkan kurang daripada sepuluhhari dapat berada dengan selesa kat rumah. Ahh, serius rasa campur baur. Perut pun dah lain macam, bukan sebab makan banyak di hari raya tapi sebab dah nak balik USIM. Everytime nak balik ke perantauan memang macam ni lah I rasa. Tak dapat nak gambarkan secara jelas. Rasa ini rasaku, korang mana tau :(


Cuti semester empatbulan I rasa macam empatminggu je. Why? Why? Patutnya kalau dah empatbulan tu rasa macam empatbulan lah, apesal lah I patut rasa macam empatminggu. Mengenang nasib. Banyak betul benda menanti kat Nilai tu, bila fikir je mesti rasa serabut tu menjadi jadi. Ahh, kenapa tak cuti empattahun je? Tak puas cuti! Bila dapat duduk rumah lama lama macam ni lagi :(


Bila taip entry ni hati jadi makin sayu. My mom pulak dah menunjukkan symptoms seorang ibu yang berat hati untuk mengahantar anaknya kembali ke perantauan. Lagi lah hati jadi tak keruan. Bila makan sedap sedap, ayat yang keluar dari bibir my mom "Makan lah puas puas, adik kan dah nak balik USIM." Bila abah suruh I masak my mom akan cakap "Takyah biar mak masak, adik rehat je kan dah nak balik Nilai."  Okay, I sangat sedih :(


Esok I akan berkonvoi raya dengan primary schoolmates. Itu sangat seronok. Yeay! Cuti empatbulan memang tak lepak langsung dengan diorang, masa tak mengizinkan. Esok baru lah nak jumpa salam salam raya tanya khabar. Ramai jugak antara diorang yang nak bertunang and berkahwin this weekend. Best lah diorang. I jealous sikit je. Lagipun I rasa I tak sesuai lagi nak kahwin and uruskan rumah tangga. Hehe :)


Okay, enough for this entry. Beberapa hari tak update sebab busy dengan raya, mood pun tak berapa nak okay. Huhu. Mood swing fikir pasal CUTIDAHNAKHABIS.


Toodles! Selamat Hari Merdeka yang ke-54.
pssttt : you girls, taknak datang raya rumah I ke?


Love, jiha!

Monday, August 29, 2011

Aidilfitri 1432


Salam Syawal! :) 

Minal 'aidin wal faizin. 

Taqabbalallahu minna wa inkum solihal 
a'mal.



Toodles! Semoga aidilfitri tahun ni lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.
psssttt : jangan over makan ye :P

Love, jiha!

Saturday, August 27, 2011

Untitled (Takde tajuk)

It's four o'clock in the morning and I'm still can't sleep. Waiting for Sahur and will sleeping after that. Sucks. I feel bad this few months cause I'm having sleeping disorder, I stayed up every night and I slept like a baby all day long. Someone please gimme some tips on this sleeping problem. I tried to close my eyes but I'm still couldn't sleep even though in an hour. Sigh. 


There're still a week before going back to my normal student life but how come I'm gonna be 'normal' if I'm still having this sleeping disorder. This isn't best bro! I need to get through this problem before my semester started. I really need some help because it wasn't easy to be a student while I can't manage my time properly :( Change! Yes, but how?


Today I went to Flemington Hotel for having Iftar with my family. It was pretty good having Iftar there with various choices of meals. The main dish is Nasi Bugari and I haven't know the rice was existed before. Haha. It's just like nasi beriyani I thought. Nasi Bugari should be eaten with 'Mutton Chops in Black Paper Sauce' and because of I'm not eating any meat so I just took plain white with some kampung's dishes and some seafood.




After the Iftar we went to mosque to send my abah for having Terawih and we (the ladies) went to Bazaar Raya nearby the mosque looking for cookies and snacks for Hari Raya. It was my second time went there in this Ramadhan and my first is just last few days. Yes, we (my mom and me) went out almost every night. I can count how many times we spent our night at home. Hehe.


Okay, I am going to have my Sahur now. Have a nice Saturday all! For those who's planning for balik kampung today, hati hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat :) Have a safe journey.




Toodles! Happy 27th Ramadhan :)
psssttt : tak sabar nak pakai baju raya :P


Love, jiha!

Wednesday, August 24, 2011

Yes, I am :)



Toodles! Anybody wants to be my friend? :P
pssttt : syukur syukur.

Love, jiha!

Tuesday, August 23, 2011

Faktor kematangan seseorang.

In last few days, I keep wondering kenapalah pemikiran I still belum matang even sebenarnya kalau ikut umur, orang lain sebaya I maybe dah pandai uruskan rumah tangga. Ramai dah kawan kawan I yang dah kahwin and sedang merancang untuk berkahwin. Me? Jauh lagi nak ke situ agaknya. After fikir fikir semalaman, maybe disebabkan I anak bongsu. Hehe. Eh, apa kaitan? Memang ada kaitan kalau korang nak tau. Kat rumah, I dilayan macam kanak kanak umur sepuluh tahun by my mom and abah but mostly by abah lah.


Situasi 1:
Kalau time makan abah will keep asking me what to do.

  • Adik, amik sayur tu makan baru sihat (Yelah, I memang suka makan sayur what. I'm not in primary)
  • Adik, makan ikan tengok tulang nanti tercekik (Ikan kembung je kot abah @____@)
  • Adik, tambah nasi bagi gemuk sikit (Time tu I dah sendawa bukan main. Kenyang)
  • Adik, angkat pinggan pergi basuh (Padahal tangan I baru je menyuap mulut dengan suapan terakhir, I know that abah I'm not a kiddo anymore)
  • Adik, basuh pinggan jangan lupa letak liquid kat situ (Haha. Abah, takkan lah nak basuh tak letak sabun pulak)
  • My mom: Adik masak ni bang.
    Abah: Eh, yeke? Ingatkan awak beli.
    (Jelas jelas abah tak percaya I boleh masak sesedap itu T____T)
  • Adik, jangan lupa makan buah nanti susah berak. Mak dah kupaskan.

Situasi 2:
Before pergi keje my mom and abah akan senaraikan benda untuk I buat.

  • Adik, jangan lupa sidai kain, eh takpe lah abah sidai nanti kain kering dalam machine pulak (Fahamlah I bangun pukul berapa. Hehe.)
  • Adik, tolong angkat and lipat kain ye (Even diorang tak suruh I tetap akan buat sebab dah memang hari hari buat)
  • Adik, kalau masak jangan bukak api besar besar. Bahaya. (Hehe. I dah hari hari jadi chef kat rumah lah, so I know cara control api. Haish)
  • Adik, kalau orang ketuk pintu jangan bukak. (Penangan my mom banyak sangat tengok berita)
  • Adik, kesian rabbits jangan lupa bagi makan. (Bangun bangun memang I akan feed them dulu la, takyah pesan)

Situasi 3:
Family matters.

  • Ayong: Abah boleh suruh adik datang rumah akak (Penang), hubby akak outstation.
    Abah: Okay, nanti abah hantar adik.
    Ayong: Tak payah lah, abah suruh dia naik bas je.
    Me: Yep, let me go there by bus lah abah.
    My mom: Takpe, adik tak reti naik bas. Biar abah yang hantar.
    Angah: Kenapa dulu abah tak hantar angah pun, tapi adik nak kena berhantar hantar pulak?
    My mom: Takpe lah, dia kecik lagi.
    Angah: Tapi time tu angah lagi muda daripada dia.
    Abah: Adik belum matang lagi.
    (Jawapan abah is a bit hurting me tapi sampai bila I nak matang kalau abah still layan this way)
  • Abah: Nanti balik kerja awak bawak adik pergi jalan jalan.
    My mom: Yelah. Petang nanti saya bawak adik pergi Tesco.
    (Rasa macam budak budak kecik yang kena bawak pergi jalan kat Tesco sebab nak main mainan yang dekat dengan foodcourt tu. Sigh)
  • My mom: Abang, malam ni kita makan Pizza Hut eh. Kesian adik, dia teringin.
    Abah: Okay. nanti malam kita pergi.
    (Okay, yang ni sebenarnya my mom yang teringin tapi guna nama I. Hehe)

Oh, I love you both!

See, korang boleh bayang apa yang I rasa? Padahal ada je my friends ada yang baru start hidup berdikari time masuk universiti tapi they're more matured than me. Even start dari Form 1 I dah duduk asrama and belajar berdikari, kalau dah kat rumah dilayan macam kanak kanak in a primary school memang lambat nak matang jugak lah. So, jangan nak bebel bebel suruh I jadi more matured in doing things because I've treated this way :) Hehe. Tapi jangan salah faham, bukan semua anak bongsu dilayan begini. Ikut diorang punya family lifestyle lah. And I'm glad I'm born in this wonderful family.


Toodles! Umur bukanlah satu satunya faktor untuk seseorang itu matang :)
psssttt : merepek after sahur. hehe.


Love, jiha!

Sunday, August 21, 2011

Ujian Ramadhan 21

Hahahahahahahahahahaha. Before teruskan baca entry ni jom sama sama gelak dulu!


Alhamdulillah, hari ni once again kita semua dapat menyempurnakan ibadah puasa untuk hari ke duapuluhsatu. Ramadhan 21 bakal terus terpahat dalam ingatan I, maybe dalam ingatan parents I jugak. Let me tell you why :)




Tengok jam, pukul lima. Dalam hati berasa sedikit lega kerana masih ada setengah jam lagi untuk mulakan sesi masak memasak untuk berbuka. I teruskan online melayan mukabuku, melayan youtube, download lagu. Tik tok tik tok dah pukul 5.30. I solat asar then terus pergi dapur amik pisau and mulakan ape yang patot. Dalam empatpuluhlima minit siap lah lauk pauk untuk juadah berbuka puasa; ikan masak taucu dan sup sayur, ade ulaman and sambal belacan jugak.


My mom and abah keluar, beli barang sikit. Nasib diorang balik bukan dengan tangan kosong, ada air cendol air kelapa. Kuih muih ada tiga empat jenis. Haa, ikan bakar pun ade. So rasanya lengkap dah lah juadah untuk berbuka hari ni. Tengok jam dah pukul 6.45, I sambung tengok Jejak Rasul dengan my mom and abah. Dalam fikiran terbayang je juadah yang ada atas meja tu, tak sabar pulak nak bukak puasa. Hehe.


Tik tok tik tok dah pukul 7.25. I bangun pergi dapur amik pinggan, cawan and sudu. Lagi bape minit je ni nak berbuka. My mom and abah still ada depan TV. Okay, nak angkat nasi pulak letak atas meja. I tengok rice cooker. Hamaigadddddd. Nasi lupa masak! Ahh. Tekanan betul. Bila bagitau my mom and abah diorang punyalah gelak. Haha. Slumber semua dah siap nasi pulak takda. Macam mana entah boleh lupa benda penting macam tu.


Bukak puasa minum air ngan makan kuih jelah. Meleleh air liur tengok lauk lauk atas meja. Ahh. Nak nasi! I memang tak pernah lagi berbuka tanpa nasi, memang kena telan nasi dulu baru lah telan benda lain. Tapi hari ni, makan jelah kuih muih dengan redha. Salah sendiri. Siapa suruh lupa masak nasi. Hehe. Now tengah tunggu nasi masak lah, pastu boleh lah melahap dengan jayanya :)


Toodles! Ramadhan 21 sentiasa dalam ingatan, mungkin.
pssttt : hehe. korang mesti dah kenyang kan?

Love, jiha!

Saturday, August 20, 2011

Bulan mengelilingi Kaabah.

My mom dapat SMS from unknown number which SMS tu berbunyi macam ni:
"Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) .."
I mula jadi curious. Ish betul ke tak betul. After maghrib pun memang duk pakat sembang pasal ni. Tapi tadi I google pasal ni rupanya SMS pasal bulan mengelilingi Kaabah ni SMS palsu. Cis. Tipah tertipu!


Kalau ikut fakta;
@ Bidang Datuk Mazlan sebenarnya adalah AstroFizik dan bukannya Astrology.
@ Gelaran yang diterima oleh Mazlan Othman adalah Datuk dan bukannya Dato'. Rujuk Wikipedia
@ Yang nie yang paling kelentong sekali. Macam mana pengirim SMS tu boleh tahu, masa tu adalah saat saat doa dimakbulkan ? Cuba la korang fikir betul betul.


Pihak planetarium pun dah bagi kenyataan berkaitan dengan SMS ni sebab ramai sangat yang bertanyakan hal ni. Siapa tak curious kan, kalau betul tak ke rugi kalau terlepas.


Tuan/Puan:
Salam sejahtera.


Hari ini pihak Planetarium Negara telah menerima banyak panggilan tentang sms yang orang awam terima. Sms adalah seperti berikut:
Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) ..
Berdasarkan Peta Bintang di Mekkah pada 20 Ogos 2011 jam 3:25 am (seperti attachment). Didapati kita berpeluang melihat 67.88% Bulan di langit (Bulan terbit pada jam 22:43 pm di timur dan terbenam pada 11:21am di barat). Bulan berdekatan dengan planet Musytari (Musytari terbit pada 22:43 pm dan terbenam pada 11:25 am). Dan tiada fenomena astronomi yang berlaku pada waktu tersebut.
*Waktu mengikut waktu di Mekkah


Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.
Chen Chen
Pegawai Sains
Planetarium Negara,
Agensi Angkasa Negara


Tapi tak siapa menghalang kalau korang nak berdoa jugak. Sekarang kan bulan Ramadan, bila bila masa pun berdoa InshaALLAH akan dimakbulkan kalau kita betul betul ikhlas.


Source: ping.busuk.org
            Bernama


Toodles! Tak baik tipu tau bulan puasa ni!
pssttt : imy girls :)


Love, jiha!

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers