a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Wednesday, August 31, 2011

Yes, I am counting the days :(

Firstly I wanna wish Happy National Day to all Malaysian! Merdeka! Merdeka! Merdeka!


Selamat Hari Kemerdekaan yang ke-54

Mood kembali merudum bila memikirkan kurang daripada sepuluhhari dapat berada dengan selesa kat rumah. Ahh, serius rasa campur baur. Perut pun dah lain macam, bukan sebab makan banyak di hari raya tapi sebab dah nak balik USIM. Everytime nak balik ke perantauan memang macam ni lah I rasa. Tak dapat nak gambarkan secara jelas. Rasa ini rasaku, korang mana tau :(


Cuti semester empatbulan I rasa macam empatminggu je. Why? Why? Patutnya kalau dah empatbulan tu rasa macam empatbulan lah, apesal lah I patut rasa macam empatminggu. Mengenang nasib. Banyak betul benda menanti kat Nilai tu, bila fikir je mesti rasa serabut tu menjadi jadi. Ahh, kenapa tak cuti empattahun je? Tak puas cuti! Bila dapat duduk rumah lama lama macam ni lagi :(


Bila taip entry ni hati jadi makin sayu. My mom pulak dah menunjukkan symptoms seorang ibu yang berat hati untuk mengahantar anaknya kembali ke perantauan. Lagi lah hati jadi tak keruan. Bila makan sedap sedap, ayat yang keluar dari bibir my mom "Makan lah puas puas, adik kan dah nak balik USIM." Bila abah suruh I masak my mom akan cakap "Takyah biar mak masak, adik rehat je kan dah nak balik Nilai."  Okay, I sangat sedih :(


Esok I akan berkonvoi raya dengan primary schoolmates. Itu sangat seronok. Yeay! Cuti empatbulan memang tak lepak langsung dengan diorang, masa tak mengizinkan. Esok baru lah nak jumpa salam salam raya tanya khabar. Ramai jugak antara diorang yang nak bertunang and berkahwin this weekend. Best lah diorang. I jealous sikit je. Lagipun I rasa I tak sesuai lagi nak kahwin and uruskan rumah tangga. Hehe :)


Okay, enough for this entry. Beberapa hari tak update sebab busy dengan raya, mood pun tak berapa nak okay. Huhu. Mood swing fikir pasal CUTIDAHNAKHABIS.


Toodles! Selamat Hari Merdeka yang ke-54.
pssttt : you girls, taknak datang raya rumah I ke?


Love, jiha!

Monday, August 29, 2011

Aidilfitri 1432


Salam Syawal! :) 

Minal 'aidin wal faizin. 

Taqabbalallahu minna wa inkum solihal 
a'mal.



Toodles! Semoga aidilfitri tahun ni lebih bermakna berbanding yang sebelumnya.
psssttt : jangan over makan ye :P

Love, jiha!

Saturday, August 27, 2011

Untitled (Takde tajuk)

It's four o'clock in the morning and I'm still can't sleep. Waiting for Sahur and will sleeping after that. Sucks. I feel bad this few months cause I'm having sleeping disorder, I stayed up every night and I slept like a baby all day long. Someone please gimme some tips on this sleeping problem. I tried to close my eyes but I'm still couldn't sleep even though in an hour. Sigh. 


There're still a week before going back to my normal student life but how come I'm gonna be 'normal' if I'm still having this sleeping disorder. This isn't best bro! I need to get through this problem before my semester started. I really need some help because it wasn't easy to be a student while I can't manage my time properly :( Change! Yes, but how?


Today I went to Flemington Hotel for having Iftar with my family. It was pretty good having Iftar there with various choices of meals. The main dish is Nasi Bugari and I haven't know the rice was existed before. Haha. It's just like nasi beriyani I thought. Nasi Bugari should be eaten with 'Mutton Chops in Black Paper Sauce' and because of I'm not eating any meat so I just took plain white with some kampung's dishes and some seafood.




After the Iftar we went to mosque to send my abah for having Terawih and we (the ladies) went to Bazaar Raya nearby the mosque looking for cookies and snacks for Hari Raya. It was my second time went there in this Ramadhan and my first is just last few days. Yes, we (my mom and me) went out almost every night. I can count how many times we spent our night at home. Hehe.


Okay, I am going to have my Sahur now. Have a nice Saturday all! For those who's planning for balik kampung today, hati hati di jalan raya. Biar lambat asal selamat :) Have a safe journey.




Toodles! Happy 27th Ramadhan :)
psssttt : tak sabar nak pakai baju raya :P


Love, jiha!

Wednesday, August 24, 2011

Yes, I am :)



Toodles! Anybody wants to be my friend? :P
pssttt : syukur syukur.

Love, jiha!

Tuesday, August 23, 2011

Faktor kematangan seseorang.

In last few days, I keep wondering kenapalah pemikiran I still belum matang even sebenarnya kalau ikut umur, orang lain sebaya I maybe dah pandai uruskan rumah tangga. Ramai dah kawan kawan I yang dah kahwin and sedang merancang untuk berkahwin. Me? Jauh lagi nak ke situ agaknya. After fikir fikir semalaman, maybe disebabkan I anak bongsu. Hehe. Eh, apa kaitan? Memang ada kaitan kalau korang nak tau. Kat rumah, I dilayan macam kanak kanak umur sepuluh tahun by my mom and abah but mostly by abah lah.


Situasi 1:
Kalau time makan abah will keep asking me what to do.

  • Adik, amik sayur tu makan baru sihat (Yelah, I memang suka makan sayur what. I'm not in primary)
  • Adik, makan ikan tengok tulang nanti tercekik (Ikan kembung je kot abah @____@)
  • Adik, tambah nasi bagi gemuk sikit (Time tu I dah sendawa bukan main. Kenyang)
  • Adik, angkat pinggan pergi basuh (Padahal tangan I baru je menyuap mulut dengan suapan terakhir, I know that abah I'm not a kiddo anymore)
  • Adik, basuh pinggan jangan lupa letak liquid kat situ (Haha. Abah, takkan lah nak basuh tak letak sabun pulak)
  • My mom: Adik masak ni bang.
    Abah: Eh, yeke? Ingatkan awak beli.
    (Jelas jelas abah tak percaya I boleh masak sesedap itu T____T)
  • Adik, jangan lupa makan buah nanti susah berak. Mak dah kupaskan.

Situasi 2:
Before pergi keje my mom and abah akan senaraikan benda untuk I buat.

  • Adik, jangan lupa sidai kain, eh takpe lah abah sidai nanti kain kering dalam machine pulak (Fahamlah I bangun pukul berapa. Hehe.)
  • Adik, tolong angkat and lipat kain ye (Even diorang tak suruh I tetap akan buat sebab dah memang hari hari buat)
  • Adik, kalau masak jangan bukak api besar besar. Bahaya. (Hehe. I dah hari hari jadi chef kat rumah lah, so I know cara control api. Haish)
  • Adik, kalau orang ketuk pintu jangan bukak. (Penangan my mom banyak sangat tengok berita)
  • Adik, kesian rabbits jangan lupa bagi makan. (Bangun bangun memang I akan feed them dulu la, takyah pesan)

Situasi 3:
Family matters.

  • Ayong: Abah boleh suruh adik datang rumah akak (Penang), hubby akak outstation.
    Abah: Okay, nanti abah hantar adik.
    Ayong: Tak payah lah, abah suruh dia naik bas je.
    Me: Yep, let me go there by bus lah abah.
    My mom: Takpe, adik tak reti naik bas. Biar abah yang hantar.
    Angah: Kenapa dulu abah tak hantar angah pun, tapi adik nak kena berhantar hantar pulak?
    My mom: Takpe lah, dia kecik lagi.
    Angah: Tapi time tu angah lagi muda daripada dia.
    Abah: Adik belum matang lagi.
    (Jawapan abah is a bit hurting me tapi sampai bila I nak matang kalau abah still layan this way)
  • Abah: Nanti balik kerja awak bawak adik pergi jalan jalan.
    My mom: Yelah. Petang nanti saya bawak adik pergi Tesco.
    (Rasa macam budak budak kecik yang kena bawak pergi jalan kat Tesco sebab nak main mainan yang dekat dengan foodcourt tu. Sigh)
  • My mom: Abang, malam ni kita makan Pizza Hut eh. Kesian adik, dia teringin.
    Abah: Okay. nanti malam kita pergi.
    (Okay, yang ni sebenarnya my mom yang teringin tapi guna nama I. Hehe)

Oh, I love you both!

See, korang boleh bayang apa yang I rasa? Padahal ada je my friends ada yang baru start hidup berdikari time masuk universiti tapi they're more matured than me. Even start dari Form 1 I dah duduk asrama and belajar berdikari, kalau dah kat rumah dilayan macam kanak kanak in a primary school memang lambat nak matang jugak lah. So, jangan nak bebel bebel suruh I jadi more matured in doing things because I've treated this way :) Hehe. Tapi jangan salah faham, bukan semua anak bongsu dilayan begini. Ikut diorang punya family lifestyle lah. And I'm glad I'm born in this wonderful family.


Toodles! Umur bukanlah satu satunya faktor untuk seseorang itu matang :)
psssttt : merepek after sahur. hehe.


Love, jiha!

Sunday, August 21, 2011

Ujian Ramadhan 21

Hahahahahahahahahahaha. Before teruskan baca entry ni jom sama sama gelak dulu!


Alhamdulillah, hari ni once again kita semua dapat menyempurnakan ibadah puasa untuk hari ke duapuluhsatu. Ramadhan 21 bakal terus terpahat dalam ingatan I, maybe dalam ingatan parents I jugak. Let me tell you why :)




Tengok jam, pukul lima. Dalam hati berasa sedikit lega kerana masih ada setengah jam lagi untuk mulakan sesi masak memasak untuk berbuka. I teruskan online melayan mukabuku, melayan youtube, download lagu. Tik tok tik tok dah pukul 5.30. I solat asar then terus pergi dapur amik pisau and mulakan ape yang patot. Dalam empatpuluhlima minit siap lah lauk pauk untuk juadah berbuka puasa; ikan masak taucu dan sup sayur, ade ulaman and sambal belacan jugak.


My mom and abah keluar, beli barang sikit. Nasib diorang balik bukan dengan tangan kosong, ada air cendol air kelapa. Kuih muih ada tiga empat jenis. Haa, ikan bakar pun ade. So rasanya lengkap dah lah juadah untuk berbuka hari ni. Tengok jam dah pukul 6.45, I sambung tengok Jejak Rasul dengan my mom and abah. Dalam fikiran terbayang je juadah yang ada atas meja tu, tak sabar pulak nak bukak puasa. Hehe.


Tik tok tik tok dah pukul 7.25. I bangun pergi dapur amik pinggan, cawan and sudu. Lagi bape minit je ni nak berbuka. My mom and abah still ada depan TV. Okay, nak angkat nasi pulak letak atas meja. I tengok rice cooker. Hamaigadddddd. Nasi lupa masak! Ahh. Tekanan betul. Bila bagitau my mom and abah diorang punyalah gelak. Haha. Slumber semua dah siap nasi pulak takda. Macam mana entah boleh lupa benda penting macam tu.


Bukak puasa minum air ngan makan kuih jelah. Meleleh air liur tengok lauk lauk atas meja. Ahh. Nak nasi! I memang tak pernah lagi berbuka tanpa nasi, memang kena telan nasi dulu baru lah telan benda lain. Tapi hari ni, makan jelah kuih muih dengan redha. Salah sendiri. Siapa suruh lupa masak nasi. Hehe. Now tengah tunggu nasi masak lah, pastu boleh lah melahap dengan jayanya :)


Toodles! Ramadhan 21 sentiasa dalam ingatan, mungkin.
pssttt : hehe. korang mesti dah kenyang kan?

Love, jiha!

Saturday, August 20, 2011

Bulan mengelilingi Kaabah.

My mom dapat SMS from unknown number which SMS tu berbunyi macam ni:
"Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) .."
I mula jadi curious. Ish betul ke tak betul. After maghrib pun memang duk pakat sembang pasal ni. Tapi tadi I google pasal ni rupanya SMS pasal bulan mengelilingi Kaabah ni SMS palsu. Cis. Tipah tertipu!


Kalau ikut fakta;
@ Bidang Datuk Mazlan sebenarnya adalah AstroFizik dan bukannya Astrology.
@ Gelaran yang diterima oleh Mazlan Othman adalah Datuk dan bukannya Dato'. Rujuk Wikipedia
@ Yang nie yang paling kelentong sekali. Macam mana pengirim SMS tu boleh tahu, masa tu adalah saat saat doa dimakbulkan ? Cuba la korang fikir betul betul.


Pihak planetarium pun dah bagi kenyataan berkaitan dengan SMS ni sebab ramai sangat yang bertanyakan hal ni. Siapa tak curious kan, kalau betul tak ke rugi kalau terlepas.


Tuan/Puan:
Salam sejahtera.


Hari ini pihak Planetarium Negara telah menerima banyak panggilan tentang sms yang orang awam terima. Sms adalah seperti berikut:
Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) ..
Berdasarkan Peta Bintang di Mekkah pada 20 Ogos 2011 jam 3:25 am (seperti attachment). Didapati kita berpeluang melihat 67.88% Bulan di langit (Bulan terbit pada jam 22:43 pm di timur dan terbenam pada 11:21am di barat). Bulan berdekatan dengan planet Musytari (Musytari terbit pada 22:43 pm dan terbenam pada 11:25 am). Dan tiada fenomena astronomi yang berlaku pada waktu tersebut.
*Waktu mengikut waktu di Mekkah


Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.
Chen Chen
Pegawai Sains
Planetarium Negara,
Agensi Angkasa Negara


Tapi tak siapa menghalang kalau korang nak berdoa jugak. Sekarang kan bulan Ramadan, bila bila masa pun berdoa InshaALLAH akan dimakbulkan kalau kita betul betul ikhlas.


Source: ping.busuk.org
            Bernama


Toodles! Tak baik tipu tau bulan puasa ni!
pssttt : imy girls :)


Love, jiha!

Selamat tak Online shopping?

Kalau pengalaman sendiri I belum lagi pernah kena tipu while shopping through online shop. Setakat ni Alhamdulillah, semua online shop yang I pernah berurusan semuanya bukan penipu. Tapi jangan cepat sangat puas hati, sebab dalam sepuluh online shop i bet there's must be one yang tak jujur a.k.a menipu dalam berniaga. I bukan omong kosong. Ah, apesal tiba tiba cakap Indon ni?? Haha. I cakap berdasarkan luahan perasaan mereka yang pernah ditipu oleh online shop yang tidak bertanggung jawap.


Kalau korang nak tahu maklumat pasal online shop mana yang boleh dipercayai dan yang mana tak boleh dipercayai korang boleh klik SINI.


Kami nak tolong bukan along :P


Jangan cepat tertipu, sekali korang tidak ditipu ketika berususan dengan online shop bukan bermakna korang takkan ditipu. tapi kalau korang berhati hati so korang takkan tertipu. Kat alam maya memang susah sikit lah nak detect mana betul mana yang menipu. Pergi jelah shopping, jangan bermalas malasan sampai nak shopping online beli semua benda. Takkan underwear pun nak beli online, ye dak? Haha. Kurang sikit risiko ditipu oleh peniaga online yang tak jujur.


Kalau kena tipu beli baju ke shawl ke takde hal sangat kan tapi kalau kena tipu beli phone ke, ipad ke, spare part kereta yang mahal mahal ke, siapa pun mengamuk. Korang jugak salah, bukannya murah pun kalau beli online, mahal lagi ada sebab nak kena bayar cost untuk penghantaran lagi. Kalau pergi beli sendiri kat kedai kan lagi puas hati. Barang barang macam tu sebenarnya tak berapa sesuai nak beli online. Lagi lagi yang takde warranty, memang cari nahas jela korang. 


I bet ramai yang suka beli online untuk barang barang macam shawl, cupcakes sebab pilihan sangat meluas. Even kadang kadang mahal sikit tapi puas hati sebab dapat cari yang betul betul macam yang kita nak. Tapi kalau siapa yang suka beli baju korea online memang la korang akan sedikit kecewa sebab dalam gambar punyalah cun nampak model pakai. Tapi bila sampai kat tangan, apa yang mampu korang cakap dalam hati hanyalah "alahai macam ni je rupanya baju ni" Tapi nasib baik lah murah kan, so takyah lah nak expect benda tu bagus kalau kita taknak bayar lebih :)


So, moral of the story, eh ada story ke? Hehe. Takyah lah semua benda pun nak beli secara online. Nak tunjuk korang maju sangat ke? Haha. Tau lah zaman teknologi tapi janganlah over. Berpada pada dalam online shopping.


Toodles! Senang dan mudah tapi berisiko :)
psssttt : good goodnight!


Love, jiha!


Friday, August 19, 2011

Macho ke main mercun?

Kebang kebom kebang kebom.

Mercun bunyi start after berbuka sampai lah tengah malam. Haish, kalau nak diikutkan area rumah I ni mostly Chinese and Indian. Who's the hell yang main mercun hah? Baik mengaku cepat. Garang ni garang ni. Tak faham faham lagi ke main mercun tu bahaya, bakar mercun macam bakar duit. Main bunga api cukup lah kalau. Haha. Tengah try bayangkan pakcik askar umur empat puluhan tengah bersungguh sungguh main bunga api. Memang tak macho lah pakcik tu! Tapi lagi tak macho kalau dia main mercun sebab membahayakan bukan saja diri sendiri malah orang sekeliling.

Every year pun still ada case bukan budak budak je tapi bapak budak pun ade yang cedera sebab main mercun. Yes, every year! Disebabkan I dibesarkan dalam family yang takde abang or adik lelaki so kiranya I tak terdedah sangat lah kepada bahaya mercun. Bunga api pun sumpah susah nak dapat tiap kali mintak kat my mom. Takat main mercun pop-pop jelah tiap kali nak raya, tu pun rasa macam heaven dah. Mula mula excited baling then bila  lama lama bosan dah lah, yelah sebab tak mencabar langsung. Baling then sapu balik serpihan mercun tu. Baling lagi then kena sapu lagi. See, nampak macam tak macho kan? Tapi kalau ikut teori bagi mengelak bahana mercun, main mercun pop-pop lah paling macho sekali. Haha.


Mercun pop-pop


I ada ingat satu peristiwa yang melibatkan mercun dan akibat mercun tu. Masa tu I dalam darjah enam macam tu. Raya kat kampung ramai ramai. Time tu ada kampung lagi, sekarang dah takde. Kesian kan? Okay, sambung cerita. Bawah rumah nenek I ada port baik untuk lepak lepak, main kejar kejar, sidai kain, parking kereta. Kiranya macam macam lah boleh buat kat bawah rumah tu. Kejadian berlaku pada petang raya first, I lepak lepak dengan cousins (girls) then datang lah Abang A (tak ingat umur dia berapa tapi kecik lagi lah) dengan mercun kat tangan then macam nak usik konon konon nak baling dekat tempat kitorang lepak tu. Kitorang yang girls pun jerit bukan main mengada. Haha. Siapa tak takut kalau orang nak baling mercun kan. Pakcik I gelak penuh bangga sebab usikan dia menjadi.

Tiba tiba datang pulak Abang B (kecik jugak) bawak mercun jugak kat tangan. Disebabkan I tak pernah main mercun so sekaligus jenis jenis mercun pun I tak pernah tau lah. Then diorang dua orang sembang sembang pasal mercun tu then diorang mula nyalakan mancis and bakar mercun dengan seronoknya. Kitorang yang perempuan lari menjauhkan diri (tengok dari jauh). Tengah seronok seronok, Abang A tercampak mercun yang baru dia bakar dekat Abang B. Semua macam terkejut. Mercun tu kena baju Abang B, berlubang baju raya Abang B. Baju raya tu! Semacho macho Abang B, jatuh jugak air mata dia sambil menunding jari menyalahkan abang A. Abang B bakar pulak dia punya mercun then kejar Abang A sebab nak balas dendam.

Nasib Abang B tak baik sebab dia baling mercun tu kat Abang A tapi terkena baju yang tersidai kat bawah rumah nenek I. Berlubang pulak baju tu. Double trouble. Haha. Dah lah baju raya Abang B berlubang, dia lubangkan pulak baju orang yang tak bersalah. Dah, Abang B punya lah takut kalau mak dia dapat tau. Kitorang yang perempuan senyap je, sebab bakar bakar baju ni kira dah jenayah besar bagi kanak kanak. Kitorang macam tengah tengok penjenayah bila kitorang tengok Abang B time tu. Haha. Abang A dah lama lari selamatkan diri, tinggal lah Abang B dengan baju yang berlubang dan dilubangkan serta muka penuh penyesalan.

Segala macam jenis mercun

So, tak macho pun kan main mercun? Okay takde kaitan sangat tapi pandai pandai lah korang kaitkan :P Haha. Siapa yang berisiko jika main mercun, paling berisiko tentu tentu lah diri sendiri. Kalau sayang diri sendiri and orang sekeliling takyah lah main mercun. Tak main mercun pun seronok jugak raya kan, buat apa nak tambah mercun dalam keseronokan menyambut hari lebaran.


Mangsa mercun 2011 : Mohd Syafiq
                                    Nasrudin
                             Al Muhammad Fakrul Aiman
                             Ahmad Zakiyuddin
                             Fakhrul Danish

Toodles! Awal lagi kot kalau nak ucap selamat hari raya :P
psssttt : triple happiness!

Love, jiha!

Thursday, August 18, 2011

Terima kasih :)





1. Bahasa Inggeris : Thank You, Thanks, Thank You Very Much

2. Bahasa Perancis : Merci, Merci beaucoup

3. Bahasa Jerman : Danke

4. Bahasa Spanyol : Gracias

5. Bahasa Jepun : Arigato, Arigato Gozaimasu, Arigato Gozaimashita

6. Bahasa Belanda : Dank Je

7. Bahasa Itali : Grazie

8. Bahasa Portugis : Obrigado

9. Bahasa Korea : Gamsa-hamnida

10. Bahasa Mandarin : Xie-xie

11. Bahasa Arab : Syukran

12. Bahasa Ibrani : Toda

13. Bahasa Afrika : Dankie, Baie Dankie

14. Bahasa Mesir Kuno : Dua Netjer en ek(ke cowo), Dua Netjer etj (ke cewe)

15. Bahasa Yunani : Sas efharisto, efcharisto

16. Bahasa India : Danyavad, Dhanyawaad, Shukriya

17. Bahasa Islandia : Takk, Takk fyrir

18. Bahasa Finlandia : Kiitos, Kiitoksia

19. Bahasa Wales : Diolch yn fawr

20. Bahasa Tagalog : Salamot

21. Bahasa Thai : Khwap khun, khwap khun khrap

22. Bahasa Tibet : Tujechhe

23. Bahasa Scotlandia : Thank ye, Thenk Ye

24. Bahasa Sansekerta : Anugurihiitusomi

25. Bahasa Rumania : Multumesc

26.Bahasa Jawa : Matur Nuwun



Toodles! Again. Terima kasih :)
psstttt : double happiness!


Love, jiha!

Pompa Bensin.

Siapa antara korang yang follow slot Samarinda; Ramadhan Terakhir kat TV3 sila hangguk hangguk!


Haha. Gila Samarinda kan I ni :P semua nak follow. Tapi Ramadhan Terakhir memang best wa cakap lu, tak tipu. Kalau tipu dosa lagi lagi bulan puasa ni. Haish. Kalau sebut pasal siri terbaru ni dalam slot Samarinda, salah satu benda yang menjadi tarikan adalah lagu tema dia. Yes, Jangan Lupa Namaku by Pompa Bensin. Korang kenal tak siapa Pompa Bensin ni? Haha. I pun tak sure tapi apa yang pasti Pompa Bensin ni adalah sebuah paduan suara antara beberapa orang artis. Kalau ikut proses pengecaman suara yang dilakukan oleh I sendiri some of them are Aqasha and Nadia Aqilah. Suara lain I tak dapat nak kenal pasti, tapi tu tekaan I jela eh. Hehe.


Kat FB dah ada fanpage Pompa Bensin ni tapi diorang still merahsiakan identiti diorang sebenarnya, nak suruh fans main teka teki. Dah nak dekat tiga minggu siri tu disiarkan tapi still tak tau siapa sebenarnya disebalik nama POMPA BENSIN. Lagu full Jangan lupa namaku pun baru je fully published kat mediafire after numbers of fans meningkat ke 5K dekat fanpage tu. Punya lah semua duk pakat mengajak friends FB diorang like Pompa Bensin semata mata nak dapat lagu full. Gila tak gila penangan Jangan Lupa Namaku nyanyian Pompa Bensin yang mana juga merupakan lagu tema slot Samarinda; Ramadhan Terakhir? Yes, it's a new craze. Hehe. Tak pernah lagi kot ade group perahsia sampai macam ni kan? Memang menjadi kelainan betul :)


Tapi lagu Jangan Lupa Namaku ni memang best dari segi lirik dan muzik, sebab tu lah fans macam nak gila tak sabar tunggu full song untuk didownload. Diorang jugak tak jemu jemu main teka teki identiti sebenar suara suara disebalik Pompa Bensin. Haha. Ye, I pun join main teka teki *MALU* Biasalah, tak salah excited sekali sekala kan? :P Tapi kalau ikut rekod terbaru cewah rekod siap. Hehe. Suara suara disebaliknya kemungkinan besar adalah Azma Aizal, AG, Andra Ahmad dan Aidan Alicia. Ape yang I teka langsung takde dalam list. Failed betul lah main teka teki T______T Ye, bukan kemungkinan besar lagi dah confirm memang diorang. I check fanpage diorang baru jap tadi. Kalau bukak fanpage Pompa Bensin ni memang nak kena refresh every seconds. Huh. Ponat lah eden camni.


Pompa Bensin is a special project band formed in Kuala Lumpur in 2009. The group consists of Azma Aizal (vocals), AG (bass, guitar, keyboards & percussion), Andra Ahmad (Vocals & guitar), and Aidan Alicia (vocals).


Okay, kalau nak tahu lebih lanjut pasal Pompa Bensin rajin rajin lah kawan dengan Google ye. Kalau nak download lagu Jangan Lupa Namaku boleh klik link INI.


Toodles! :)
pssttt : goodnite!


Love, jiha!

Tuesday, August 16, 2011

Malam 1000 bulan.

Sedar tak sedar dah setengah bulan kita berpuasa, lagi 13 hari nak raya. Hehe. Preparation raya dah buat ke? Baju raya dah ada? Langsir bila nak pasang? Kuih raya dah tempah? Dah decide juadah untuk raya nanti? Gila excited lah kalau semua korang jawap DAH. Haha. Relax relax, jom kejar malam Lailatul Qadar dulu.


Apa itu malam Lailatul Qadar?
  • Malam Lailatul Qadar adalah sebaik baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat.
  • Allah berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
    Maksudnya:
    " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "



Bila yang dikatakan malam Lailatul Qadar?

  • Malam Lailatul Qadar terjadi pada 1 malam ganjil pada 10 malam terakhir di bulan Ramadhan (malam ke 21, 23, 25, 27, atau 29)
  • Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahwa Nabi saw bersabda, “Carilah Lailatul Qadar pada malam sepuluh yang terakhir dari (bulan) Ramadhan. Lailatul Qadar itu pada sembilan hari yang masih tersisa, tujuh yang masih tersisa, dan lima yang masih tersisa.” [HR Bukhari]



Tanda tanda malam Lailatul Qadar?

  • Udara dan angin sekitar terasa tenang. Sebagaimana dari Ibnu Abbas, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Lailatul qadar adalah malam yang penuh kelembutan, cerah, tidak begitu panas, juga tidak begitu dingin, pada pagi hari matahari bersinar lemah dan nampak kemerah-merahan.” (HR. Ath Thoyalisi.  Haytsami mengatakan periwayatnya adalah tsiqoh /terpercaya).
  • Malaikat menurunkan ketenangan sehingga manusia merasakan ketenangan tersebut dan merasakan kelezatan dalam beribadah, yang tidak didapatkan pada hari-hari yang lain.
  • Manusia dapat melihat malam ini dalam mimpinya sebagaimana terjadi pada sebagian sahabat.
  • Matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan jernih, tidak ada sinar. Dari Abi bin Ka’ab bahwa Rasulullahshallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda yang artinya,”Shubuh hari dari malam lailatul qadar matahari terbit tanpa sinar, seolah-olah mirip bejana hingga matahari itu naik.” (HR. Muslim) (Lihat Shohih Fiqh Sunnah II/149-150).



Kelebihan Lailatul Qadar?

  • Maksudnya: "Barangsiapa menghayati malam Lailatulqadar dengan mengerjakan sembahyang dan berbagai jenis ibadat yang lain sedang ia beriman dan mengharapkan rahmat Allah taala nescaya ia diampunkan dosanya yang terdahulu.
  • Ianya satu malam menyamai beramal 1000 bulan.


    Source: 
    http://mohdapih.com
               http://www.al-azim.com
               
    http://www.jais.gov.my
               http://rumaysho.com/belajar-islam

    Toodles! Banyakkan ibadah di bulan Ramadhan :)
    pssstttt : hwugs & kisses untuk korang!

    Love, jiha!

Sunday, August 14, 2011

People Change.





Toodles! People do change, we don't have right to judge them.
psssttt : i miss you all too :)

Love, jiha!

Wednesday, August 10, 2011

Therulesofagentleman.

The Rules of a Gentleman
  • Rule No. 3 : Never talk about other girls infront of her.
  • Rule No. 8 : If you get a fight with her and she starts crying, just stop and hold her.
  • Rule No. 16 : Sing to her no matter how terrible your voice is.
  • Rule No. 17 : When she's fighting with someone, defend her even when you don't think she's right.
  • Rule No. 28 : Stay on the call with her even if she fell asleep.
  • Rule No. 32 : Apologize when you're wrong.
  • Rule No. 49 : Perform random acts of kindness.
  • Rule No. 50 : Never take her for granted.
  • Rule No. 53 : Do whatever it takes to make her happy.
  • Rule No. 59 : If they complain that something hurts, rub it for them without being asked.
  • Rule No. 67 : If you love her, show her, not your friends.
  • Rule No. 74 : when both of you are in a fight, take the blame even if she's wrong.
  • Rule No. 78 : Make her feel like a princess.
  • Rule No. 86 : Don't tell her lies just to spare her feelings, she'd rather know the truth now rather tahn finding out later.
  • Rule No. 103 : Always protect her from any kind of harm.
  • Rule No. 114 : Smile and laugh at her joke, even if they aren't funny.
  • Rule No. 116 : Always be available for her.
  • Rule No. 123 : Never accuse.
  • Rule No. 128 : Never blame her for your mistakes.
  • Rule No. 137 : Never let her forget how much she means to you.
  • Rule No. 145 : Stay up, even if you tired to talk or chat with her.
  • Rule No. 152 : Call her love. It sounds classy.
  • Rule No. 163 : A gentleman is never rude.
  • Rule No. 164 : A gentleman never breaks a promise.
  • Rule No. 175 : Calling her 'baby' will make her melt every time.
  • Rule No. 188 : Don't tell her your love is forever unless you have no doubt it is.
  • Rule No. 194 : If a girls admits she likes you, know that it took every ounce of courage in her to say that. Idiot, don't take her for granted.
  • Rule No. 212 : Whatever you give a woman, she's going to multiply. If you give her sperm, she'll give you baby. If you give her house, she'll give you a home. So, if you give her any crap, you'll receive a ton of shit.
  • Rule No. 217 : Don't tell her you love her, if you have another girl by your side.
  • Rule No. 223 : Real men never stop trying to show a girl how much she means to him, even after he's got her.
  • Rule No. 240 : If you aren't treating her right, don't be mad when somebody else does.
  • Rule No. 245 : Hold her when she's crying and tell her that everything's going to be okay.
  • Rule No. 251 : fall in love with her flaws. Everything else will be a plus.
  • Rule No. 255 : Be the one who stays by her side and protects her. especially when no one else does.
  • Rule No. 264 : She deserves the best. Even if you're not meant to be the man to give it to her.
  • Rule No. 267 : A good gentleman treats his mother like a queen and treats you the same.


Toodles! There're more rules that you can find from the tumblr :)
psstttt : darlings, have you found one? hehe.


Love, jiha!

Tuesday, August 9, 2011

Good Aziha, good!

Hehe. Entry kali ni dimulakan dengan rasa puas hati.


Kenapa? Sebab time berbuka tadi abah and my mom cakap " Adek ni dah boleh diharap lah." Haa, nak tau kenapa diorang cakap macam tu? Juadah untuk berbuka tadi prepared by me start from masak nasi, the dishes sampai lah dessert. Jangan tak percaya pulak. Kehkehkeh. Selalunya, untuk berbuka I akan masak dengan my mom either I masak main dish and side dish dimasak oleh my mom or my mom siapkan main dish and i did the side dish. Tapi hari ni, the whole are fully prepared by me. Balik daripada kerja my mom tertidur sambil tengok TV series favorite dia 'Ketika Cinta Bertasbih'. Bila jarum jam menunjukkan pukul enam, I terus pergi dapur and start masak apa yang patut. I rajinkan diri untuk prepare both main and side dish for today. I masak Ayam Masak Kicap Enak, Sambal Terung dengan Tauhu Istimewa, ulaman dengan sambal belacan and ikan pekasam (abah's favorite). Okay, nama masakan tu I tokok tambah sebab nak bagi nampak lebih sedap. Terliur tak? Haha. 


Eh, lupa bagitau yang dessert I buat awal sikit sebab kalau lambat lambat takut tak sempat. So, dalam pukul lima macam tu I prepare barang barang untuk buat Agar agar Pink. Hehe. Childish gila punya nama. Masukkan agar agar dalam air, rebus sampai didih then masukkan gula merah, gula putih, pewarna ros and kacau kacau. Pastu masukkan susu diikuti santan and last sekali telur. Biar sejuk. Tara! Siap! Mudah bukan? Dessert orang bujang :P air pulak abah beli air kelapa and I buat Air Orange Umphh. Kuih muih yang abah beli kat bazaar ada lah dua tiga jenis. So, lengkaplah juadah untuk berbuka tadi. See, untuk hari ni I dah jadi suri rumah yang berjaya. Siapa setuju? Dah boleh fikir pasal kahwin pulak. Okay, itu over! Haha. Taknak lah kahwin awal, not so me. Tunggu lagi tiga empat tahun then baru sesuai kot untuk I fikir pasal kahwin :)


Toodles! I did a great job today. Ehem :P
pssttt : bila nak berbuka sama sama ni darlings?


Love, jiha!

I wish I have a big brother.

Alhamdulillah, selamat bersahur pagi tadi. Haih, apa pasal nak nak berbuka lagi tiga empat jam nak cerita pasal sahur pulak kan. Bukan, pagi tadi pagi yang paling malas sekali nak bangun sahur even tidur awal la jugak. Alarm bunyi pun buat tak dengar je, bising bising kat dapur pun macam dengar tak dengar. Pusing sebelah my mom ade je baring siap bedengkur lagi. Sah, abah lah yang sibuk siapkan sahur pagi tadi. Sorry abah, too sleepy to wake up. Hehe. Dah siap isi nasi dalam pinggan baru abah kejut my mom and I, tu pun dengar suara abah sayup sayup je, bila abah pukul kaki baru la I tersedar yakni betul betul sedar. 


Okay, bangun dengan kepala berat terhuyung hayang pergi toilet cuci muka gosok gigi and bersahur bertiga dengan abah and my mom. Thanks God, for giving me such a wonderful abah. He wouldn't have the heart to ask me or my mom to help him in doing anything if kitorang tengah tidur. Kalau abah bangun sahur dulu dia takkan kejut my mom or me selagi dia tak siap prepare everything. Abah kalau buat kerja, memang akan buat daripada awal sampai akhir. Kalau he did the laundry, start from basuh sampai lah ke lipat baju abah yang buat.


How I wish to have a big brother who's just look like my abah. Abah is getting older day by day, if one day abah's gone how could I live without a wonderful man beside me? I got two sisters but it must be pretty cool kalau I ada seorang abang yang sangat rapat, caring, protective, smart, good looking. Okay, that's too perfect. Haha. Kan best kalau ada abang yang boleh teman kita dating dengan sweetheart, ikut kita lepak with friends, jadi driver kita if we wanna go anywhere, jadi tempat mengadu, jadi tempat bercerita, pertahankan kita from any harm, tell us who's should be our date and who's shouldn't, sharing his love story, asking me for nasihat untuk mengorat perempuan, and many more. 


Abang ipar dengan abang sendiri takkan sama, he has his sisters to take care to. I wanna be the only sister, okay sangat demand. Hehe. Tapi that's how I wish. Memiliki seorang abang yang copycat kepada abah and that wouldn't happened sebab my mom tak boleh nak lahirkan I seorang abang lagi. Kalau boleh, I dah mintak dah. Haha. Tapi I already got a boy yang dah promise nak jaga I, guess who? Ammar Muqri, my super duper cute five years old nephew. As he said "Ammar nak jaga acik seratus ribu tahun!" Hehe. So sweet of you sayang :)

Toodles! Thanks God for the family you gave me :)
pssttt : my bff are my family too~


Love, jiha!

Monday, August 8, 2011

Bersyukurlah.


Bersyukur pada orang yang menyakitimu kerana dialah orang yang menabahkanmu. Bersyukur pada orang yang tak endahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari. Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan abiliti kamu. Bersyukur pada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kasabaran kamu. Bersyukur dengan segala ujian darinNya, kerana semuanya meningkatkan iman kamu.

Love, jiha!

Sakit. Penyakit.

Maaf. pertama tamanya I ingin beritahu yang entry kali ini berbaur sedikit emosi. Sedikit tersentuh bila menonton Stanza Cinta kat TV3 pukul 9 malam tadi. Seriously, I bukan follow drama tu sangat tapi hari ni sebab memang tak tau nak tengok cerita apa so layan jela. Episod tadi synopsisnya lebih kurang Amni kehilangan seorang sahabat dunia akhirat (Umairah) sebab doktor terpaksa hentikan mesin bantuan pernafasan. Umairah sebenarnya menghidapi barah hati peringkat empat, memang tahap kritikal dah lah sampai jantung dan hatin dia tak dapat berfungsi lagi. 


Okay, benda I paling takut adalah kalau kalau yang sebenarnya diri sendiri ataupun orang sekeliling I menghidapi penyakit serious. Sumpah, I tak tahu macam mana nak berdepan dengan keadaan tu. Selama duapuluhtiga tahun I hidup, medical check-up adalah satu perkara yang amat seram untuk I jalani. I tak pernah lagi buat whole body check-up, takat check-up untuk masuk university pernah lah. 


Ye, I memang takut untuk terima kenyataan kalau kalau dalam tak sedar I ada menghidapi sebarang penyakit yang serious. Nak nak tahap kritikal pulak. Kalau ikut dalam drama or movie, those yang ada penyakit selalunya akan merahsiakan hal tu from family and orang terdekat sebab taknak dorang susah hati. I tak bayangkan kalau I betul betul cukup kuat untuk hadapi ujian tu seorang diri. Betul wujud ke manusia sesabar tu dalam dunia sekarang ni? 


I belum pernah lagi tengok orang yang betul betul sakit kritikal kat dunia reality. Even kalau I pergi melawat orang sakit dekat hospital pun, my mom takkan benarkan I masuk dekat bahagian pesakit kritikal walaupun yang sakit tu adalah suadara mara. Tengok dalam drama je selama ni and I wonder if I just can stand there watching the person that I love lemah terbaring dan sangat tenat. Kalau tengok dalam drama pun airmata akan jatuh tanpa sedar, inikan pulak kalau I berada dalam situasi tu or kalau I sendiri yang terbaring lemah.



بسم الله الرحمن الرحيم
 اللّهُمَّ  اِنِّيْ  اَعُوْذُ  بِكَ مِنَ البَرَصِ وَ الجُنُوْنِ وَ الجُدَامِ وَ سَيّ‍ِئِ   الأَسْقَامِ آمين

Artinya :Ya  Alloh sesungguhnya aku berlindung kepa da-Mu dari penyakit celup, penyakit gila, penyakit kusta, dan penyakit buruk lainnya.


Toodles! Semoga semua berada dalam rahmat-Nya :)
pssttt : bulan Ramadhan bulan penuh syafaat.


Love, jiha!

Friday, August 5, 2011

Buletin utama. Dr Katherina @ Dr Vaterinar

Sampai sahaja rumah, my mom bersuara "Adik, Dr Katherina mati kena bunuh." and I look at my mom and try to refresh my memory. Am i know anybody named Dr Katherina? I don't think so, who's my mom talking about? I takde la penasaran nak tahu sangat and anggap je my mom tersalah cerita, maybe die nak cerita dekat abah and maybe abah yang kenal dengan Dr Katherina tu. Okay, I took it easy. I sambung tengok TV, my mom pulak pergi belakang tengok our pets, Puteh and Gebu. Abah tak balik lagi from surau time tu. Abah balik then I tertunggu tunggu jugak maybe my mom nak bukak cerita pasal Dr Katherina. Tapi takde pun, lupa la tu sebab my mom sibuk ajak abah pergi bazaar. Biasa lah, bila umur makin meningkat satu per satu nikmat Tuhan akan ditarik sedikit demi sedikit. 


Azan maghrib berkumandang, abah, my mom and me berbuka dengan jayanya :) Hehe. Sila jangan menyampah dengan ayat I. Hari keempat puasa baru ada rezeki meneguk air tebu yang diingini sejak hari puasa pertama lagi. Thanks mom sebab pergi bazaar tak lupa belikan air tebu even I mintak masa hari first. See, kadang kadang ingatan my mom sangat kuat. Haha. Then berehat depan TV, perut sangat penuh untuk terus sembahyang after berbuka. Okay memang alasan tak kukuh. Sigh. Tajuk utama Buletin Utama malam ini adalah seorang Dr Vaterinar mati dibunuh di rumahnya. Then, my mom dengan excited cakap "Hah, yang ni lah mak nak cerita tadi." Okay, baru faham. Maksud my mom Dr Katherina@Dr Vaterinar adalah orang yang sama. Sah dengar cerita daripada mulut orang ni. Kahkahkah. I tersenyum sendiri sambil gelak berdekah dekah di dalam hati.


Keratan akhbar tentang kematian Dr Vaterina

Tapi I terkilan sebab dalam bulan Ramdhan still jenayah berleluasa. Bukan jenayah ringan saja tapi jenayah berat pun tak kurang hebatnya. Bunuh, merompak, tetak orang, kerat orang, buli orang macam perkara biasa. Ramadhan kan bulan beribadah, pahala berkali kali ganda daripada bulan lain. Syaitonirrajim pun dah digari. Tapi kenapa sesetengah mereka dengan tanpa rasa bersalah melakukan jenayah? Pasal kematian Dr Vaterina yang dibunuh di rumahnya tu, kalau ikut cerita my mom dia dibunuh maybe kerana ada yang tidak puas hati dengan sikapnya yang sangat strict dalam bekerja. Kalau tidak puas hati, membalas dendam dengan membunuh bukan jalannya. Kalau kena tangkap dan dihukum, puas hati lagi ke? Kalau tak kena tangkap pun pasti hidup dalam perasaan serba salah. Jangan terlalu nak puaskan hati sendiri je, nanti diri sendiri yang merana. Ingatan buat sendiri dan semua.


Toodles! Mari tambahkan pahala di bulan penuh barakah :)
pssttt : entry serius.


Love, jiha!

Thursday, August 4, 2011

Monologue: Proses matang.

maka jangan ditertawa anak2 muda yang terkhilaf--
kata, cara, pemikiran.

semuanya kita ada proses matang masing2.

usah dituding itu ini salah
budak itu kelak besar akan faham apa yang benar;
apa yang semua kita terima pakai untuk hidup
apa yang agama luluskan untuk udara yang kita hirup

lagi banyak kita salah, lagi banyak kita tambah-baik.

kita ambil masa dan perbaiki mana yang boleh. jom?



source : monologue

Impian jadi kenyataan.

Alhamdulillah, I feel blessed sebab tahun ni I berpeluang menghabiskan sebulan di bulan Ramadhan berpuasa bersama keluarga tersayang. Peluang macam ni dah hampir 10 tahun I tak dapat, start from I went to boarding school since 2001. Lama tak? Since 2001, I dapat puasa kat rumah paling lama pun lima enam hari je. Selebihnya berpuasa dekat sekolah, matrikulasi and university dengan kawan kawan. Then tahun ni jugak rasa sangat blessed sebab tak payah susah susah nak fikir pasal tiket bas, train, flight untuk balik raya. Hehe. Yay me yay me! Rasanya lengang sikit kot Pudu Raya, Stesen Putra and KL Sentral sebab student IPTA dah tak payah berebut tiket balik raya sebab dah hampir tiga bulan pun berada dengan selesa dekat rumah. 


Sebulan berpuasa dengan keluarga tercinta memang peluang yang tak mudah I dapat since I selalu berada jauh daripada keluarga demi menuntut ilmu :) Peluang macam ni yang before this hanya angan angan dah jadi kenyataan pun. Ayat biasa bila bulan Ramadhan menjelma sepanjang sepuluh tahun sebelumnya, "Kan best kalau dapat berpuasa sebulan dekat rumah dengan family." Nah, tup tup tahun ni angan angan dah jadi kenyataan. Terima kasih KPT sebab berbesar hati merealisasikan impian I sejak sepuluh tahun dahulu. Bukan impian I sorang, maybe berpuluh puluh ribu orang lagi. Wah, dah macam masuk rancangan Sejuta Impian kat TV3 pulak :P tapi I memang rasa bersyukur sebab lepas ni entah dapat peluang macam ni lagi or tak.


Toodles! Semoga Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik buat semua :)
pssstttt : dah boleh download lagu raya ke? hehe.


Love, jiha!

Wednesday, August 3, 2011

???


What's happening to me? Penuh tanda tanya. Otak penat memikirkan lantas dibiarkan. Namun semakin menjadi tanda tanya. Sihatkah aku? Mengapa begini jadinya? Perlukan jawapan.

Toodles! I do hate problems where I need to think bout it.
psssttt : keliru :(

Love, jiha!

Tuesday, August 2, 2011

Selamat Hari Jadi RAIHANA!

Happy 23th Birthday Bebi! Always be my Bebi :)


Special betul tahun ni, birthday Rai bersamaan dengan 1 Ramadhan. Semoga sedikit sebanyak berkat Ramadhan akan sentiasa bersama Rai. Selamat hari jadi sayang, semoga segala apa yang Rai ingini akan dapat dikecapi. Umur makin bertambah, moga rezeki dan kebahagiaan jugak makin bertambah. Kite tau Rai dah cukup matang untuk menghadapi setiap dugaan hidup so tak boleh lah nak wish 'semoga makin matang'. Hehe. Apa lagi eh nak wish. Errr. Semoga cepat cepat sampai jodoh dengan Rusydi, dah banyak ke dia kumpul duit? Hope Rai jadi yang first kahwin antara kita empat orang. Doa ni. Hehe. At last, hope our friendship takkan pernah dapat dipatahkan oleh apa jua rintangan dan dugaan :)


Just for my bebi, Rai :)

Could you promise me?


Toodles! I love you Raihana :)
psssttt : ily too eija and kinah!


Love, jiha!

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers