a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Sunday, June 26, 2011

Tengah hari. Tengah malam.

Gila penat, merayap tak hengat hari ni. Daripada tengah hari sampai lah tengah malam. Haha. Sampai kedai kedai dekat Jusco Aeon Perda dah tutup baru lah family I gerak balik. Petang pergi makan buah dekat dusun orang. Takde durian yang sedihnye. Ade manggis, rambutan and langsat je. Padahal dah berbulan bulan craving for durian. My mom janji nak beli tak beli beli pun lagi. DURIAN DURIAN, come to momma! Hehe. After makan buah sepuas hati, pekena pulak char kuey teos Sungai Dua. Area Matriks dulu la, rindu pulak kat zaman zaman indah tu. Teringin pulak nak jadi student Matriks balik. Hmm. Masa tak akan berulang :( Pastu baru lah gerak pergi Jusco, lepak sana after Maghrib sampai lah Jusco tutup. Now atas katil, ngantok tapi tahan sekejap sebab nak update blog :P Abah and mommy pun belum tidur lagi, duk syok layan ulangan final Maharaja Lawak.

Cakap pasal Maharaja Lawak, final semalam takde la gempak sangat. Diorang dah kehabisan idea agaknye la kan. Tapi syok jugak la, lagi lagi Sepah. Lawak tak hengat. Haha. Rasa rasa Ustazah Nor Bahiyah tak terasa la kan, ustazah tu kan sporting. Tapi apa apa pun, Nabil still the best bagi I. Die dapat RM150,000 makan sorang sorang je beb. Boleh kahwin terus la die lepas ni. Hehe. Team lain kena share share duit yang diorang menang. Tu la Jozan, lain kali jangan angkuh sangat. Kan dah tak menang. Takpe, maybe rezeki diorang kat tempat lain :) Congrats Sepah!




Toodles! Good night peeps! :)
psssttt : i love you too darlings!

Love, jiha! 

Thursday, June 23, 2011

Annisa. Slot Samarinda TV3.

After Nora Elena, my mom and I asyik gila mengikuti drama bersiri di slot Samarinda TV3 bertajuk Annisa. Actually, drama ni start before Nora Elena habis lagi. Memang family I tengok start from the first episode lagi. Yes, family I memang gila drama. Haha. Annisa memang antara drama yang best I pernah follow. Cerita dia ala-ala Desperate Housewives la. Cerita pasal friendship and kehidupan and perniagaan yang penuh dengn rahsia demi rahsia. Siapa yang follow mesti rasa macam nak kena heart attack kan tengok drama ni. Every episode memang sangat suspend. Serious. Kalau tak percaya tengok lah sendiri. Every Tuesday to Thursday, 10.30 pm.


Jalan Cerita / Sinopsis : ANNISA

Drama bersiri Annissa ini memaparkan konflik yang berlaku dalam persahabatan empat wanita yang pada asalnya berlandaskan kepercayaan. Mereka berkenalan rapat sejak di kolej lagi, mereka berganding bahu dan bersatu tenaga membina sebuah empayar peniagaan yang berjaya.
Di atas tonggak Annissa Corporation Sdh Bhd, Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Farahdhiya) berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain.
Atas kesungguhan dan keyakinan mereka bersatu membina empayar perniagaan, Anissa Corporation berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tanah air yang berkembang pesat. Bagaimanapun kehidupan empat wanita korporat ini mula tercalar. Keakraban itu mula goyah apabil syak wasangka tidak diduga wujud. Anna menyesyaki suaminya Farid (Zamarul Hisyam) curang dan berpoligami. Namun pertanyaan Anna sering dinafikan oleh Farid.
Berbekalkan naluri seorang isteri yang menyesyaki kesetiaan suami tercinta, Anna meneruskan siasatan mengenai siapa isteri kedua suaminya. Sementara itu, Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Selain Balkis, sahabat mereka iaitu Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya? Dapatkah hubungan persahabatan mereka diselamatkan? Apakah keempat sahabat ini berjaya menghindari dan melepasi dugaan dan godaan dalam kehidupan? Semuanya akan terjawab dalam drama Annissa menerusi slot Samarinda di TV3.

Toodles! After Nora Elena, Annisa pulak dah :P
psssttt : :)

Love, jiha!

Sedih. Marah. Kecewa. Terasa.

Hari ni hari emo sedunia untuk I. Tengok drama macam dirir sendiri yang belakon. Semua nak over, rasa sedih over daripada pelakon sebenar, rasa marah over padahal dalam cerita je kot, rasa kecewa dengan sikap pelakon yang pegang watak antagonis. Kau memang over la Jiha! Astaghfirullah. Entah kenapa dua tiga hari ni memang rasa sangat emosi. Tak boleh tengok orang nangis, automatik air mata jatuh. Tak boleh tengok orang kena tipu dalam drama, rasa macam "sampai betul hati dia buat macam tu" sambil mengenang nasib orang ditipu. Tak boleh orang salah cakap, terus merajuk macam orang dah buat salah besar sangat kat I. Kenapa? Mengapa? Dah la, malas fikir, kang emosi lebih lebih pulak.


    



Toodles! Nothing to say :|
psssttt : emoooooooooooooo.

Love, jiha!



Wednesday, June 22, 2011

Comfort Zone.

Semakin hari dirasakan makin selesa dengat rutin harian. Bangun tegah hari, terjaga pagi punya la berusaha untuk tidur balik sebab nak bangun tengah hari punya pasal. Breakfast memang tak sentuh la, pukul tiga ke atas baru nak lunch. Apekah? Yela, kalau dah bangun tengah hari, bukan terus mandi pun. Layan TV seround dua then baru mandi and barulah seterusnya melangkah kaki ke dapur untuk masak. Tidur yang lama buat rasa lapar hilang begitu sahaja. Biarpun tak breakfast, perut takde pulak nak meronta ronta suruh isi, dah masak baru makan dengan relaksnya. Haha. See, betul kan orang cakap. Kalau nak kurus tidur jela lama lama sebab boleh kurangkan rasa nak makan. Padan la I tak gemuk gemuk, sebab tiap kali ada peluang memang I akan tidur dengan sepenuh hati. Indah bukan hidup I sekarang. Sambil makan sambil layan drama, almaklum lah SURIRUMAH memang synonym dengan DRAMA. Isnin sampai ahad, semua drama I hafal. Masa siaran, hari apa tayang, siapa hero heroin dia, pelakon extra pon I tau. Cakap jela tajuk drama apa, laju saja I boleh jawap. Time exam takde pulak senang nak hafal  macam ni. Sigh. After makan, angkat kain and kalau kain banyak baru lah lipat tak banyak tak payah lipat lagi. Hah, sangat relax kan? Haha. Petang tunggu mommy balik then siap siap nak keluar. Pergi Tesco ke Giant ke Econsave ke Taiping Sentral ke pasar malam ke I akan ikut je. Bosan jugak kalau duapuluhempat jam duduk rumah. Malam sambung masak and makan. Pastu teruskan mengadap drama harian. Then orang sibuk tidur I akan berjaga sampai sepertiga malam. Dah bengkak bengkak mata baru lah tidur. Selesa gila dengan rutin sekarang. Weekend memang time for family holiday, jalan ke sana ke mari tak hengat. Kalau empat bulan ni asyik macam ni, takut dah tak boleh nak balik Nilai lagi sebab dah terbiasa hidup dengan sangat selesa macam ni. Takpe, 1 more semester to go!

Memang sangat sweet! :D

Toodles! Hope to have a NEVER-ENDING semester break :)
psssttt : enough rest yeah?

Love, jiha!

Friday, June 17, 2011

Today is the DAY :)



Love, jiha!

Forgive and Forget



"There is no love without forgiveness, and there is no forgiveness without love."
~ Bryant H. McGill








"There is no revenge so complete as forgiveness. "
~ Josh Billings







"Let us forgive each other - only then will we live in peace."
~ Leo Tolstoy







"Forgiveness means letting go of the past."
~ Gerald Jampolsky







"To forgive is the highest, most beautiful form of love. In return, you will receive untold peace and happiness."
~ Robert Muller







"Forgive all who have offended you, not for them, but for yourself."
~ Harriet Nelson






Toodles! I am feeling GOOD after accept it:)
psstttt : worry about you Kinah :(

Love, jiha!

Wednesday, June 15, 2011

Gerhana bulan 16 Jun 2011

GERHANA BULAN

Pada awal pagi 16 Jun 2011 nanti, penduduk di Malaysia berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Penuh sekali lagi. Ia akan bermula dari jam 1.22 pagi, yang mana ketika itu, Bulan baru sahaja memasuki kawasan bayang-bayang penumbra. Kemudian ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra pada jam 2.22 pagi. Fasa Gerhana Penuh secara rasminya akan bermula pada jam 3.21 pagi sehinggalah 5.02 pagi. Kemuncak gerhana ialah pada jam 4.12 pagi. Yang menarik gerhana kali ini ialah laluan Bulan agak hampir dengan garisan tengah bayang-bayang umbra. Berikut adalah data gerhana yang dikira menerusi perisian Skymap Pro untuk waktu tempatan Malaysia.

Moon enters penumbra: 2011 Jun 16  01:22:52
Moon enters umbra: 2011 Jun 16  02:22:24
Start of totality: 2011 Jun 16  03:21:57
Maximum eclipse: 2011 Jun 16  04:12:24
End of totality: 2011 Jun 16  05:02:50
Moon leaves umbra: 2011 Jun 16  06:02:22
Moon leaves penumbra: 2011 Jun 16  07:02:02
Umbral magnitude: 1.705
Penumbral magnitude: 2.712
Duration of total phase: 1h 40m 52s
Duration of umbral phase: 3h 39m 58s
Duration of penumbral phase: 5h 39m 10s

Source : Falak Online


HIKMAH GERHANA

DALIL GERHANA: 
Allah berfirma: Dia-lah yang menjadikan matahari bersinar dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempat-tempat) bagi perjalanan bulan itu, supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan perhitungan (waktu). Allah tidak menciptakan yang demikian itu melainkan dengan hak (penuh hikmah dan tidak sia-sia) dia menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya) kepada orang-orang yang Mengetahui. (QS. Yunus: 5)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah malam, siang, matahari dan bulan. janganlah sembah matahari maupun bulan, tapi sembahlah Allah yang menciptakannya, jika ialah yang kamu hendak sembah. (QS. Fushilat: 37)


عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : { انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَوْمَ مَاتَ إبْرَاهِيمُ ، فَقَالَ النَّاسُ : انْكَسَفَتْ الشَّمْسُ لِمَوْتِ إبْرَاهِيمَ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَا يَنْكَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلَا لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمُوهُمَا ، فَادْعُوا اللَّهَ وَصَلُّوا حَتَّى تَنْكَشِفَ } مُتَّفَقٌ عَلَيْهِ ، وَفِي رِوَايَةٍ لِلْبُخَارِيِّ " حَتَّى تَنْجَلِيَ "
وَلِلْبُخَارِيِّ مِنْ حَدِيثِ أَبِي بَكْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : " { فَصَلُّوا وَادْعُوا حَتَّى يَنْكَشِفَ مَا بِكُمْ } "
Telah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah Saw, yaitu pada hari wafat Ibrahim (anaknya), maka orang-orang (pada saat itu) berkata: telah terjadi gerhana matahari karena Ibrahim wafat. Lalu Rasulullah Saw bersabda: sesungguhnya matahari dan bulan diantara dua tanda kekuasaan Allah, bukan karena meninggal atau lahir seseorang, apabila kalian melihat keduanya (gerhana matahari dan bulan) berdoalah kepada Allah dan shalatlah hingga terbuka (gerhana tersebut selesai). HR. Muttafaq Alaih
Adapun menurut riwayat Imam Bukhari: “Hingga terang (kembali)”.
Hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari dari Abu Bakrah radhialluhu’anhu: “Maka shalat dan berdoalah sampai terbuka (gerhana tersebut selesai) diantara kalian” (Imam Bukhari: 1060, 2/705. Imam Muslim: 2119, 2/457)

Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

إِنَّ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ آيَتَانِ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ، لاَ يَنْخَسِفَانِ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ ، فَإِذَا رَأَيْتُمْ ذَلِكَ فَادْعُوا اللَّهَ وَكَبِّرُوا ، وَصَلُّوا وَتَصَدَّقُوا
”Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda di antara tanda-tanda kekuasaan Allah. Gerhana ini tidak terjadi karena kematian seseorang atau lahirnya seseorang. Jika melihat hal tersebut maka berdo’alah kepada Allah, bertakbirlah, kerjakanlah shalat dan bersedekahlah.” (HR. Bukhari no. 1044)

HIKMAH DI SEBALIK PERISTIWA GERHANA:
1.Keduanya merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah. (QS. Fushilat: 37)
2.Perhitungan waktu di bumi mengikuti perputaran matahari atau kita sebut kalender Masehi dan perhitungan waktu mengikuti perputaran bulan yang kita kenal dengan kalender Hijriyah. (QS. Yunus: 5)
3.Memberi peringatan kepada manusia yang telah berbuat kerusakan.
4.Kejadian Alam tidak ada hubungannya dengan kematian atau kelahiran seseorang. Seperti sangkaan orang jahiliyah saat itu, mereka mengira bahwa terjadinya gerhana karena meninggalnya Ibrahim, anak Rasullah Saw. Hal ini telah dibutkan dalan hadits Bukhari dan Muslim.
5.Gambaran siksa terhadap orang yang berdosa
6.Perintah banyak berdoa disebutkan dalam hadits Aisyah
7.Perintah shalat, seperti dijelaskan dalam hadits Abbas diatas bahwa Rasulullah melakukan shalat gerhana dengan panjang, satu rakaat lamanya setara dengan surat al Baqarah. Adapun tata cara shalat gerhana adalah dua rakaat dengan empat rukuk dan empat sujud sebagaimana dijelaskan dalam hadits Aisyah dan Ibnu Abbas. Baca kembali Shalat Gerhana.
8.Perintah bersedekah sebagaimana disebutkan dalam hadits Aisyah
9. Hikmah pendidikan. Bahwa proses terjadinya gerhana bisa dibuktikan secara ilmiah. Bukan dogeng orang jahiliyah, seperti bulan dimakan naga dan yang lainnya.



SOLAT SUNAT GERHANA

HUKUM: Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )

CARA-CARA SOLAT:
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain.  Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA:
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama : Cara yang paling ringkas.  Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua : Disebut dengan  “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu. Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah.  Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu).  Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua).  Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah.  Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua). Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali.  Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama.  Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga : Cara yang paling sempurna.  Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya.  Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran.  Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiam yang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

WAKTU SOLAT:
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana
sehinggalah selesai.

TEMPAT SOLAT:
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA:
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
  "    الص ـل ة ج امـ ع ة   "  
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan: 
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.
(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari:  
“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram.  Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
28. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana.  Dua kali khutbah (seperti
khutbah Hari Raya)

Sweetheartssss.

Hari ni genap tiga hari pelajar start sesi persekolahan balik after dua minggu bercuti. Anak anak buah I pun dah balik ahad lepas. Sunyi pulak rasa. Bila ada depan mata memang tak larat nak layan perangai sorang sorang. Ahad lepas after diorang balik I tidur sampai termimpikan diorang. Hehe. Baru je berpisah sekejap dah mula rindu. Diorang memang buah hati pengarang jantung lah :) 

Anis menyorok kat belakang nak cover kegemukan dia :P
Anis yang sulung, memang ikut ikut kepla dia je. Daripada dia kecik memang kitorang selalu bergaduh berebut barang. Masa dia lahir I baru je Form 1, memang tak jauh sangat jarak umur kitorang tambah pulak I anak bongsu memang manja sikit lah. So apa parents I beli untuk dia mesti beli untuk I sekali, kalau tak kitorang akan berebut. Hehe. Bila dah besar pon lebih kurang je, asyik berebut jugak. Paling selalu kitorang suka rebut remote TV. Anis memang tak takut pun kalau I marah, badan pun dah lebih kurang sama besar ngan I nak takut apa kan. Baju I pun dia rembat. Okay, dia lagi gemok daripada I biarpun umur dia baru 11 tahun. Haha. Hobi dia tengok TV, kalau dah depan TV suruh buat apa pun memang tak bergerak lah dia tu. Haish.

Haha. Aisyah memang tak cover dah :D
Aisyah yang nombor dua dan dia yang paling manja dengan I. Dia suka bercerita dengan I pasal sekolah ke, pasal kawan kawan, pasal cerita kat TV. Hobi dia adalah makan, sebab tu dia dah nak dekat obesiti pun bagi kanak kanak berusia 9 tahun. Baju I pun dia tak muat nak pakai, bayangkan lah. Selagi ada makan dia akan habiskan, tak kira lah dah kenyang or perut penuh. Selagi orang tak tegur, selagi tu dia akan terus makan. Bahaya betul dia ni. Asal dengar bunyi plastik makanan, automatik telinga dia akan dengar. Hehe. Hobi dia duduk sorang sorang then berlakon takpun duduk depan cermin then cakap sorang sorang. Haha. Aisyah suka buat orang gelak, segala apa dia buat or cakap kadang yang tak lawak pun boleh jadi lawak. My mom lah yang paling suka usik and gelakkan dia. 

Ammar yang bajet comel ;)
Ammar pulak anak buah I nombor tiga. Sangat sangat mengada, sangat sangat degil. Tapi sebabkan dia satu satunya cucu lelaki, my parents memang selalu manjakan dia. Even degil and selalu tak duduk diam, kadang kadang dia memang pandai ambil hati orang. Yelah, budak budak kan, buat apa pun semua comel. Hobi dia main (tak kisah lah main mainan atau main bola ke main basikal ke) and tengok kartun. Paling menyampah bila dia nak tengok kartun time I nak tengok cerita yang I nak. Memang I halau dia pergi main kat luar la. Hehe. Time dia melalak pun menyampah jugak, tapi sebabkan dia dah umur 5 tahun so dah kurang sikit nangis nangis ni. Ammar lah yang paling buah hati sekali :) Rindu! 

Si bulat Alisha :)
Alisha budak bulat baru je 5 bulan. Tapi I nak dukung pun tak larat. Dukung kejap kejap boleh la, kalau takde tempat dukung baby memang tak lah. Hehe. Bulat betul, badan berketul ketul kalahkah Mike Tyson. Hobi dia hisap susu and makan and tidur. Memang tu je kan kerja baby :P Tapi seronok sangat main dengan dia, dah lama tak pegang baby kan. Birthday Alisha nak dekat dekat dengan birthday I, boleh celebrate sama sama lah nanti! Sayang Alisha! Suka cium cium dia, bau baby memang sedap kan. Ramai yang cakap masa dia mula mula lahir, badan dia macam I time baby. Gemuk gila. Tapi bila dia dah besar sikit orang cakap muka dia sama macam Aisyah.

Toodles! Oh, I miss all of you my sweethearts Anis Aisyah Ammar and Alisha.
psssttt : i am happy :)

Love, jiha!

Monday, June 13, 2011

Forever H.E.R.O

Happy Daddy's Day to Abah!


~Hero di hatiku~



  • Abah is my forever hero.
  • Abah saya seorang yang sangat cekal dan tabah hatinya.
  • Biarpun dalam keadaan yang merunsingkan abah tetap akan tenang.
  • Just like me, itu salah satu sikap abah yang I warisi.
  • Abah jarang marah, membebel pun jarang.
  • Kalau abah membebel memang I akan merajuk terus.
  • Mak membebel ada kias kias sikit, kalau abah bebel memang straight forward la.
  • Abah suka bergurau, asyik cakap mengarut sampai kadang kadang mak marah.
  • Itu pun maybe I warisi :P
  • Abah takkan cakap kalau dia kecewa dengan anak anak, tapi bila dia stop talking to us kitorang dah faham yang abah memang kecewa.
  • Bila kita cuba ambil hati dia, he'll start conversation all over again.
  • Salah satu cara I ambil hati abah adalah dengan STUDY (buat buat study) depan abah.
  • Then he'll come, sit beside and ask me about my study and my life.
  • Abah selalu sebut kuat kuat nama anak anak dia masa berdoa.
  • So kami tahu apa yang abah harapkan.
  • Abah selalu beri harapan tinggi yang anak anak dia boleh buat sesuatu berbanding dengan mak yang lebih suka mengawal sebab fikir anak anak dia masih perlukan perhatian dalam buat sesuatu.
  • Abah akan usaha sedaya upaya untuk bantu anak anak dalam capai impian.
  • Sebagai contoh, abah yang applykan masa I cakap teringin nak masuk asrama penuh after UPSR.
  • Bila dah dapat, I cried every night and told him to apply for me another boarding school which is nearer to home.
  • Nak masuk sekolah asrama penuh bukan senang tapi abah usaha sampai dapat.
  • Bila dah diterima masuk ke sekolah asrama yang lebih dekat, I refuse sebab sayang nak tinggal kawan kawan and life dekat sana.
  • Abah said nothing, he just smile even though he tried so hard to get me into another school.
  • After SPM abah yang applykan UPU and Matriculation.
  • Abah tak bagi sambung diploma sebenarnya, tapi sebab kawan kawan I semua isi UPU I nak jugak.
  • Bila dah dapat masuk Matriculation, belajar main main banyak buat hal.
  • Sampai abah kena panggil HEP sebab anak dia ni ponteng kelas every day.
  • Tapi abah tak marah langsung, dia tanya elok elok kenapa ponteng.
  • Kalau abah orang lain maybe dah bagi penampar kan.
  • Sebab ponteng, result pon ntah apa apa.
  • Abah risau I tak dapat peluang masuk university so he called sedara mara mintak pendapat.
  • Abah rasa lega bila they said dengan result macam tu I still ada peluang.
  • Time tu I tak ambil tahu langsung, abah je yang risau.
  • Bila dah dapat tawaran masuk university abah yang seronok.
  • Sekarang abah sibuk nak carikan I tempat untuk LI pulak.
  • Abah orang lain belum fikir lagi tapi abah I start semester 5 dah fikir pasal LI.
  • Abah selalu bagi apa yang I mintak.
  • Duit ke, makan ke, pakai ke.
  • Tapi I jarang la mintak depan depan sebab malu, mintak dalam phone je.
  • Kalau depan depan, tunggu abah yang offer :P
  • Mak pernah cakap "Mana ada abah orang lain yang macam abah".
  • Ye, memang betul.
  • Abah selalu manjakan anak anak dia.
  • Abah akan buat semuanya start from anak anak dia lahir selagi la dia larat.
  • Ayong yang umur 32 anak 3 nak masuk university sambung Master pun abah yang tolong teman register.
  • Angah yang umur 28 pun kadang kadang nak cuti suruh abah yang tolong cakapkan dekat bos dia.
  • Manja kan kitorang?
  • Abah is indeed the best daddy in the world.
  • Sorry sebab selalu mengada ngada.
  • Sorry sebab jarang bagi abah hadiah (tak kerja lagi).
  • Sorry sebab selalu susahkan hati abah.
  • Sorry sebab kadang kadang buat abah kecewa.
  • Sorry sebab selalu degil.
  • Sorry sebab asyik mintak duit.
  • Sorry sebab asyik kena bayar itu ini for me.
  • Sorry sebab sebab asyik tak dapat pegang remote TV.
  • Sorry sebab masak nasi lambat sampai abah kena tunggu.
  • Sorry sebab tak tolong pun bila abah kemas rumah.
  • Sorry sebab lambat membesar (pemikiran belum cukup dewasa) :P
I love you Abah!
  • Thanks for everything you did for me.
  • Thanks for every moment we keep sharing together.
  • Thanks for all the sacrifice you keep doing for me.
  • Thanks for all the time we keep spending together.
  • Thanks for the money you keep spending for me.
  • Thanks for the advises you keep giving me.
  • Thanks for the wonderful life you keep giving me.
  • Thanks for being the best for me. 



Toodles! Sayang sangat dekat abah! :)
pssttt : imy darlings!

Love, jiha!

Wednesday, June 8, 2011

Snow walk.


I just got the information about the Snow Walk from my angah. I never went there before,setakat  pass by pernah la. When she asked me "Adik, nanti kita pergi main salji kat i-City nak? Pernah pergi tak?" and I said "Errr, boleh ke main salji dekat i-city? Ukiran ukiran ais ada la kot. Tak pernah pun pergi lagi." Gila ketinggalan kan? Nevermind. Orang yang jauh di Taiping bandar warisan pun tau ada Snow World dekat i-City, I yang sekangkang kera from Shah Alam pun tak pernah tau. Shame on you Jiha. Haha. Takpe, encik google kan ada sedia membantu. I pernah masuk Snow World kat Genting Highland before this, seronok. Tak tau la Snow Walk i-City macam mana. After tengok review from people yang dah pernah masuk Snow Walk i-City, ada yang cakap best and ada yang cakap tak. Some said YES to i-City Snow Walk because the place are wider than Genting Snow World, more lights, more entertaining. Some of them said NO to i-City Snow Walk because visitors can't touch the snow, less secure (slippery). 


Harga tiket masuk pulak RM 25 for adult and RM20 for children. The price including the sweater. If the visitors want to rent boots they need to pay RM20 for deposit and will be refundable RM10 when they return the boots. Dengan suhu serendah -5 darjah celcius, salji tiruan menyelubungi Snow World yang mana hampir 90 peratus menyamai salji semulajadi. Uihh, memang teringin terus la nak pergi i-City Snow World. Almaklumlah, I belum pernah rasa lagi musim sejuk sebenar :) Salji tiruan ni diorang import khas from China tau. Masuk Genting Snow World yang kecik hari tu pun dah excited gila, belum lagi pergi i-City Snow Walk kan. Hehe. Belum cuba belum tahu. Ye tak?

The coolest hotspot in Town okayh

Welcome to Snow Walk

Map to i-City

Toodles! Hope angah tak ajak ajak ayam. Kehkehkeh :D
psssttt : lepak KL nanti jum kita pergi nak tak girls?

Love, jiha!

Tuesday, June 7, 2011

Kung Fu Panda 2

3 dewasa 3 kanak kanak
Last weekend I pergi tengok Kung Fu Panda 2 in 3D. Puas hati la. Hehe. lagi lagi orang belanja kan. Memang kelakar tahap cipan, tak larat nak gelak daripada start sampai la habis. Comel gila la Panda tu, lagi lagi bila dia rewind time dia kecik kecik. Awww. Cute! Rase macam nak peluk peluk :P For those yang belum tengok lagi, pergi la serang cinema yang berdekatan berama ramai. Sure akan terhibur dengan telatah panda yang bernama Po & friends (five warriors) :) Hehe.




SYNOPSIS:
Po is now living his dream as The Dragon Warrior, protecting the Valley of Peace alongside his friends and fellow kung fu masters, The Furious Five. But Po's new life of awesomeness is threatened by the emergence of a formidable villain, who plans to use a secret, unstoppable weapon to conquer China and destroy kung fu. He must look to his past and uncover the secrets of his mysterious origins; only then will Po be able to unlock the strength he needs to succeed.


Toodles! Baru jumpa tickets dalam purse, tu yang baru post :)
pssstt : jum tengok wayang girls!


Love, jiha!

Engagement. Challenges?

During this semester break, some of my schoolmates getting engage. Jealous pulak tengok diorang dapat pakai baju cantik cantik, arrange majlis dengan family, berkenalan dengan keluarga pihak lelaki, pilih barang untuk hantaran and many more.  Seems like they are adult enough and ready to take the responsibility as somebody's fiancee. I've always heard of people saying "bertunang ni banyak cabarannya". But, I've always wondered, betul ke? Cabaran macam mana? Being in a relationship itself bukan dah memang banyak cabaran ke? I did faced challenges in my current relationship. Some people says "dah bertunang nanti tahulah apa cabarannya" and for me that sounds like scary. Sebab tu I thought that I am not adult enough and still a little kiddo untuk memegang tanggungjawab sebagai 'tunangan' orang, apatah lagi sebagai 'isteri'. Memang jauh lagi lah perjalan I agaknya untuk sampai ke situ. Tapi betulkah ada cabaran? Kalau betul, boleh tak nanti I nak bertunang dalam masa yang singkat je :P Yelah, orang cakap masa bertunang adalah masa untuk kita lebih mengenali pasangan dengan lebih dekat lagi. Kalau dah kenal rapat, tak perlu lah nak bertunang lama lama kan.
Here are some of the challenges that people always talking about:
1. Bergaduh Antara Tunang 
Berlaku perselihan faham dan perselihan pendapat hinggakan berlaku pergaduhan. Adakalanya pergaduhan itu disebabkan perkara yang terlalu kecil dan adakalanya melibatkan kisah-kisah lama.
2. Kemalangan 
Kemalangan yang disebakan kecuaian sendiri atau orang lain juga sering kali berlaku. Sebab itulah orang tua-tua berkata, orang hendak mendirikan rumahtangga ini berdarah manis. Sampai ada setengah orang tu, nak keluar pun jadi takut sebab asyik terngiang ngiang je nasihat.
3. Kekurangan Kewangan 
Ada juga yang terpaksa meminjam wang dari ibu bapa , bank dan ada yang terpaksa menjual kenderaan sendiri kerana kesempitan menjelang perkahwinan. Namun, apa yang peliknya, selepas selesai majlis, rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah
4. Vendor Majlis Perkahwinan 
Sedangkan vendor untuk catering, fotografi, dewan, juru makeup dan pakaian sepatutnya memudahkan persiapan, kadang-kala mereka ini yang membuatkan kepala kita hendak pecah. Ada yang cancel last minute, ada yang melarikan diri, baju salah buat, dewan bertembung tarikh dengan orang lain dan ada yang menipu pakej. Sabar. Ini dugaan.
5. Parent Ubah Fikiran 
Sama ada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan berubah fikiran, tentu kegelisahan teramat sangat dpt dirasai. Lebih-lebih lagi apabila wali tidak membenarkan pernikahan. Ada juga yang berubah fikiran seperti tempat majlis, jumlah hantaran, baju dan konsep majlis.
6. Masuk campur orang lain 
Isu ini kadang-kala menjadi kelakar, apabila orang lain yang nak kahwin orang lain pula yang sibuk-sibuk, macam dia pula yang nak kahwin. Selalu terjadi kepada anak pertama yang akan berkahwin, kaum ibu selalunya beria-ia sehinggakan semua keputusan dia yang buat. Terpulang pada bakal pengantin, ada yang beranggapan ini satu kemudahan dan ada pula beranggapan menyusahkan.
Sebagai manusia yang boleh berfikir dengan waras, kita patut tahu yang setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnya. Cuma yang menjadi perkiraannya adalah cepat atau lambat. So, to all my dear friends who's getting engage or already engaged don't you ever give up and keep patient in facing any challenges during the engagement period. 'Tuhan takkan menguji andai kita tak mampu untuk harungi'. Keep that words :)

Toodles! Belum cukup matured :P tapi teringin nak pakai those engagement dresses.
psssttt : tunggu you alls engage dulu la kinah, rai and eija :)

Love, jiha!

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers