a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Friday, December 31, 2010

new year is coming!!!!!

Seminggu ni I'm a lil bit busy in order to finish up my cerpen “Untuk Kali Keduanya”. Finally siap! Hehe. Suka gila. Okay, before share dengan semua kat sini I think better if I share dengan orang orang terdekat dulu kan mintak their opinions mana tau maybe diorang ada pandangan yang boleh memantapkan lagi hasil penulisan I tu. Then I’ll publish it here, maybe :P I am proud of my self. Hehe. Dapat jugak siapkan sepenuhnya my second cerpen ni. Banyak dah sebenarnya cerpen yang I buat tapi tak semuanya fully finished. Mood tak betul betul datang time buat tu. Huhu. Tapi kali ni bersungguh sungguh je I siapkan, memang mood untuk menulis sentiasa ada time cuti cuti camni, idea pun tak stop stop datang. Kalau diizin Allah, my cerpen ni I nak hantar kat mana mana syarikat penulisan, nak mintak diorang komen komen then betulkan mana yang tak betul. I am just a noob T_T tapi I am so interested in this carrier. Cita cita I daripada kecik adalah untuk menghasilkan novel dengan hasil penulisan dan idea sendiri satu hari nanti, Insyaallah. Dapat hasilkan sebuah pun okay ape kan? Pray for me! J cerpen pun amik masa dalam seminggu, novel maybe setahun. Hehe.
Okay, new year malam ni je lagi. SELAMAT TAHUN BARU semua! cakap pasal new year *ting* mesti dalam otak fikir pasal azam kan? hehe. tak penah kot I buat azam tiap kali tahun baru. main ikut dan je bile nak buat azam :P sangatlah skema pada mereka yang berbuat azam setiap kali tahun baru. bukan tak bagus, memang begus tapi tak rock la kan. hehe. takde kaitan pun sebenarnye kan. okay la, takde mbenda nak mengarot dah ni.
Toodles! Selamat Tahun Baru! May God bless all of us this becoming year :)
psstttt : ily all! jangan lupe vacation kita. muah muah.

Love, jiha!

Thursday, December 23, 2010

s-e-r-i-o-u-s-l-y...


'coolblog' is really cool! tak tipu la, kalau tipu masuk neraka :P first time try, i am not such into any ice blended before but tadi memang tergerak hati nak try 'coolblog' ice blended, maybe sebab kedai dia sangat WOW! over pulak kan. hehe. cute, sangat comel kedai dia :) anyone lalu memang terbeliak bijik mata, stop then beli terus. dahsyat tak dhsyat penangan that coolblog ice blended? kahkahkah.


 i try oreo flavour tadi, sedappppppppppppppppp. banyak huruf p menandakan SANGAT okay. haha. gembira dan berpuas hati. suka suka suka. lain kali nak beli lagi nak try another flavours.


lagi gembira sebab malam ni malam yang sangat kenyang. my belly can't afford anymore even a bar of chocolate. menipu ngat aih :P hehe. tadi mak belanja makan char kueyteow then dah habis char kueyteow pergi beli chicken chop with blackpaper sourse pulak. finger lickin' good ;) thanks kepada emak. hehe. baik tak i cakap thanks? baik tak? 

Toodles! wanna get to sleep now, quite tired.
psssttt : sayang sayang, lets try this cool stuff! ily.

Love, jiha!

Wednesday, December 22, 2010

the sad facts :(







Love, jiha!

Saturday, December 18, 2010

tips for being a fetish person ;>

memandangkan semester baru akan bermula kurang dua minggu lagi, maka duit juga akan menghujani students yang just like me :P ape tak nye, loan and biasiswa masuk! hehe. time time macam ni la yang paling ditunggu tunggu oleh kitorang. tapi fyi, I da pun bertekad untuk mengurangkan keborosan. after doing some research, there are some tips that I can share with all of you in order to be a person yang lebih berJIMAT-CERMAT :

  • Kurangkan perbelanjaan harian anda – sebelum anda membeli sesuatu, tanya diri anda:
    1. Adakah saya betul-betul perlukan ini?
    2. Bolehkah saya mendapatnya di tempat lain pada harga yang lebih murah?
    3. Bolehkah saya mendapatnya secara percuma?
 
  • Batalkan sesuatu yang menelan perbelanjaan yang besar daripada bajet anda  – tidak menggunakan kereta (aduh!) dan jimat duit minyak, membaiki kereta, cukai jalan, insuran kereta dan tol atau, cadangan yang kurang menyakitkan, cuba turunkan taraf kereta anda, seperti membeli kereta yang berkapasiti lebih rendah.
 
  • Kurangkan penggunaan – tutup semua lampu apabila tidak digunakan dan gunakan lampu yang jimat tenaga, kurangkan penggunaan hawa dingin, basuh pakaian dengan muatan penuh dan keringkan pakaian di luar (daripada menggunakan mesin pengering) dan tutup semua alatan elektrik apabila tidak digunakan.
 
  • Kurangkan sampah – gunakan kertas di kedua-dua belah muka surat (jika dibenarkan, buat catatan tanpa kertas!) dan gunakan kain lampin daripada lampin pakai buang.
 
  • Guna semula atau Kitar semula – jika boleh, jadikan sampah anda baja (yang boleh digunakan untuk menanam sayur anda sendiri!), usahakan kebun sayur dan tukarkan sampah anda kepada duit!
 
  • Jadikan barang bertahan lebih lama – perbaiki pakaian, kasut digam semula dan baiki barang sebelum ia tidak boleh dibaiki lagi.
 
  • Cari kegunaan baru untuk barangan lama – cat perabot lama, buat kuilt daripada pakaian lama, dan jadikan meja besar lama kepada meja tulis. Dalam erti kata lain, kitar semula, kitar semula dan kitar semula!
 
  • Cari barang pengganti yang lebih murah – beli jenama umum, membeli-belah semasa ada jualan murah, menyewa daripada membeli
 
Anda juga boleh berjimat dengan memenuhi keperluan anda secara kreatif, dengan berkongsi bersama orang lain dan menggunakan sumber awam. Di sini terdapat beberapa cara lagi untuk berjimat:
 
  • Cari hiburan yang percuma atau murah. (Kita akan membincangkan hal ini dengan lebih lanjut lagi, kemudian.)
 
  • Berkongsi dalam pembelian yang besar
Perkongsian boleh membantu anda mendapat apa yang anda perlukan pada kos yang rendah. Sebagai contoh, mungkin anda berkongsi dengan jiran anda sebuah tangga, gerudi elektrik dan mungkin pembersih vakum. Anda juga boleh berkongsi banyak permainan anak anda dengan rakan dan ahli keluarga anda, dan berkongsi kereta untuk pergi dan balik kerja juga adalah satu lagi contoh yang baik. 
 
  • Bertukar barangan atau perkhidmatan.
Ya, kita hidup dalam dunia moden tetapi siapa kata yang kita tidak boleh mengamalkan pertukaran barangan? Sebenarnya anda boleh membuat pertukaran kepada semua jenis barang. Jika anda pandai menggunting rambut dan rakan anda pandai membuat kek, buat pertukaran kemahiran. Anda berdua mendapat apa yang anda perlukan dan anda berdua dapat jimat duit. Fikirkan tentang kemahiran anda, perkara yang anda gemar dan perkara yang anda lakukan dengan baik. Kemudian, fikirkan tentang kemahiran dan bakat rakan, ahli keluarga dan jiran anda. Bertanya kepada mereka yang anda kenali, yang mahu membuat pertukaran dengan anda. Mulakan dengan sesuatu yang mudah dan lihat bagaimana ia berjalan. Siapa tahu, anda mungkin memulakan satu lagi “eBay”!
 
Toodles! Lets practice the tips above together :)
pssstttt : hehe, jom berjimat sayang sayang semua!
 
Love, jiha!

Friday, December 3, 2010

Bocorkan Rahsia Dan Mengambil Tahu Hal Orang. ( Dosa Lidah )


by Abu Hanifah on Thursday, December 2, 2010 at 12:53pm

Membocorkan rahsia 

Mendedahkan rahasia orang adalah di antara perkara-perkara yang terlarang dalam syara’, kerana ia akan menyakiti hati orang lain dan tidak mengambil berat dengan kepentingan para sahabat dan rakan handai.

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Apabila seseorang telah memberitahu sesuatu perkara, lalu ia pergi, maka itu adalah suatu amanat (tidak boleh disebarkan).” 

Sabdanya lagi:

“Percakapan di antara kamu adalah amanat.” 

Oleh itu maka memecahkan rahasia orang dikira suatu pengkhianatan dan mengkhianati orang lain adalah haram hukumnya, bila ia boleh menimbulkan bahaya atau mudharat pada orang itu. Kalau tidak mendatangkan bahaya atau mudharat, maka itu samalah seperti kita mencelanya.


Mengambil tahu tepi kain orang.

Mengambil tahu tentang hal orang lain merupakan perkara yang tercela juga, iaitu mencampuri urusan orang lain yang tiada kena-mengena dengan diri kita, ataupun jika perkara itu memang ada berkaitan dengan diri kita, tetapi kita telah berlebih-lebihan dari kadar yang perlu. Perkara yang mengenai diri kita itu dapat dibicarakan dengan kata-kata yang ringkas, dan dapat juga dihuraikan becara bertali-tali atau berulang-ulang. Maka apa yang dapat dihuraikan dengan satu perkataan, jika ditambah menjadi dua perkataan, maka perkataan yang kedua itu adalah fudhul, yakni berlebiha-lebihan dari kadar yang perlu, dan ini ini juga adalah tercela sebagaimana yang telah diterangkan di atas, meskipun ia bukanlah dosa atau bahaya.

Ketahuilah bahwa fudhul atau kata-kata yang berlebihan-lebihan itu tidak ada batasan yang tertentu, tetapi yang penting untuk kita mengetahui ialah apa yang tertera di dalam kitab Allah Ta’ala dalam firmanNya:

“Tidak ada gunanya pada kebanyakkan dari bisikan-bisikan mereka, melainkan sesiapa yang menyuruh memberi sedekah atau berbuat baik ataupun mengadakan perdamaian antara bangsa manusia.” (an-Nisa’: 114)

Bersabda Rasulullah s.a.w.:

“Berbahagialah sesiapa yang menahan fudhul (berlebih-lebihan) dari lidahnya dan membelanjakan kelebihan dari hartanya.” 

Cuba anda perhatikan bagaimana manusia menterbalikkan perkara ini. Mereka lebih suka menahan kelebihan harta kekayaan mereka dan melepaskan secara berwenang-wenang kata yang berlebihan-lebihan dari lisannya.

Berkata Atha’: Orang-orang yang mulia sebelum kamu sangat membenci berlebihan-lebihan dalam tutur kata. Mereka menganggap semua kata-kata itu adalah fudhul, selain kata-kata dari kitab Allah, sunnah Rasulullah, ataupun suruhan berbuat kebajikan, cegahan dari berbuat kemungkaran, ataupun berkata sesuatu yang perlu dalam kehidupanmu yang tidak boleh tidak mesti kamu lakukan. Apakah kamu mahu mengingkari adanya Malaikat penjaga Kiraman Katibin (Malaikat-malaikat yang mulia sebagai pencatit). Berada di kanan dan di kiri. Apa yang disebutkan dari kata-kata melainkan ada di sisinya Raqib dan Atid. Tidakkah seseorang kamu merasa malu bila diserahkan buku catatannya kelak, telah terpenuhi di dalamnya bahwa segala perbuatannya di siang hari kebanyakkannya bukan daripada urusan-urusan agamanya ataupun dunianya.

Berkata Ibnul Umar: Perkara yang paling patut disucikan oleh seseorang ialah lidahnya.

Dalam sebuah atsar pula: Tiada seseorang pun yang diberikan sesuatu yang paling jelek daripada sifat berlebihan-lebihan dari lidahnya.

Kitab  Ihya Ulumuddin Oleh Imam Ghazali

petikan dipetik daripada facebook sahabat

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers