kata kata maaf bisa buat kita senyum dan berhenti menangis.
kata kata maaf bisa buat kita senyum dan hilang perasaan benci.
kata kata maaf bisa buat kita senyum dan buang rasa geram.
kata kata maaf bisa buat kita senyum dan semuanya kembali seperti sediakala.
kini aku senyum :)
Okay, kat bawah ni ade luahan yang i copy from facebook ija. hihi. halal ye shayang? :P
Bersahabat ibarat sepohon pokok, yang berakarkan kesetiaan, berbatangkan keikhlasan, berdahankan kejujuran, berantingkan kesefahaman dan berdaunkan kasih sayang...
Mengenalimu wahai sahabat adalah 1 kesyukuran..
Bergurau denganmu adalah 1 kebahagiaan..
Menyakiti hatimu akan ku cuba elakkan..
1 permintaanku semoga persahabatan kita berkekalan selamanya..
Teman yang banyak boleh diibaratkan seperti pasir pasir di pantai tetapi teman yang satu adalah mutiara di antara pasir pasir itu. Teman ketawa senang d cari..Tapi sahabat sejati sukar d temui.. Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu sebelum bersahabat dengan orang lain.. Kita tidak akan mengenal insan lain melainkan denagn melalui 3 waktu :
1- Tidak dapat diketahui adakan seorang itu pemaaf melainkan ketika dia marah.
2- Tidak dapat dikenal seorang itu berani melainkan pada waktu dia sedang berjuang.
3- Tidak dapat dikenal sahabat melainkan pada waktu kita kesusahan.
Terlalu sukar menjalin persahabatan kerana ia adalah pertautan hati bukan pertautan fikiran.. persahabatan terjalan d antara pertautan antara 2 jiwa menjadi 1 hati... Persahabatan yang akrab tidak akan dapat dipisahkan melainkan dengan kematian.
Sahabat bagaikan hiasan dikala kamu senang dan perisai diwaktu kamu susah. Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya..
Sahabat itu wujud dari 1 pertemuan, dengan 10 pertanyaan, 100 keyakinan, dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta2 kali perjuangan. dengan 1 keikhlasan atas keredhaan NYA..
Tiada KEIKHLASAN tanpa KEJUJURAN, tiada KEMESRAAN tanpa KASIH SAYANG, tiada CINTA tanpa AIR MATA, tiada DUKA tanpa SENGKETA, tiada RAHMAT tanpa IZINNYA.
Cinta membuat kita istimewa, rindu membuat kita terbayang, aying membuat kita bahagia, terluka membuat kita merana, tapi persahabatan bermakna selamanya..
“Jika dia boleh terima anda seadanya, dan sanggup menerima kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan lebih menyayangi anda, maka anda adalah orang yang paling bertuah kerana ada seseorang yang mencintai anda seadanya anda.”
“Mencintai dan dicintai perlukan keberanian. Keberanian untuk terus mengekalkan rasa cinta itu. Seterusnya diikuti perasaan keikhlasan untuk menerima orang yang dicintai seadanya…”
“Bila diri dicintai.. Dia pasti akan berusaha untuk ada…sentiasa ada bersama.”
Begitu juga persahabatan.. terimalah dirinya apa adanya..pernah kah anda terfikir tentang perasaan sahabat anda??pernahkah anda terfikir akan pengorbanannya?? Seorang sahabat sanggup ketepikan perasaannya demi menjaga perasaan anda..demi menggembirakan anda.. pernahkan anda terfikir yang cara dan sikap anda betul2 membuat sahabat anda gembira..
Wahai sahabat2ku..renunglah sejenak..demi persahabatan yg d bina..cuba lah untuk menerima segalanya dengan hati yang terbuka.. SEANDAINYA DIA MAMPU MENG0RBANKAN PERASAANNYA DEMI ANDA, KENAPA ANDA XMAHU MERENDAHKAN EG0 ANDA DEMI KEBAHGIAAN SAHABAT ANDA.. SEHARUSNYA, ANDA TURUT BAHGIA,SEANDAINYA SAHABAT ANDA BAHGIA..
Janganlah kita memandang rendah erti persahabatan, kerana dalam hidup ini kita tidak mampu melangkah seorang diri tanpa seorang sahabat...
Saya SAYANG sahabat2 saya..kerana anda semua saya gembira & bahgia..PERSAHABATAN yang terjalin diantara kita xkan ku lupakan sepanjang hayatku.. maaf seandainya aku bukan seorg sahabat yg baik..tp..aku akan cuba tuk membahgiakan semua sahabat2ku yang tercinta..
Luahan hati ku.....
~ieja~
Toodles! Tak susah untuk mintak maaf kan? :)
pssttt : now, lega! hihi
Love, jiha!
2 comments:
hahha..c0py paste ek??ok..d maaf kan =)
haruslah copy paste. kite tak sepuitis eija :)
Post a Comment