a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Thursday, June 23, 2011

Annisa. Slot Samarinda TV3.

After Nora Elena, my mom and I asyik gila mengikuti drama bersiri di slot Samarinda TV3 bertajuk Annisa. Actually, drama ni start before Nora Elena habis lagi. Memang family I tengok start from the first episode lagi. Yes, family I memang gila drama. Haha. Annisa memang antara drama yang best I pernah follow. Cerita dia ala-ala Desperate Housewives la. Cerita pasal friendship and kehidupan and perniagaan yang penuh dengn rahsia demi rahsia. Siapa yang follow mesti rasa macam nak kena heart attack kan tengok drama ni. Every episode memang sangat suspend. Serious. Kalau tak percaya tengok lah sendiri. Every Tuesday to Thursday, 10.30 pm.


Jalan Cerita / Sinopsis : ANNISA

Drama bersiri Annissa ini memaparkan konflik yang berlaku dalam persahabatan empat wanita yang pada asalnya berlandaskan kepercayaan. Mereka berkenalan rapat sejak di kolej lagi, mereka berganding bahu dan bersatu tenaga membina sebuah empayar peniagaan yang berjaya.
Di atas tonggak Annissa Corporation Sdh Bhd, Anna (Fiza Elite), Balkis (Rozita Che Wan), Sara (Aida Aris) dan Shila (Farahdhiya) berjanji untuk bersikap jujur antara satu sama lain.
Atas kesungguhan dan keyakinan mereka bersatu membina empayar perniagaan, Anissa Corporation berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam industri fesyen tanah air yang berkembang pesat. Bagaimanapun kehidupan empat wanita korporat ini mula tercalar. Keakraban itu mula goyah apabil syak wasangka tidak diduga wujud. Anna menyesyaki suaminya Farid (Zamarul Hisyam) curang dan berpoligami. Namun pertanyaan Anna sering dinafikan oleh Farid.
Berbekalkan naluri seorang isteri yang menyesyaki kesetiaan suami tercinta, Anna meneruskan siasatan mengenai siapa isteri kedua suaminya. Sementara itu, Balkis ialah sahabat yang paling dipercayai dan disayangi oleh Anna. Namun, Balkis telah mengkhianati Anna dengan mengahwini Farid secara senyap-senyap. Mereka pandai menyimpan rahsia dan menjadikan Kamal (Eizlan Yusof) sebagai kekasih Balkis, Kamal meninggalkan Balkis apabila Balkis memintanya untuk pura-pura menjadi suaminya selepas mengandung. Maka, Balkis mengupah Imran untuk menyamar sebagai suami.
Selain Balkis, sahabat mereka iaitu Sara mengambil keputusan untuk menarik diri daripada Annissa Corporation dan menjauhi diri daripada kawan-kawannya setelah disahkan menghidap barah peringkat ketiga. Sikap Sara yang banyak berahsia telah menimbulkan syak wasangka Anna. Balkis hanya mendiamkan diri. Shila turut memusuhi Sara kerana bersimpati dengan Anna. Apabila Kamal mengahwini Sara, barulah Anna menyedari diri telah mempersalahkan Sara selama ini.
Walaupun akhirnya Shila dapat menghidu hubungan sebenar Balkis dan Farid tetapi dia tidak sanggup memberitahu Anna dan terus diselubungi rasa bersalah. Bagaimana Anna berdepan dengan pengkhianatan sahabat karib yang ibarat adik beradik kepadanya? Dapatkah hubungan persahabatan mereka diselamatkan? Apakah keempat sahabat ini berjaya menghindari dan melepasi dugaan dan godaan dalam kehidupan? Semuanya akan terjawab dalam drama Annissa menerusi slot Samarinda di TV3.

Toodles! After Nora Elena, Annisa pulak dah :P
psssttt : :)

Love, jiha!

0 comments:

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers