a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Tuesday, June 7, 2011

Engagement. Challenges?

During this semester break, some of my schoolmates getting engage. Jealous pulak tengok diorang dapat pakai baju cantik cantik, arrange majlis dengan family, berkenalan dengan keluarga pihak lelaki, pilih barang untuk hantaran and many more.  Seems like they are adult enough and ready to take the responsibility as somebody's fiancee. I've always heard of people saying "bertunang ni banyak cabarannya". But, I've always wondered, betul ke? Cabaran macam mana? Being in a relationship itself bukan dah memang banyak cabaran ke? I did faced challenges in my current relationship. Some people says "dah bertunang nanti tahulah apa cabarannya" and for me that sounds like scary. Sebab tu I thought that I am not adult enough and still a little kiddo untuk memegang tanggungjawab sebagai 'tunangan' orang, apatah lagi sebagai 'isteri'. Memang jauh lagi lah perjalan I agaknya untuk sampai ke situ. Tapi betulkah ada cabaran? Kalau betul, boleh tak nanti I nak bertunang dalam masa yang singkat je :P Yelah, orang cakap masa bertunang adalah masa untuk kita lebih mengenali pasangan dengan lebih dekat lagi. Kalau dah kenal rapat, tak perlu lah nak bertunang lama lama kan.
Here are some of the challenges that people always talking about:
1. Bergaduh Antara Tunang 
Berlaku perselihan faham dan perselihan pendapat hinggakan berlaku pergaduhan. Adakalanya pergaduhan itu disebabkan perkara yang terlalu kecil dan adakalanya melibatkan kisah-kisah lama.
2. Kemalangan 
Kemalangan yang disebakan kecuaian sendiri atau orang lain juga sering kali berlaku. Sebab itulah orang tua-tua berkata, orang hendak mendirikan rumahtangga ini berdarah manis. Sampai ada setengah orang tu, nak keluar pun jadi takut sebab asyik terngiang ngiang je nasihat.
3. Kekurangan Kewangan 
Ada juga yang terpaksa meminjam wang dari ibu bapa , bank dan ada yang terpaksa menjual kenderaan sendiri kerana kesempitan menjelang perkahwinan. Namun, apa yang peliknya, selepas selesai majlis, rezeki mencurah-curah. Alhamdulillah
4. Vendor Majlis Perkahwinan 
Sedangkan vendor untuk catering, fotografi, dewan, juru makeup dan pakaian sepatutnya memudahkan persiapan, kadang-kala mereka ini yang membuatkan kepala kita hendak pecah. Ada yang cancel last minute, ada yang melarikan diri, baju salah buat, dewan bertembung tarikh dengan orang lain dan ada yang menipu pakej. Sabar. Ini dugaan.
5. Parent Ubah Fikiran 
Sama ada ibu bapa pengantin lelaki atau perempuan berubah fikiran, tentu kegelisahan teramat sangat dpt dirasai. Lebih-lebih lagi apabila wali tidak membenarkan pernikahan. Ada juga yang berubah fikiran seperti tempat majlis, jumlah hantaran, baju dan konsep majlis.
6. Masuk campur orang lain 
Isu ini kadang-kala menjadi kelakar, apabila orang lain yang nak kahwin orang lain pula yang sibuk-sibuk, macam dia pula yang nak kahwin. Selalu terjadi kepada anak pertama yang akan berkahwin, kaum ibu selalunya beria-ia sehinggakan semua keputusan dia yang buat. Terpulang pada bakal pengantin, ada yang beranggapan ini satu kemudahan dan ada pula beranggapan menyusahkan.
Sebagai manusia yang boleh berfikir dengan waras, kita patut tahu yang setiap cabaran dan dugaan ada hikmahnya. Cuma yang menjadi perkiraannya adalah cepat atau lambat. So, to all my dear friends who's getting engage or already engaged don't you ever give up and keep patient in facing any challenges during the engagement period. 'Tuhan takkan menguji andai kita tak mampu untuk harungi'. Keep that words :)

Toodles! Belum cukup matured :P tapi teringin nak pakai those engagement dresses.
psssttt : tunggu you alls engage dulu la kinah, rai and eija :)

Love, jiha!

0 comments:

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers