a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Saturday, August 20, 2011

Bulan mengelilingi Kaabah.

My mom dapat SMS from unknown number which SMS tu berbunyi macam ni:
"Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) .."
I mula jadi curious. Ish betul ke tak betul. After maghrib pun memang duk pakat sembang pasal ni. Tapi tadi I google pasal ni rupanya SMS pasal bulan mengelilingi Kaabah ni SMS palsu. Cis. Tipah tertipu!


Kalau ikut fakta;
@ Bidang Datuk Mazlan sebenarnya adalah AstroFizik dan bukannya Astrology.
@ Gelaran yang diterima oleh Mazlan Othman adalah Datuk dan bukannya Dato'. Rujuk Wikipedia
@ Yang nie yang paling kelentong sekali. Macam mana pengirim SMS tu boleh tahu, masa tu adalah saat saat doa dimakbulkan ? Cuba la korang fikir betul betul.


Pihak planetarium pun dah bagi kenyataan berkaitan dengan SMS ni sebab ramai sangat yang bertanyakan hal ni. Siapa tak curious kan, kalau betul tak ke rugi kalau terlepas.


Tuan/Puan:
Salam sejahtera.


Hari ini pihak Planetarium Negara telah menerima banyak panggilan tentang sms yang orang awam terima. Sms adalah seperti berikut:
Daripada Dato Mazlan astrology .. Malam ni di Mekkah jam 3.25 a.m (pagi) , bulan akan mengelilingi Kaabah .. dan langit akan bertukar menjadi biru cair (terang jadinya) . Dan masa inilah saat saatnya doa kita dimakbulkan .. Benda ini terjadi selepas 10 juta tahun .. Sila sebarkan perkara ini kepada kawan kawan .. Mekkah 3.25 pagi , Singapore , Malaysia 8.25 pagi (Sabtu Pagi) ..
Berdasarkan Peta Bintang di Mekkah pada 20 Ogos 2011 jam 3:25 am (seperti attachment). Didapati kita berpeluang melihat 67.88% Bulan di langit (Bulan terbit pada jam 22:43 pm di timur dan terbenam pada 11:21am di barat). Bulan berdekatan dengan planet Musytari (Musytari terbit pada 22:43 pm dan terbenam pada 11:25 am). Dan tiada fenomena astronomi yang berlaku pada waktu tersebut.
*Waktu mengikut waktu di Mekkah


Sekian dimaklumkan.
Terima kasih.
Chen Chen
Pegawai Sains
Planetarium Negara,
Agensi Angkasa Negara


Tapi tak siapa menghalang kalau korang nak berdoa jugak. Sekarang kan bulan Ramadan, bila bila masa pun berdoa InshaALLAH akan dimakbulkan kalau kita betul betul ikhlas.


Source: ping.busuk.org
            Bernama


Toodles! Tak baik tipu tau bulan puasa ni!
pssttt : imy girls :)


Love, jiha!

0 comments:

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers