a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Sunday, August 21, 2011

Ujian Ramadhan 21

Hahahahahahahahahahaha. Before teruskan baca entry ni jom sama sama gelak dulu!


Alhamdulillah, hari ni once again kita semua dapat menyempurnakan ibadah puasa untuk hari ke duapuluhsatu. Ramadhan 21 bakal terus terpahat dalam ingatan I, maybe dalam ingatan parents I jugak. Let me tell you why :)




Tengok jam, pukul lima. Dalam hati berasa sedikit lega kerana masih ada setengah jam lagi untuk mulakan sesi masak memasak untuk berbuka. I teruskan online melayan mukabuku, melayan youtube, download lagu. Tik tok tik tok dah pukul 5.30. I solat asar then terus pergi dapur amik pisau and mulakan ape yang patot. Dalam empatpuluhlima minit siap lah lauk pauk untuk juadah berbuka puasa; ikan masak taucu dan sup sayur, ade ulaman and sambal belacan jugak.


My mom and abah keluar, beli barang sikit. Nasib diorang balik bukan dengan tangan kosong, ada air cendol air kelapa. Kuih muih ada tiga empat jenis. Haa, ikan bakar pun ade. So rasanya lengkap dah lah juadah untuk berbuka hari ni. Tengok jam dah pukul 6.45, I sambung tengok Jejak Rasul dengan my mom and abah. Dalam fikiran terbayang je juadah yang ada atas meja tu, tak sabar pulak nak bukak puasa. Hehe.


Tik tok tik tok dah pukul 7.25. I bangun pergi dapur amik pinggan, cawan and sudu. Lagi bape minit je ni nak berbuka. My mom and abah still ada depan TV. Okay, nak angkat nasi pulak letak atas meja. I tengok rice cooker. Hamaigadddddd. Nasi lupa masak! Ahh. Tekanan betul. Bila bagitau my mom and abah diorang punyalah gelak. Haha. Slumber semua dah siap nasi pulak takda. Macam mana entah boleh lupa benda penting macam tu.


Bukak puasa minum air ngan makan kuih jelah. Meleleh air liur tengok lauk lauk atas meja. Ahh. Nak nasi! I memang tak pernah lagi berbuka tanpa nasi, memang kena telan nasi dulu baru lah telan benda lain. Tapi hari ni, makan jelah kuih muih dengan redha. Salah sendiri. Siapa suruh lupa masak nasi. Hehe. Now tengah tunggu nasi masak lah, pastu boleh lah melahap dengan jayanya :)


Toodles! Ramadhan 21 sentiasa dalam ingatan, mungkin.
pssttt : hehe. korang mesti dah kenyang kan?

Love, jiha!

4 comments:

ubabe said...

haha.. kenyang dah? tu la..org suh msk awl2 :P

jiha rai kinah ija said...

haha. ya udah :D
siyes dah siap masak awal tadi.
slalu pukul 7 settle sume,
tadi 6 lebih dah abes.
tengok tengok nasi belom masak T___T

City_Moon_Now_War_Argh said...

tu la kakak. mak kte kate kalo nak masak, start masak nasik dulu, then br bwat lauk. Haa, kan da telupe. :P

jiha rai kinah eija said...

ahh. masak lauk dulu pun cool ape :P

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers