Rindu nak window shopping sorang sorang dalam mall yang besar gedabak. Sangat rindu suasana and bau Mid Valley, bau The Mines, bau Times Square, bau Sogo. Rasa kepuasan yang amat sangat bila dapat jalan jalan sensorang dekat mall. Kalau pergi dengan family or friends nikmat dia lain, kalau pergi sorang sorang lain. Pelik ke? Tak lah, I memang prefer shopping alone rather than shopping berjemaah. Hehe. Tak sesuai pulak 'berjemaah' tukar lah, shopping beramai ramai. Kadang kadang I rasa I ni jenis berani sangat pulak yela kalau jalan sorang sorang macam macam benda yang tak diingini boleh jadi kan, berani tak bertempat namanya. Haha. Benda lain tak pon, bab ni je yang berani. Lagi best kalau dapat duduk seharian kat dalam mall tu, ape lah masuk dalam badan ni sebab I memang takkan pernah bosan duduk kat mall daripada pagi sampai malam. Benda baik ke tak baik ni? Confuse T_____T Okay let me senaraikan kebaikan dan keburukan shopping seorang diri.
Kebaikan :
Tak perlu tunggu orang shopping kalau kita dah siap shopping dan nak pergi shopping kat butik lain pulak.
Tak perlu ikut orang pergi butik lain padahal kita dah plan nak masuk butik lain. Bukankah akan membuang masa.
Boleh shopping berapa lama yang kita suka tanpa ada yang mengganggu suruh berhenti. Berhenti bila kita rasa nak berhenti.
Boleh pilih dan beli apa sahaja yang kita rasa sesuai. Tak perlu dengar orang mengomen itu ini tentang pilihan kita.
Tak akan diganggu oleh mereka yang bertanya tentang pendapat kita tentang barang yang mereka ingin beli.
Dapat bershopping dalam keadaan tenang dan suka hati.
Dapat bershopping mengikut kemampuan. Kalau shopping dengan kawan kawan mudah jadi terpengaruh.
Keburukan :
Susah kalau sesat tak jumpa butik yang kita nak. lagi lagi kalau kita jenis segan tak bertempat.
Kalau keliru untuk memilih, tiada tempat untuk meminta pendangan.
Jeles tengok orang bersembang sambil shopping sebab kadang kala itu akan memeriahkan lagi suasana bershopping.
Kadang kadang kita buntu or lupa untuk beli apa bila dah sampai mall, seseorang amat diperlukan untuk mengingatkan dan memberi cadangan.
Boleh jadi kita akan shopping sampai terlebih bajet sebab tak ada sesiapa nak tegur.
As I promised before, I nak update pasal vacation I dua tiga hari lepas. Such a wonderful yeah :) Percutian tigahariduamalam yang sangat awesome dengan family yang awesome kat Langkawi Island yang awesome. Memang awesome lah. Haha. I bertolak hari ahad, flight from Penang pukul 7.10 pm. Penerbangan dari Penang ke Langkawi ambil masa dalam 35minit je, kejap sangat tak sempat nak feeling feeling pergi oversea pon. Hehe. Sampai je, check in hotel tapi ada problem sikit time nak check in and last last we got suite mewah dua bilik dengan harga satu bilik deluxe dua bilik standard. Woah, rezeki betul kan. Tiap kali family vacation kitorang akan book apartment or bilik hotel yang ada dua or tiga bilik. Kali ni saja ambil bilik asing tapi nak dijadikan cerita dapat suite dua bilik. Kena duduk sama sama jugak, tak boleh asing. Romantik kan? Ape ingat dengan boyfriend & girlfriend and husband & wife je boleh romantik? Dengan family pon boleh lah. Malam tu just keluar makan then balik bilik rehat simpan tenaga untuk aktiviti yang dah di plan untuk keesokan harinya.
Langkawi Island, here we come!
Second day bangun pagi pagi then breakfast then siap siap untuk aktiviti pertama, Island Hoping. Round tiga pulau utama dekat Langkawi; Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar and stop by dekat Beras Basah Island. Dekat Tasik Dayang Bunting we need to climb up and down untuk sampai ke tasiknya, memang penat lelah. Sampai kat tasik antara aktiviti yang boleh dibuat adalah rendam kaki ala ala dekat spa ikan, swimming tapi dekat kawasan yang dibenarkan saja, paddle boat, and ade la lagi dua tiga aktiviti. After sejam dapat menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting then kitorang teruskan perjalan and pass by gunung ibu mengandung. Seriously, memang bentuk ibu mengandung gunung kat situ. Subhanallah. Then teruskan perjalanan ke Pulau Singa Besar, dekat situ kita boleh bagi makan helang. Baling daging kat laut then berpuluh puluh ekor helang turun menyambar daging tu. Tapi kena baling jauh jauh lah, kalau dekat bahaya la pulak. Lastly, before balik ke Pantai Chenang boat to stop by dekat beras Basah. Hah, kat sini boleh mandi laut tapi I tak mandi pon. Cantik gila laut dekat situ, air dia color hijau. Macam macam aktiviti boleh buat kat situ contohnya snorkeling, banana boat, main jet ski, and else. Dalam tengah hari kitorang balik suite after makan lunch. Rest about an hour then keluar balik. Destinasi seterusnya adalah Langkawi Bird Paradise, tapi jangan ingat burung je ade kat situ. Binatang lain pun ade macam arnab, buaya, kuda, monyet and apa yang menarik binatang kat situ mostly dilepaskan macam tu je so kita boleh bagi diorang makan depan depan. Quite interesting kan? Binatang yang bahaya tak lepas lah. Hehe. Next kitorang pergi galeri Perdana, geleri yang mana disimpan segala hadiah yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir. Memang banyak sangat and semua hadiah tu daripada seluruh pelusuk dunia. Puas berjalan, petang kitorang balik rest kat suite. Memang lenguh habis semua, tapi kalau tak berjalan rugi lah datang jauh jauh. Malam tu kitorang round satu Pantai Chenang, masuk semua kedai yang jual souvenir and baju baju . So malam tu kira ambil peluang untuk bershopping sikit lah, and I got new bag from angah. Hehe. Thanks sis!
Tasik Dayang Bunting
Climbing up and down
Pulau yang sangat cantik
At Langkawi Bird Paradise
Mommy and abah at Galeri Perdana
Third day bangun tak berapa nak awal sebab penat berjalan semalam tak habis lagi. Check out baru kitorang teruskan perjalanan and the first destination is Beras Terbakar, shopping lah. Minyak gamat, kain batik, key chain, baju, semua ada. Then we went to Oriental Valley, tapi tak naik pon cabel car sebab nak hujan time tu. Tapi sempat lah round raound satu Oriental Valley, siap sempat bagi rusa makan lagi. Disebabkan cuaca jadi cerah balik kitorang teruskan perjalan ke Telaga Air Hangat, rendam kaki dalam air panas. Relax lah sekejap, sendi sendi kaki habis sakit sakit sebab banyak jalan. After puas capture gambar dekat kawasan Telaga Air Hangat kitorang singgah Dataran Lang, alah yang ada statue burung helang yang besar gila tu lah. Kalau pergi Langkawi memang semua akan pakat duk ambil gambar dekat helang tu, benda wajib dah. Hehe. Pastu plan nak pergi Petrosains tapi sampai kat situ rupa rupanya dah tutup pon Petrosains tu. Flight balik pukul 7.30 pm, dalam pukul 6 petang kitorang gerak pergi airport. Pukul 8.10 pm sampai Penang International Airport. Alhamdulillah, selamat pergi dan balik :)
Baby Alisha and me :)
Eagle's statue at Dataran Lang
Waiting at Langkawi International Airport
I hope, we could have another vacation at the end of this year. Hehe. My family memang kaki jalan, every week got plans. Vacation to Langkawi will always be my best moment for this year. Love you familia! Thanks for this memories. Hwugs & kisses from me.
Orang sibuk melayan bola pra-piala dunia Malaysia VS Singapura I pulak sibuk melayan telemovie romantic dekat astro Ria. Hehe. Bukan I tak patriotisme okay, I tengok jugak time iklan I tukar channel tengok bola tau. First time I tengok telemovie Love, Nora ...xoxo and I felt in love with it. Telemovie ni dah pernah disiarkan dekat astro Citra masa Valentine's Day hari tu tapi I tak berkesempatan tengok sebab kat rumah sewa mane ade astro. Then tadi baru lah I dapat tengok Love, Nora ...xoxo ni, time iklan pasal telemovie ni memang membuak buak perasaan ingin menonton tu. Nasib la nak ade bola time tu jugak, memang tak dapat lah nak layan bola. Hehe.
Jalan cerita telemovie ni mostly sama dengan movie P.S I Love You and I do love watching the movie too. Kisah cinta seorang jejaka Itali, Raul dengan gadis jelita Malaysia, Nora. Malangnya, jodoh mereka tidak lama kerana umur Nora tidak panjang dan Raul keseorangan di Malaysia. Tetapi, isterinya Nora menolongnya tabah menghadapi kehidupan tanpanya dengan bantuan mereka yang paling menyayanginya. Pelakon telemovie ni antaranya adalah Yasmin Hani yang memegang watak utama sebagai Nora, Yana Samsudin sebagai Shila kawan baik Nora, and Will Quah sebagai Raul suami Nora. Pengambaran telemovie ni half dijalankan di Malaysia dan half lagi dekat Italy. I dah pun download telemovie ni, nak tengok banyak banyak kali. Haha. Siapa belum tengok rugilah korang, best woooo :)
Romantic movie P.S I Love You
Telemovie ala ala movie P.S I Love You versi Melayu
Awal awal cerita, how's they meet and fall for each other :)
Sedang meniti bahagia bersama sebagai suami isteri
Kawan baik yang sentiasa ada tika suka dan duka
Ni time part last when he stops Shila and starts a new life with her
Cortona, Tuscany
Beautiful Italy
*gambar ehsan Google
Toodles! I wish to have a great love story as in the movie or novel :)
Tadi petang keluar dengan my mom pergi Econsave hypermarket then after maghrib pergi Tesco pulak. Okay, apa kena mengena dengan tajuk entri? Masuk je Econsave suasana macam nak raya sangat dah. Patung patung semua dah pakai baju raya. Buah kurma dah dijual secara besar besaran biarpun Ramadhan lagi setengah bulan. Tapi kurma tu dapat terima lagilah kan. Langsir and telekung raya pun dah siap dijual. Okay, yang ni mesti korang pun tak percaya. Biskut and kad raya dah ada dijual. Semangat gila Econsave ni. Haha. Puasa pun belum lagi, dah ada siap biskut raya. Bila punya biskut lah agaknya, jangan tahun lepas punya stok sudah lah. Tapi macam best jugak sebenarnya makan biskut raya time tak raya sebab bila raya memang jarang nak sentuh biskut biskut tu, yelah banyak sangat pilihan sampai tak terpilih nak makan yang mana.
Pelbagai pilihan biskut raya.
Kad raya cartoon kelakar.
Masuk Tesco pulak takde lah semeriah Econsave. Tapi barang barang untuk sambut puasa tu dah ada dijual. Barang barang untuk buat biskut raya lah yang paling mendapat sambutan pembeli. Ada pelita raya, lampu raya. Best je rasa macam tak sabar nak raya! :) Baju raya pun takde lagi ni, orang lain tiga bulan before puasa dah siap dah baju raya kan? Hehe. Family I memang nak raya baru lah sibuk cari baju raya semua sebab mesti murah sikit kan, ada sale untuk raya. Kita perlu bijak berbelanja, shopping time ada sale je. Takde sale tak payah shopping, tunggu sampai ada. Kehkehkeh. Sanggup tak tunggu? Kalau I, takde duit dalam purse tak boleh nak buat apa dah la. Selagi ada selagi tu keinginan shopping membuak buak sampai kena nasihat diri sendiri :P
Anak beranak jadi model baju raya.
Sempena bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba, marilah sama sama kita berdoa moga Ramadhan kali ini lebih berkat dan lebih bermakna dalam hidup kita berbanding Ramdhan yang telah lepas. Banyakkan ibadah dan doa, kurangkan perkara yang sia sia. Eceh, dah macam pantun pulak. Huhu.
Kalau di dalam satu perhubungan kasih sayang, rajuk merajuk ni adalah perkara biasa. Kalau dah setahun bercinta tapi tak pernah pernah merajuk, pasangan tu maybe tak normal. Maybe. Yelah, takkan lah apa yang kita nak semua akan dapat even sekaya dan seromatik mana pasangan kita. Bukan semua yang dia mahu kita dapat tunaikan. Pasti akan ada perkara yang masing masing tidak dapat memuaskan kehendak masing masing. Apa yang dimahukan bukan dari segi kebendaan sahaja namun turut termasuk dalam senarai kemahuan itu adalah masa, perhatian, ada jika bermanja, ada ketika mahu mengadu, ada ketika perlukan seseorang untuk bergantung harap. See, bukan sebab tak dapat bear, red velvet, baju kegemaran, shawl terkini, kasut bola, cincin kekasih, bubur McD, jersi Arsenal sahaja akan menyebabkan pasangan kita merajuk.
Jangan salahkan kekasih semata mata jika dia merajuk tapi muhasabah diri cuba fikirkan kembali bagaimana perhatian yang kita berikan padanya, bagaimana cara kita melayannya, dan bagaimana kita memberi penjelasan jika tidak dapat memenuhi kehendaknya. Fikirkan juga, adakah kita sudah berusaha sebelum berkata TIDAK untuk perkara yang dimahukan olehnya. Jika kebanyakan jawapannya lebih kepada negatif, berubah lah ke arah yang lebih positif demi hubungan yang lebih bahagia bersama kekasih. Tidak rugi jika berubah sebelum diri sendiri menyesal bila orang yang tersayang tiada di depan mata lagi.
Rajuk kekasih boleh dipujuk namun caranya perlulah betul. Jika salah caranya, tahap kemarahan atau kekecewaan mungkin akan meningkat semaksimum mungkin bukannya makin hilang. Jika seminggu si kekasih merajuk tiga kali, maka perlulah menggunakan tiga pendekatan yang berlainan setiap kali mahu memujuk. Barulah dikatakan romantik. Kali pertama merajuk, mungkin boleh dipujuk dengan menghantar sesuatu seperti bunga, coklat, kek cawan sebagai pengganti diri yang berhasrat untuk meminta maaf. Kali kedua, pujuklah dengan kata kata manis penuh ikhlas. Jangan pula pujuk bagai, janji macam macam, mengaku yang anda menyesal namun tidak ikhlas kerna itu adalah menipu namanya. Kali ketiga pula mungkin boleh memberi kejutan kepadanya mungkin dengan membawanya ke tempat yang disukakannya atau melakukan aktiviti yang digemarinya. Sebagai contoh, mengajaknya ke Tanah Tinggi Cameron Highland kerana dia sukakan bunga ataupun membawanya ke pusat karaoke kerana dia sangat suka menyanyi.
Meminta maaf atau memujuk bukan beerti anda mengakui kesalahan tapi lebih kepada rela mengetepikan ego demi kebahagiaan bersama. Jangan pula ada yang salah faham, baginya jika yang memujuk bermaksud kalah dan yang dipujuk bermaksud menang. Itu adalah salah sam sekali. Tetapi dengan memujuk apa yang dapat dibuktikan adalah kesanggupan seseorang mengalah bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku kerana apa yang penting baginya adalah kekasihnya tidak sedih dan kecewa lagi. Yelah, ada pasangan yang bila merajuk sampai tak lalu makan, tak lena tidur, kerja satu apa pun tak jalan. Kalau dibiarkan akan jadi lebih teruk jadi apa salahnya jika salah seorang mengalah dan berbincang bagi menyelesaikan segalanya bersama sama.
Hehe. Bosan sebab asyik entri Polyvore? Alah, kalau you all yang gila Polyvore pun mesti macam ni jugak kan :P Actually takde lah 'asyik' sangat kan? Ni baru entry kedua. Relax lah. Okay, apa yang I nak share pasal Polyvore hari ni adalah kegembiraan kerana makin hari makin ramai dah menyedari kehadiran I dalam dunia Polyvore. Awww. Ape lah I mengarut ni kan. Haha. Nak tau scroll lah untuk gambaran yang lebih jelas.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
This one is the statistic after 3 days joining Polyvore.
After 6 days, the number of views increased.
This is the current statistic after a week. I like! :)
See, dah jelas? Bukan nak riak ke apa tapi saja nak share ke'happy'an I. Hehe. Best tau berpolyvore. Serious tak tipu! Bila dapat 'LIKE' from other users tu macam dapat satu kepuasan. Mana taknya diorang LIKE design hasil inspirasi daripada kita sendiri. I jugak ada join beberapa contest dekat Polyvore. Set a design and then submit it as the condition or theme stated. Kalau menang ada hadiah tau, tapi kalau contest from luar negara I tak sure boleh dapat ke tak. Just join sekadar suka suka lah. So, siapa siapa yang bosan, jom lah berpolyvore lepas tu jangan lupa add and follow I okay :)
After berbulan bulan craving for durian, akhirnya dapat jugak I merasa durian yang sangat umphh. Hehe. Daripada before exam hari tu lagi teringin nak makan, tapi tak jumpa jumpa. Jumpa pun durian cucuk bukan durian kampung sebenar. Sebiji I belasah sorang, last last panas badan sakit tekak semua datang. Baru sebiji dah macam tu, memang tak boleh beli lebih daripada dua biji untuk sekali beli. Dulu masa kecik kecik, hentam berbiji biji relax je. Tapi skang, nak makan durian memang kena ada limit. Antibodi dah tak kuat macam dulu. Ecey, rasa macam dah tua pulak :P I muda remaja lagi okay. Harap terima kenyataan itu. Kehkehkeh.
I prefer makan durian yang fresh rather than durian yang dibuat serawa atau benda benda lain macam cucur ke lempeng ke. Pastu minum air letak dalam kulit dia panggil apa entah. Kalau dapat makan kat dusun ke kat kampung ke lagi lah nikmat, tapi sayang sebab tu semua angan angan. Dusun pun takde, kampung ada tapi siapa pun takde kat sana sebab arwah moyang I dah takde. Kesian kan? Buat sedih pulak :P Tapi, dapat makan durian tu pun dah puas hati. Mana tak nya, siap nak demam lagi. Tak puas lagi tak tau lah. Haha. Orang cakap lepas makan durian better makan manggis sekali sebab manggis boleh sejukkan badan.
Fakta menegenai durian :
Setiap 100 g isi durian mengandung 67 g air, 28,3 g karbohidrat, 2,5 g lemak, 2,5 g protein, 1,4 g serat; serta memiliki nilai tenaga sebesar 520 kJ.
Durian juga banyak mengandung vitamin B1, B2, dan vitamin C; serta kalium, kalsium dan fosfor yang baik untuk kesihatan menyeluruh sistem saraf dan penghadaman.
Saiz panjang buah durian mampu mencapai 30cm dengan diameter 15cm, dan biasanya dengan berat 1-3 kg. Bentuknya pula terdapat lonjong sehingga bulat, dengan warna kulit hijau tua sampai coklat dan dengan warna daging kuning muda sampai ke merah oren, tergantung dari jenis buah tersebut.
Menurut wikipedia terdapat lebih dari 55 jenis durian, tidak termasuk durian klon, antaranya adalah; -Durian burung -Dalit -Alau -Royal Brunei -Durian Anjung Lima -Tenom Beauty -Kekura -Raden Mas Ayu dan Diamond King.
Durian dianggap sebagai makanan panas, dan sehabis makan durian biasanya tubuh kita akan berpeluh. Untuk mengatasinya, tuangkan air pada bagian kulit buah yang telah kosong, lalu diminum.
Toodles! Siapa yang tak suka makan raja buah memang rugi :)
psssttt : congrats darlings sebab korang dah tauliah!
Tiga kelab bola gergasi ; Arsenal, Liverpool & Chelsea telah memilih Malaysia bersempena dengan Asia Tour yang telah menjadi kebiasaan bagi kelab kelab itu. Siapa ada tiket? Sedikit jeleous :( Padahal piala Malaysia pun tak pernah turun stadium tapi teringin la jugak kan. Bukan senang kelab kelab gergasi tu turun Malaysia, kalau kelab kelab kat Malaysia still banyak lagi peluang nak turun stadium. Hehe. Tak lama dulu Manchester United pernah datang Malaysia. Sekarang giliran tiga pasukan besar Barclays Premier League (BPL) pulak menyusun gerak langkah menentang Harimau Malaya.
First club yang datang; ARSENAL. Kalau ikut jadual, hari ni siapa yang ada pas masuk untuk tengok diorang taraining boleh lah datang stadium jumpa player Arsenal. Alahai, bestnya. Selalu tengok dalam TV je. Even ada sumber mengatakan ada beberapa pemain utama club Arsenal tak datang, I hope game Arsenal menentang Harimau Melaya akan menjadi game paling hebat terpahat di hati penyokong Arsenal. Tapi dah lawan dengan Harimau Malaya pasti lah mahu sokong Malaysia. Ye tak? Game diorang dijadualkan pada 13 Julai, esok lah. Go Malaysia Go! :)
Selang tiga hari, 16 Julai giliran Harimau Melaya menentang LIVERPOOL. So, penyokong Liverpool rugilah kalau korang tak turun stadium tengok sendiri gerak langkah pemain Liverpool. Ehem, ada tiket tak nak turun stadium tu? Agak agak macam mana Harimau Melaya rancang corak permainan mereka untuk menentang diorang ye? Eh, nak sokong mana satu ni? :P
CHELSEA Football Club turut bakal menggegarkan Stadium Bukit Jalil pada 21 Julai bagi menentang pasukan Harimau Malaya. Paling istimewa pasal Chelsea ialah player temahal abad ini ikut turut serta turun stadium. Mampu tak barisan pertahanan Harimau Malaya nak menyusun startegi menentang striker termahal ; Fernando Torres? Nak tahu kenalah turun stadium tengok sendiri. Selama ni asyik bukak mata luas luas tengok kat stadium Astro je kan. Kehkehkeh.
So, siapa yang dah beli tiket anda adalah dikalangan mereka yang bertuah dan berduit. Hehe. Paling murah tiket dijual pada harga RM58. Tu pon dapat seat betul betul dekat gol. Kalau nak seat yang strategik memang kena keluar duit lebih sikit la kan. Kalau ada rezeki akan datang I nak jugak lah tengok diorang main depan. depan. Arsenal, Liverpool & Chelsea bila I dah kaya nanti korang datang Malaysia lagi tau! Hehe. Untuk pasukan Harimau Malaya, teruskan dengan aksi aksi mantap korang okay.
Toodles! Kejap je tiket dah sold out. Dahsyat.
pssttt : teringin pergi tengok bola dengan darlings.