Kalau di dalam satu perhubungan kasih sayang, rajuk merajuk ni adalah perkara biasa. Kalau dah setahun bercinta tapi tak pernah pernah merajuk, pasangan tu maybe tak normal. Maybe. Yelah, takkan lah apa yang kita nak semua akan dapat even sekaya dan seromatik mana pasangan kita. Bukan semua yang dia mahu kita dapat tunaikan. Pasti akan ada perkara yang masing masing tidak dapat memuaskan kehendak masing masing. Apa yang dimahukan bukan dari segi kebendaan sahaja namun turut termasuk dalam senarai kemahuan itu adalah masa, perhatian, ada jika bermanja, ada ketika mahu mengadu, ada ketika perlukan seseorang untuk bergantung harap. See, bukan sebab tak dapat bear, red velvet, baju kegemaran, shawl terkini, kasut bola, cincin kekasih, bubur McD, jersi Arsenal sahaja akan menyebabkan pasangan kita merajuk.
Jangan salahkan kekasih semata mata jika dia merajuk tapi muhasabah diri cuba fikirkan kembali bagaimana perhatian yang kita berikan padanya, bagaimana cara kita melayannya, dan bagaimana kita memberi penjelasan jika tidak dapat memenuhi kehendaknya. Fikirkan juga, adakah kita sudah berusaha sebelum berkata TIDAK untuk perkara yang dimahukan olehnya. Jika kebanyakan jawapannya lebih kepada negatif, berubah lah ke arah yang lebih positif demi hubungan yang lebih bahagia bersama kekasih. Tidak rugi jika berubah sebelum diri sendiri menyesal bila orang yang tersayang tiada di depan mata lagi.
Rajuk kekasih boleh dipujuk namun caranya perlulah betul. Jika salah caranya, tahap kemarahan atau kekecewaan mungkin akan meningkat semaksimum mungkin bukannya makin hilang. Jika seminggu si kekasih merajuk tiga kali, maka perlulah menggunakan tiga pendekatan yang berlainan setiap kali mahu memujuk. Barulah dikatakan romantik. Kali pertama merajuk, mungkin boleh dipujuk dengan menghantar sesuatu seperti bunga, coklat, kek cawan sebagai pengganti diri yang berhasrat untuk meminta maaf. Kali kedua, pujuklah dengan kata kata manis penuh ikhlas. Jangan pula pujuk bagai, janji macam macam, mengaku yang anda menyesal namun tidak ikhlas kerna itu adalah menipu namanya. Kali ketiga pula mungkin boleh memberi kejutan kepadanya mungkin dengan membawanya ke tempat yang disukakannya atau melakukan aktiviti yang digemarinya. Sebagai contoh, mengajaknya ke Tanah Tinggi Cameron Highland kerana dia sukakan bunga ataupun membawanya ke pusat karaoke kerana dia sangat suka menyanyi.
Meminta maaf atau memujuk bukan beerti anda mengakui kesalahan tapi lebih kepada rela mengetepikan ego demi kebahagiaan bersama. Jangan pula ada yang salah faham, baginya jika yang memujuk bermaksud kalah dan yang dipujuk bermaksud menang. Itu adalah salah sam sekali. Tetapi dengan memujuk apa yang dapat dibuktikan adalah kesanggupan seseorang mengalah bagi mengelakkan sesuatu yang lebih buruk berlaku kerana apa yang penting baginya adalah kekasihnya tidak sedih dan kecewa lagi. Yelah, ada pasangan yang bila merajuk sampai tak lalu makan, tak lena tidur, kerja satu apa pun tak jalan. Kalau dibiarkan akan jadi lebih teruk jadi apa salahnya jika salah seorang mengalah dan berbincang bagi menyelesaikan segalanya bersama sama.
Toodles! Jangan terlalu ego, kelak memakan diri.
pssttt : rindu rai, kinah, eija! :)
Love, jiha!
0 comments:
Post a Comment