As I promised before, I nak update pasal vacation I dua tiga hari lepas. Such a wonderful yeah :) Percutian tigahariduamalam yang sangat awesome dengan family yang awesome kat Langkawi Island yang awesome. Memang awesome lah. Haha. I bertolak hari ahad, flight from Penang pukul 7.10 pm. Penerbangan dari Penang ke Langkawi ambil masa dalam 35minit je, kejap sangat tak sempat nak feeling feeling pergi oversea pon. Hehe. Sampai je, check in hotel tapi ada problem sikit time nak check in and last last we got suite mewah dua bilik dengan harga satu bilik deluxe dua bilik standard. Woah, rezeki betul kan. Tiap kali family vacation kitorang akan book apartment or bilik hotel yang ada dua or tiga bilik. Kali ni saja ambil bilik asing tapi nak dijadikan cerita dapat suite dua bilik. Kena duduk sama sama jugak, tak boleh asing. Romantik kan? Ape ingat dengan boyfriend & girlfriend and husband & wife je boleh romantik? Dengan family pon boleh lah. Malam tu just keluar makan then balik bilik rehat simpan tenaga untuk aktiviti yang dah di plan untuk keesokan harinya.
|
Langkawi Island, here we come! |
Second day bangun pagi pagi then breakfast then siap siap untuk aktiviti pertama, Island Hoping. Round tiga pulau utama dekat Langkawi; Tasik Dayang Bunting, Pulau Singa Besar and stop by dekat Beras Basah Island. Dekat Tasik Dayang Bunting we need to climb up and down untuk sampai ke tasiknya, memang penat lelah. Sampai kat tasik antara aktiviti yang boleh dibuat adalah rendam kaki ala ala dekat spa ikan, swimming tapi dekat kawasan yang dibenarkan saja, paddle boat, and ade la lagi dua tiga aktiviti. After sejam dapat menikmati keindahan Tasik Dayang Bunting then kitorang teruskan perjalan and pass by gunung ibu mengandung. Seriously, memang bentuk ibu mengandung gunung kat situ. Subhanallah. Then teruskan perjalanan ke Pulau Singa Besar, dekat situ kita boleh bagi makan helang. Baling daging kat laut then berpuluh puluh ekor helang turun menyambar daging tu. Tapi kena baling jauh jauh lah, kalau dekat bahaya la pulak. Lastly, before balik ke Pantai Chenang boat to stop by dekat beras Basah. Hah, kat sini boleh mandi laut tapi I tak mandi pon. Cantik gila laut dekat situ, air dia color hijau. Macam macam aktiviti boleh buat kat situ contohnya snorkeling, banana boat, main jet ski, and else. Dalam tengah hari kitorang balik suite after makan lunch. Rest about an hour then keluar balik. Destinasi seterusnya adalah Langkawi Bird Paradise, tapi jangan ingat burung je ade kat situ. Binatang lain pun ade macam arnab, buaya, kuda, monyet and apa yang menarik binatang kat situ mostly dilepaskan macam tu je so kita boleh bagi diorang makan depan depan. Quite interesting kan? Binatang yang bahaya tak lepas lah. Hehe. Next kitorang pergi galeri Perdana, geleri yang mana disimpan segala hadiah yang diberikan kepada Tun Dr Mahathir. Memang banyak sangat and semua hadiah tu daripada seluruh pelusuk dunia. Puas berjalan, petang kitorang balik rest kat suite. Memang lenguh habis semua, tapi kalau tak berjalan rugi lah datang jauh jauh. Malam tu kitorang round satu Pantai Chenang, masuk semua kedai yang jual souvenir and baju baju . So malam tu kira ambil peluang untuk bershopping sikit lah, and I got new bag from angah. Hehe. Thanks sis!
|
Tasik Dayang Bunting |
|
Climbing up and down |
|
Pulau yang sangat cantik |
|
At Langkawi Bird Paradise |
|
Mommy and abah at Galeri Perdana |
Third day bangun tak berapa nak awal sebab penat berjalan semalam tak habis lagi. Check out baru kitorang teruskan perjalanan and the first destination is Beras Terbakar, shopping lah. Minyak gamat, kain batik, key chain, baju, semua ada. Then we went to Oriental Valley, tapi tak naik pon cabel car sebab nak hujan time tu. Tapi sempat lah round raound satu Oriental Valley, siap sempat bagi rusa makan lagi. Disebabkan cuaca jadi cerah balik kitorang teruskan perjalan ke Telaga Air Hangat, rendam kaki dalam air panas. Relax lah sekejap, sendi sendi kaki habis sakit sakit sebab banyak jalan. After puas capture gambar dekat kawasan Telaga Air Hangat kitorang singgah Dataran Lang, alah yang ada statue burung helang yang besar gila tu lah. Kalau pergi Langkawi memang semua akan pakat duk ambil gambar dekat helang tu, benda wajib dah. Hehe. Pastu plan nak pergi Petrosains tapi sampai kat situ rupa rupanya dah tutup pon Petrosains tu. Flight balik pukul 7.30 pm, dalam pukul 6 petang kitorang gerak pergi airport. Pukul 8.10 pm sampai Penang International Airport. Alhamdulillah, selamat pergi dan balik :)
|
|
|
Baby Alisha and me :) |
|
Eagle's statue at Dataran Lang |
|
Waiting at Langkawi International Airport |
I hope, we could have another vacation at the end of this year. Hehe. My family memang kaki jalan, every week got plans. Vacation to Langkawi will always be my best moment for this year. Love you familia! Thanks for this memories. Hwugs & kisses from me.
Toodles! Awesome vacation :)
psssttt : let's have our vacation guys!
Love, jiha!
0 comments:
Post a Comment