a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Friday, July 15, 2011

Dah nak raya ke?

Tadi petang keluar dengan my mom pergi Econsave hypermarket then after maghrib pergi Tesco pulak. Okay, apa kena mengena dengan tajuk entri? Masuk je Econsave suasana macam nak raya sangat dah. Patung patung semua dah pakai baju raya. Buah kurma dah dijual secara besar besaran biarpun Ramadhan lagi setengah bulan. Tapi kurma tu dapat terima lagilah kan. Langsir and telekung raya pun dah siap dijual. Okay, yang ni mesti korang pun tak percaya. Biskut and kad raya dah ada dijual. Semangat gila Econsave ni. Haha. Puasa pun belum lagi, dah ada siap biskut raya. Bila punya biskut lah agaknya, jangan tahun lepas punya stok sudah lah. Tapi macam best jugak sebenarnya makan biskut raya time tak raya sebab bila raya memang jarang nak sentuh biskut biskut tu, yelah banyak sangat pilihan sampai tak terpilih nak makan yang mana.

Pelbagai pilihan biskut raya.
Kad raya cartoon kelakar.
Masuk Tesco pulak takde lah semeriah Econsave. Tapi barang barang untuk sambut puasa tu dah ada dijual. Barang barang untuk buat biskut raya lah yang paling mendapat sambutan pembeli. Ada pelita raya, lampu raya. Best je rasa macam tak sabar nak raya! :) Baju raya pun takde lagi ni, orang lain tiga bulan before puasa dah siap dah baju raya kan? Hehe. Family I memang nak raya baru lah sibuk cari baju raya semua sebab mesti murah sikit kan, ada sale untuk raya. Kita perlu bijak berbelanja, shopping time ada sale je. Takde sale tak payah shopping, tunggu sampai ada. Kehkehkeh. Sanggup tak tunggu? Kalau I, takde duit dalam purse tak boleh nak buat apa dah la. Selagi ada selagi tu keinginan shopping membuak buak sampai kena nasihat diri sendiri :P

Anak beranak jadi model baju raya.

Sempena bulan Ramadhan yang bakal kunjung tiba, marilah sama sama kita berdoa moga Ramadhan kali ini lebih berkat dan lebih bermakna dalam hidup kita berbanding Ramdhan yang telah lepas. Banyakkan ibadah dan doa, kurangkan perkara yang sia sia. Eceh, dah macam pantun pulak. Huhu.


Toodles! I' missing you Ramadhan :)
psssttt : korang dah ganti puasa??

Love, jiha!

0 comments:

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers