a:hover {font-size: 20px; font-weight: bold;text-decoration: none;}

upss

Saturday, July 30, 2011

Shopping Sendiri VS Shopping Berjemaah

Rindu nak window shopping sorang sorang dalam mall yang besar gedabak. Sangat rindu suasana and bau Mid Valley, bau The Mines, bau Times Square, bau Sogo. Rasa kepuasan yang amat sangat bila dapat jalan jalan sensorang dekat mall. Kalau pergi dengan family or friends nikmat dia lain, kalau pergi sorang sorang lain. Pelik ke? Tak lah, I memang prefer shopping alone rather than shopping berjemaah. Hehe. Tak sesuai pulak 'berjemaah' tukar lah, shopping beramai ramai. Kadang kadang I rasa I ni jenis berani sangat pulak yela kalau jalan sorang sorang macam macam benda yang tak diingini boleh jadi kan, berani tak bertempat namanya. Haha. Benda lain tak pon, bab ni je yang berani. Lagi best kalau dapat duduk seharian kat dalam mall tu, ape lah masuk dalam badan ni sebab I memang takkan pernah bosan duduk kat mall daripada pagi sampai malam. Benda baik ke tak baik ni? Confuse T_____T Okay let me senaraikan kebaikan dan keburukan shopping seorang diri.


Kebaikan :
  • Tak perlu tunggu orang shopping kalau kita dah siap shopping dan nak pergi shopping kat butik lain pulak.
  • Tak perlu ikut orang pergi butik lain padahal kita dah plan nak masuk butik lain. Bukankah akan membuang masa.
  • Boleh shopping berapa lama yang kita suka tanpa ada yang mengganggu suruh berhenti. Berhenti bila kita rasa nak berhenti.
  • Boleh pilih dan beli apa sahaja yang kita rasa sesuai. Tak perlu dengar orang mengomen itu ini tentang pilihan kita.
  • Tak akan diganggu oleh mereka yang bertanya tentang pendapat kita tentang barang yang mereka ingin beli.
  • Dapat bershopping dalam keadaan tenang dan suka hati.
  • Dapat bershopping mengikut kemampuan. Kalau shopping dengan kawan kawan mudah jadi terpengaruh.

Keburukan :
  • Susah kalau sesat tak jumpa butik yang kita nak. lagi lagi kalau kita jenis segan tak bertempat.
  • Kalau keliru untuk memilih, tiada tempat untuk meminta pendangan.
  • Jeles tengok orang bersembang sambil shopping sebab kadang kala itu akan memeriahkan lagi suasana bershopping.
  • Kadang kadang kita buntu or lupa untuk beli apa bila dah sampai mall, seseorang amat diperlukan untuk mengingatkan dan memberi cadangan.
  • Boleh jadi kita akan shopping sampai terlebih bajet sebab tak ada sesiapa nak tegur.
  • Lepas habis shopping kena makan sorang sorang. Bosan.
  • Bahaya, memang tak perlu nak diperjelaskan lagi lah.


Toodles! Korang agree which one?
psssttt : darlings dah shopping raya ke? :)

Love, jiha!

0 comments:

How Long?

Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers