Hanya mampu menitiskan air mata dari jauh.
Melihatkan perpecahan yang semakin menular di negara sendiri.
Sedih, hiba, kecewa.
Sampai bila harus begini?
Yang mampu membantu hanya berdiri sambil melihat tanpa punya hati.
Rasa seperti ingin terbang laju menghentikan segala salah faham.
Namun aku tidak punya kuasa, tidak punya daya.
Besar benarkah kesalahan mereka?
Hanya ingin bersuara melontarkan apa yang dirasa.
Namun dilayan bagaikan penjenayah yang tidak boleh dimaafkan.
Gari menyentuh tangan demi tangan.
Suara bertempik berlawan lawan.
Yang di sini mahukan keadilan, yang di sana ingin meleraikan kucar kacir.
Cara kedua duanya mereka salah namun mereka merasakan ini yang seharusnya.
Mengapa?
Kerna tiada peluang bergerak melalui cara yang benar.
Mana pergi rasa belas?
Melihat tangisan, melihat kesakitan, melihat kematian di depan mata.
Bagaikan hanya seperti menonton televisyen.
Hanya menjadi pemerhati.
Tuhan, aku mahu negara yang aman.
Tuhan, aku mahu negara yang adil.
Tuhan, aku mahu pemimpin yang benar sebenar benarnya.
Tuhan, aku mahu rakyat yang punya akal dan punya hati.
Tuhan, aku mahu Malaysia yang bersatu.
Tuhan, bantu aku.
Ketika mana polis sibuk melepaskan das demi das gas beracun.
Hujan pula turun membasahi bumi.
Tuhan maha mengetahui apa yang terbaik.
Seperti mana tentera Gajah datang menyerang Kaabah.
Tuhan hantarkan sekumpulan tentera kecil Ababil.
Alhamdulillah.
Namun, persengketaan ini menjadi semakin besar.
Perbalahan tidak henti henti.
Media turut berbalas balas.
Sebelah sini menyokong, sebelah sini membangkang.
Media yang di sampaikan kepada rakyat kian bertentangan.
Rakyat yang kecil semakin keliru.
Yang mana benar, yang mana salah.
Lantas berkeputusan mendengar kepada sebelah pihak.
Keadilan makin hari makin jauh.
Kepercayaan makin lama makin pudar.
Belas kasihan kian hilang.
Akal digunakan bukan untuk memerintah tapi untuk mencari helah.
Apa yang jadi cuma mengundang rasa tidak puas hati.
Kembalikan Malaysia yang dulu.
Love, jiha!
0 comments:
Post a Comment