Orang sibuk melayan bola pra-piala dunia Malaysia VS Singapura I pulak sibuk melayan telemovie romantic dekat astro Ria. Hehe. Bukan I tak patriotisme okay, I tengok jugak time iklan I tukar channel tengok bola tau. First time I tengok telemovie Love, Nora ...xoxo and I felt in love with it. Telemovie ni dah pernah disiarkan dekat astro Citra masa Valentine's Day hari tu tapi I tak berkesempatan tengok sebab kat rumah sewa mane ade astro. Then tadi baru lah I dapat tengok Love, Nora ...xoxo ni, time iklan pasal telemovie ni memang membuak buak perasaan ingin menonton tu. Nasib la nak ade bola time tu jugak, memang tak dapat lah nak layan bola. Hehe.
Jalan cerita telemovie ni mostly sama dengan movie P.S I Love You and I do love watching the movie too. Kisah cinta seorang jejaka Itali, Raul dengan gadis jelita Malaysia, Nora. Malangnya, jodoh mereka tidak lama kerana umur Nora tidak panjang dan Raul keseorangan di Malaysia. Tetapi, isterinya Nora menolongnya tabah menghadapi kehidupan tanpanya dengan bantuan mereka yang paling menyayanginya. Pelakon telemovie ni antaranya adalah Yasmin Hani yang memegang watak utama sebagai Nora, Yana Samsudin sebagai Shila kawan baik Nora, and Will Quah sebagai Raul suami Nora. Pengambaran telemovie ni half dijalankan di Malaysia dan half lagi dekat Italy. I dah pun download telemovie ni, nak tengok banyak banyak kali. Haha. Siapa belum tengok rugilah korang, best woooo :)
Romantic movie P.S I Love You
Telemovie ala ala movie P.S I Love You versi Melayu
Awal awal cerita, how's they meet and fall for each other :)
Sedang meniti bahagia bersama sebagai suami isteri
Kawan baik yang sentiasa ada tika suka dan duka
Ni time part last when he stops Shila and starts a new life with her
Cortona, Tuscany
Beautiful Italy
*gambar ehsan Google
Toodles! I wish to have a great love story as in the movie or novel :)
0 comments:
Post a Comment